Thursday, June 9, 2011

BERHENTI BUAT SEKETIKA

Go to fullsize image
Seketika
Dan bagi yang selalu dalam keragu-raguan, hilangkanlah keragu-raguan itu dengan kembali kerana di dalam diri sendiri itulah letaknya apa yang engkau cari.....

Rohani yg tewas di dlm ujian itu akan memanjai syahwatnya dan meletakkn sepenuh perhatian kpd alam benda semata-mata. Sedangkan kita faham bahawa diri kita merupakan tajali(dipecahkan benteng kuasa yang datang dari allah),jika kita membenci sifatnya kita cenderung menanam bibit kebencian pada pencipta sifatnya....
Orang yang berhenti di tengah jalan menemui buah yang belum masak. Mereka merasakan buah yang belum masak itu sudah cukup enak. Mereka tidak mengetahui bahawa buah yang sudah masak berlainan rasanya....
Sesungguhnya hijab-hijab nafsu itu adalah ketulan darah ghaib yang amat kotor di bawah bahagian jantung seseorang manusia. Ketulan darah kotor inilah yang sebenarnya menutupi bahagian muka Lampu Makrifath sehingga ianya tidak menghasilkan sebarang sinar....
Hendaklah kamu bersabar dan tunggu jika kamu rasa jemu dalam penyesuaian kamu dengan Dia, dan dalam menunjukkan penyerahan kamu kepadaNya, dan dalam memfana'kan diri kamu kepadaNya, sehinggalah sampai takdir Ilahi dimana tempoh masa itu telah cukup dan masa bertukar telah hadir....
Apa yang dinamakan manusia itu ialah HIDUP, ROH, RAHSIA (السير الله) AKAL dan NAFSU Berselawatlah sebanyak-banyaknya sehingga setiap bulu roma kita menghayati selawat itu. Yg membezakan antara Tok Wali dan tok sami adalah semata2 selawat.
Persaksikanlah pada yang banyak itu kepada yang satu. Persaksikanlah pada yang satu itu pada yang banyak... persaksikanlah pada yang satu itu hanya pada yang satu. Persaksikanlah pada yang satu di dalam rahsia yang satu......
Doa yang diiringi antara fikiran dan perasaan agar dimakbulkan Allah tidak mencukupi sesungguhnya ia mempunyai perkaitan antara alam rohani dan jasmani kena seiringan.....
Sakit dan pedih itulah yang menimbulkan fikir, sakit dan pedih membuahkan ikhtiar satu, sebab air mata sahaja tidaklah dapat menolong apatah lagi meringankan kerunsingan. Setiap hari yang berganti maka kesakitan hari yang datang kemudian lebih hebat dari kesakitan yang datang kemudian pada hari yang lalu.....
Orang yang keluar dari semua penjara alam kerana bermaksud mencapai Ilmu Allah akan berhenti pada ilmu. Orang yang keluar dari kurungan ilmu kerana mahu mendapatkan makrifat akan berhenti pada makrifat. Semua maksud dan tujuan yang telah dinyatakan tadi menghalang seseorang dari masuk ke Hadrat Allah......
Hai insan yang sedang merenung, apa yang dinantikan lagi? Ketahuilah oleh mu bahawa sesungguhnya Dia yang engkau cari itu sebenarnya tidak ada. Bagaimana Dia akan ada kerana Dia tidak berupa dan bertampan, tidak beranak dan tidak pula diperanakkan? Kembalilah engkau ke tempat tadi, kerana engkau dengan izin-Nya jua engkau sampai dan pergunakan kesempatan ini sebaik-baiknya. Bahawa Dia itu ada dalam tiada dan ada dalam sebutan tak ada pada kenyataan.” .....
*****
dicabut dari; landskap.com

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...