Saturday, December 22, 2012

TIDAK TERJADI HARI KIAMAT...


Apa Istimewa Sungai Furat (Sungai Euphrates) di Iraq

Iraq sebuah negara yang dianugerahkan oleh Allah SWT dengan kekayaan hasil bumi yang melimpah ruah walaupun keadaan geografi negara itu bergunung ganang dan kering kontang. Dari dulu sehingga kini dan selama-lamanya, hasil buminya tak pernah berdikit. Tetapi rakyatnya tidak pernah aman dari persengketaan kaum juga dari dulu sehingga kini dan selama-lamanya perpecahan dan perbalahan tidak pernah bersatu.


Pun begitu, negara ini ditakdirkan telah mempunyai pemimpin yang cukup keras penentangannya terhadap kuasa-kuasa kafir Amerika dan Israel. Negara Kafir itu tidak menyenangi dasar luar Iraq ini lalu mereka mengambil kesempatan menyerang dan menakluki negara Iraq atas alasan negara ini disifatkan sebagai negera 'pengganas'. Lalu Saddam dihukum bunuh oleh kafir dan konco2nya, sehingga kini negara itu tidak pernah aman dari persengketaan.

Mereka, kafir ini memang ada niat yang 'besar' disebalik penaklukan negara Iraq. Mereka melakukan peperangan ini sebenarnya ingin merebut kekayaan yang ada di negara Iraq.

Mari sama-sama kita hayati terjemahan hadis daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah saw bersabda, "Tidak terjadi hari Kiamat sehingga Sungai Furat (Sungai Euphrates iaitu sebuah Gunung daripada emas. Ramai orang yang berperang untuk merebutnya. Maka terbunuh 99 daripada 100 orang yang berperang. Dan masing2 yang terlibat berkata, "Mudah2an akulah yang orang yang terselamat itu". Di dalam riwayat lain ada disebutkan, "Sudah dekat suatu masa di mana Sungai Furat akan menjadi surut airnya lalu ternampak perbendaharaan daripada emas, maka barang siapa yang hadir di situ JANGANLAH ia mengambil sesuatu pun daripada harta itu".
(H.R. Bukhari Muslim)

Di mana sebenarnya terletak Sungai Furat yang dimaksudkan oleh Rasulullah saw? Apakah sekarang ia sudah surut airnya? Apakah terjemahan hadis ini juga telah diketahui oleh Kafir Amerika menakluki Iraq sebagai persediaan untuk menunggu Sungai Furat itu menjadi kering bagi mendapatkan perbendaharan Emas itu?

Sesiapa yang belum biasa mendengar Sungai Furat (Sungai Euphrates),  anda boleh melayari Google Map' di bawah untuk menuju ke sana.


View Larger Map


Sebenarnya kita Umat Islam telah dilarang oleh Rasulullah saw untuk mengambil apa-apa daripada harta itu. Jadi kita tidak perlulah bersusah payah untuk ke sana masuk golongan manusia seperti mereka itu. Yang lebih baik kepada kita muhasabbah diri, kerana tidak terjadi hari Kiamat sehingga keringnya Sungai Furat.

Inilah istimewanya Sungai Furat atau Sungai Euphrates. Sebagai peringatan kepada diri ini. Wallahu'alam.

Maklumat Tambahan Berkaitan Sungai Furat
Tidak pula disangkakan artikel saya berkaitan dengan Sungai Furat mendapati 'hit' tertinggi sejak saya berada di dunia maya ini. Sebagai info tambahan saya petik daripada beberapa sumbar yang saya rasa berguna untuk pembaca semua.

Sungai ini merentangi 3 negara Iraq, Syria dan Turki. Panjang keseluruhan sungai ini adalah kira-kira 2,289km (1,422 batu). Peta di bawah melakari kepanjangan sungai ini.

 


          Pemandangan di sekitar sungai ini sebahagiannya boleh disaksikan beberapa foto di bawah.


Anda lihatlah dan selusurilah sungai ini, bermula dari negara Turki hingga ke muaranya di negera Iraq. Jaraknya sejauh lebih kurang 5 kali perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu. Persoalannya di mana letaknya 'perbendaharaan emas' yang dimaksudkan oleh Rasulullah saw. 

MAJLIS GRADUASI HAFFIZ 3 NEGERI KELANTAN.

Pengkalan Cepa, Khamis (20/12/12):
        Berikut suasana Majlis Graduasi Para Haffiz ke-3 Negeri Kelantan, 2012 yang berlangsung di Pengkalan Cepa. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Kelantan.
Anak ku ready untuk majlis tersebut.
                                                       Bergambar selesai majlis graduasi.
                                  Contoh Quran hasil tulisan tangan salah seorang pelajar haffiz.

+Laluan pertama, iaitu menghafal lebih senang berbanding mengekalkan apa yang telah dihafal. Oleh itu, berusahalah untuk perjalanan yang lebih panjang dan berduri.

Thursday, November 29, 2012

BILA CHRISTIANO RONALDO BERKOPIAH...


Seandainya benar, alangkah cantik bila Christiano Ronaldo berkopiah...muga-muga Allah swt. memberi hidayat kerana banyak membantu warga di Jalur Gaza... amien.

Wednesday, November 28, 2012

BAHAYA: JANGAN MASUK KENDERAAN DAN TERUS HIDUPKAN AIRCON...


Kita dapati beberapa kenderaan baru, mengeluarkan bau yang amat kuat hingga menyebabkan kita pening dan mual. Semua itu adalah akibat dari Benzene. Kalau kita menghidupkan enjin dan terus memasang AirCon , hal ini akan semakin memadatkan bau Benzene dan konsentrasinya semakin tinggi. Jika anda ingin mengatasinya, iaitu menghilangkan bau itu dengan pengharum ruangan, tindakan itu akan semakin merbahayakan. Hanya ada satu cara: BUKA SEMUA PINTU, JEMUR KERETA  SAMPAI BAU ITU HILANG.


Sesetengah tempat di negara kita waktu ini sangat panas,jadi, jika anda masuk ke dalam kenderaan jangan langsung memasang AirCon.
Udara dari semprotan AirCon. bercampur dengan udara dalam kenderaan yang mengelekep -apabila dihirup, boleh menimbulkan udara yang menyebabkan kanser.
Mau naik kereta? O.K. boleh, buka semua tingkap kaca, lalu pasangkan AirCon. selama beberapa minit, baru boleh memandu kendaraan tersebut dan kemudian baru boleh tutup tingkap-tingkap kacanya kembali.
Tidak hairanlah, semakin banyak orang meninggal dunia kerana kanser. Kita mungkin tertanya-tanya dari mana  penyebabnya? Ok, di sini ada suatu contoh yang menjelaskan insiden-insiden yang dapat menyebabkan kanser.
 Menurut sebuah penelitian, dashboard kenderaan, sofa, pengharum kenderaan menghasilkan Benzene,iaitu racun penyebab kanser ( luangkanlah waktu dan amatilah bau plastik dashboard yang terkena panas). Selain menyebabkan Kanser, Benzene meracuni tulang-tulang anda, menyebabkan Anemia dan menurunkan jumlah sel darah putih.
Bila terhirup terus-menerus dalam jangka waktu yang agak lama dapat menyebabkan Leukemia, menambah resiko penyebab kanser.Dapat juga mengakibatkan keguguran.
Tingkat Benzene di dalam ruangan yang boleh ditoleransi adalah 50mg/kaki persegi.Sebuah kenderaan yang terparkir di dalam ruangan dengan jendela tertutup akan mengandung 400-800 mg Benzene. Jika parkir di luar ruangan di bawah sinar matahari pada suhu yang sangat tinggi, tingkat Benzene naik hingga 2000-4000 mg, 40 kali dari tingkat Benzene yang boleh ditoleransi.
Orang-orang yang sewaktu masuk ke dalam kenderaan dan tidak membuka tingkapnya sama sekali  mau tak mau, menghirup banyak racun yang dengan sangat cepat masuk kedalam tubuh anda.
Benzene adalah racun yang mempengaruhi ginjal dan hati. Buruknya, sangatlah sukar bagi tubuh untuk membasmi racun-racun tersebut. Jadi ... bukalah pintu dan tingkap kenderaan sebelum masuk, berilah sedikit waktu untuk racun-racun yang mematikan ini keluar - sebelum anda masuk dalam kenderaan tersebut!" 

Sunday, November 25, 2012

ISRAEL HANCUR DAN DUNIA...



Adakah Israel akan berhenti menyeksa saudara kita di Palestine? Berapa ramai lagi nyawa mangsa akan yang melayang dan cerdera akibat serangan peluru berpandu yahudi laknatullah?

Allah Ta'ala berfirman:
"Dan telah Kami tetapkan bagi Israel dalam al-Kitab itu:" Sesungguhnya kamu akan membuat kerosakan di muka bumi dua kali dan pasti kamu akan menyombongkan diri dengan kesombongan yang besar ".
(Surah Al-Isra: 4) 

Ayat diatas cukup jelas bagi kita kekejaman zionis yahudi laknatullah terhadap rakyat Palestin adalah bukti nyata dari ayat diatas, kekejaman dan sikap angkuh yang dimiliki Israel sudah Allah gambarkan dalam firman tersebut.

Yahudi zionis laknatullah...pekat hitam dan gelap, itulah gambaran dari negera haram zionis yang tidak mempunyai hati perut, tidak mempunyai hati nurani dan pengecut. Bangsa yang hanya diliputi kebencian, ketamakan dan kekufuran. Bangsa yang hanya boleh mencintai bangsanya sendiri, bangsa yang ego yang sudah tertutup oleh kain kafan duniawi, bangsa yang sudah mati rasa dari rasa menghargai dan mencintai sebuah nyawa. Kebencian mereka kepada rakyat Gaza Palestin telah membuka kunci pintu neraka yang seluas-luasnya, keangkuhan dan kemajuan yang dinikmati sekarang ini adalah racun dan virus yang merebak dalam setiap urat ditubuh mereka. Melenakan mereka akan kenikmatan duniawi yang tidak hakiki.
Al-Qur'an menceritakan kehancuran Yahudi, seperti firman-Nya:

"Dan apabila datang saat hukuman bagi (kejahatan Israel) yang kedua, (Kami datangkan orang-orang Islam di bawah pimpinan Imam Mahdi) untuk menyuramkan muka-muka kamu dan mereka masuk ke dalam Masjid (Al-Aqsa), sebagaimana musuh-musuhmu memasukinya pada kali pertama, dan untuk membinasakan sehabis-habisnya apa yang mereka kuasai ". (Surah Al-Isra ': 7)

Tidak ada kekuatan di dunia ini yang mampu menghentikan kebiadaban yahudi zionis. Pengepungan dan pemenjaraan besar-besaran oleh penjajah yahudi zionis dengan pembangunan tembok pemisah bermula 16 Jun 2002 di Tebing Barat dengan alasan keselamatan. Panjang tembok tersebut mencapai 721 km sepanjang Tebing Barat dengan ketinggian mencapai 8 meter sehingga mengasingkan tanah pertanian milik penduduk Palestin yang ditanam pelbagai buah seperti anggur dan zaitun. Hal ini menyebabkan ekonomi Palestin runtuh. Pengepungan ini sudah jelaskan oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam:

"Hampir tiba masanya tidak dibenarkan masuk (sekatan) kepada penduduk Iraq meski hanya satu qafiz makanan dan satu dirham," Kami bertanya dari mana larangan itu? 

Rasulullah menjawab: "Dari orang-orang asing yang melarangnya." Kemudian berkata lagi: "Hampir tiba masanya tidak dibenarkan masuk (sekatan) kepada penduduk Syam (Palestin) walaupun hanya satu dinar dan satu mud makanan." Kami bertanya: "Dari mana larangan itu? Beliau menjawab: Dari orang-orang Rom. "(HR. Muslim)

Siapa kekuatan yang mampu menghancurkan yahudi laknatullah? Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam menjelaskan:

"Akan muncul dari Khurasan (Afghanistan) bendera-bendera hitam, maka tidak ada seorang pun yang mampu mencegahnya, sehingga bendera-bendera itu dipasang di Eliya (al-Quds)". (HR. Ahmad, Tirmidzi dan Nu'aim bin Hammad)

Semoga Allah selalu melindungi saudara-saudara kita di Gaza-Palestin, yakinlah Allah memberikan setiap ujian dengan hikmah yang besar.

Kehancuran Israel bererti kiamat telah dekat sehingga ramai orang mempertahankan kewujudan Negara haram yahudi tersebut, namun janji Allah dan Rasul-Nya pasti akan terlaksana:

"Tidak akan terjadi kiamat sehingga kaum muslimin memerangi bangsa Yahudi, sehingga orang Yahudi berlindung di balik batu dan pohon, lalu batu dan pohon tadi akan bercakap; Wahai orang Islam, hai hamba Allah! di belakangku ada orang-orang Yahudi, kemarilah, bunuhlah dia, kecuali pohon Ghorqod, sebab ia itu sungguh pohonnya Yahudi ". (HR. Ahmad)

Sumber republika.co.id

Sunday, November 18, 2012

PERGERTIAN MANDI: BERSUCI




Pengertian Mandi

Dari segi bahasa, mandi bererti mengalirkan air ke seluruh badan. Dari segi syara‘, mandi bermaksud mengalirkan air ke seluruh badan dengan niat yang tertentu.

Perkara Yang Mewajibkan Mandi

  1. Bertemu dua khitan iaitu apabila masuknya hasyafah zakar atau sekadar yang ada bagi zakar yang kudung ke dalam farj perempuan yang masih hidup dengan sempurna walaupun tidak keluar mani.
  2. Keluar mani walaupun sedikit dengan sengaja atau pun bermimpi.
  3. Keluar haidh, iaitu darah semulajadi yang keluar dari pangkal rahim ketika wanita dalam keadaan sihat pada waktu yang tertentu.
  4. Melahirkan anak atau bersalin (wiladah).
  5. Keluar nifas, iaitu darah yang keluar selepas bersalin.
  6. Mati, kecuali mati syahid.

Fardu Mandi

    1. Berniat pada permulaan kena air pada badan. Bagi orang yang berjunub niatnya ialah mengangkat janabah atau hadath besar. Niatnya seperti berikut: 
    2. Maksudnya: “Sahaja aku mandi junub kerana Allah Ta`ala”.atau
Maksudnya:
“Sahaja aku mengangkat hadath besar kerana Allah Ta`ala”.
Bagi orang yang datang haidh atau nifas niatnya ialah mengangkat hadath haidh atau nifas. Niatnya adalah seperti berikut:
Maksudnya:
“Sahaja aku mandi daripada haid kerana Allah Ta`ala”.
atau
Maksudnya:
“Sahaja aku mandi daripada nifas kerana Allah Ta`ala”.
  1. Menghilangkan najis yang terdapat pada tubuh badan.
  2. Meratakan air ke seluruh badan terutama kulit, rambut dan bulu.

Perkara Sunat Semasa Mandi

Terdapat banyak perkara sunat semasa mandi, antaranya:
  1. Membaca “basmalah” iaitu lafaz
  2. Berwudhu’ sebelum mandi.
  3. Membasuh dua tapak tangan.
  4. Menggosok seluruh bahagian badan.
  5. Mendahulukan anggota tubuh yang kanan daripada yang kiri.
  6. Mengulangi membasuh anggota tubuh sebanyak tiga kali.
  7. Berturut-turut iaitu tidak berlaku perceraian yang lama di antara membasuh sesuatu anggota dengan anggota yang lain.

Mandi-Mandi Sunat

Mandi-mandi yang disunatkan adalah seperti berikut:
  1. Mandi hari Juma‘at bagi orang yang hendak pergi sembahyang Juma‘at. Waktunya dari naik fajar sadiq.
  2. Mandi hari raya fitrah dan hari raya adhha. Waktunya adalah mulai dari tengah malam pada hari raya itu.
  3. Mandi kerana minta hujan (istisqa’).
  4. Mandi kerana gerhana bulan.
  5. Mandi kerana gerhana matahari.
  6. Mandi kerana memandikan mayat.
  7. Mandi kerana masuk agama Islam.
  8. Mandi orang gila selepas pulih ingatannya.
  9. Mandi orang yang pitam selepas sedar dari pitamnya.
  10. Mandi ketika hendak ihram.
  11. Mandi kerana masuk Makkah.
  12. Mandi kerana wuquf di ‘Arafah.
  13. Mandi kerana bermalam di Muzdalifah.
  14. Mandi kerana melontar jumrah-jumrah yang tiga di Mina.
  15. Mandi kerana tawaf iaitu tawaf qudum, tawaf ifadhah dan tawaf wida‘.
  16. Mandi kerana sa‘i.
  17. Mandi kerana masuk ke Madinah.

Saturday, November 17, 2012

Roket Fajar 5 Hinggap Di Pejabat Parlimen Israel.

Roket Fajar Kenai Gedung Parlemen Israel

HARI INI,  Sumber Mi’raj News Agency (MINA) di Jalur Gaza menyatakan bahawa roket Fajar 5 telah mengenai Pejabat Parlimen Israel, Knesset. Namun, belum ada berita tentang korban akibat dari serangan balas sayap Tentera Hamas, Briged Alqassam itu.

Briged Alqassam melalui juru cakapnya juga mengeluarkan pernyataan rasmi bahawa mereka berhasil menembak jatuh pesawat F-16 Israel di Khan Younis, Gaza, Juma'at (16/11). Alqassam berhasil menembak jatuh pesawat F-16 menggunakan roket Ardjuu.
''Baru-baru ini pejuang berhasil menembak F-16 Israel. Warga Gaza bersuka cita dan meneriakan takbir di seluruh penjuru gaza atas ini," kata sumber MINA.
Sementara juru cakap Kementerian Kesihatan Hamas, Ashraf al-Qudra, mengatakan kepada AFP bahawa empat orang Palestin terkorban dalam serangan baru Israel di Jalur Gaza pada Jumaat.
"Tiga penduduk mati syahid dalam serangan di kem Maghazi dan jenazah mereka dibawa ke Hospital Syuhada al-Aqsa," katanya sambil menambahkan bahawa korban keempat-empat meninggal kemudian akibat serangan yang sama.
Serangan ke Jalur Gaza tengah itu ditujukan pada sebuah rumah. Dua dari korban syahid adalah kakak dan adik.
Dengan kematian keempat-empat  orang itu, jumlah korban terbunuh dalam kekerasan yang meletus pada petang Rabu  itu menjadi 28 orang. Sekurang-kurangnya 270 orang mengalami kecederaan.
Sejak Israel membunuh seorang pemimpin Hamas pada petang Rabu , roket-roket yang ditembakkan dari Gaza telah mengorbankan tiga orang Israel dan mencederai 16 yang lain. Demikian menurut keterangan dari polis dan petugas perubatan.

Wednesday, November 14, 2012

MAJLIS TAHNIK DI AWAL TAHUN BARU HIJRAH.

Acara ni semacamlah dengan cukur budak-budak kecik tu. Ini budak tu dah umur 3 bulan, kita orang just guna tahniklah. Gu ni datang dari negeri Melaka, datang ghumah, pela-pela dah mari... jom buat benda nilah.
Ambil berkat negeri tok guru kali kok. Ustaz tu, kawan orang ghumah, ngajar skali. Nama-nama yang ada dalam gambar tu rahsia, takleh bagitau...sebabnya atas faktor-faktor keselamatan yang aku sendiri tak tauuuuuuuuuuuuuuu.








Saturday, November 10, 2012

TIP MENGELAK KEMALANGAN DI JALAN RAYA.


AWAS Blindpost WAKTU MEMANDU
'BLINDSPOT' atau sering disebut juga dengan titik buta adalah area di sekitar kita yang tidak dapat dilihat pada waktu kita sedang memandu kenderaan. Hal ini mungkin disebabkan  batasan pandangan cermin / cermin spion ataupun kerana terhalang oleh tiang binaan kenderaan atau juga kerana barang / muatan yang kita bawa. 'Blindspot' sangat berpotensi membahayakan pemandu kenderaan. Sangat mungkin terjadi ketika kita menganggap tidak ada kendaraan lain di sekitar kita, padahal kendaraan lain itu ada dan cukup dekat. Contohnya, ukuran motosikal yang lebih kecil dari kereta membuat bidang 'blindspot' menjadi potensi bahaya yang lebih besar. Selalunya apa yang sering terjadi di jalan raya, motosikal selalu memanfaatkan celah-celah menyusup untuk melesing lesat. Kecelakaan sering terjadi, di mana motor tersempit antara kenderaan yang kebetulan akan membelok.

UNTUK PEMANDU MOTOSIKAL :

• Usahakan untuk tidak berada di samping atau sebelah menyebelah kereta/truk/bas, kerana besar kemungkinan pemandu kereta/bas/truk tidak dapat melihat Anda. • Bunyikan hon waktu memotong kereta/ truk/bas agar pemandu kenderaan tersebut mengetahui Anda berada dekatnya. • Jangan pernah beranggapan bahawa pemandu kenderaan besar tersebut mengetahui di mana  Anda berada.

UNTUK PEMANDU KERETA/BAS/TRUK :

• Biasakan WAKTU SEBELUM MEMBELOK atau MENUKAR LALUAN, PASTIKAN  bahwa di samping kendaraan kita tidak ada kendaraan lain. Yang paling selamat adalah dengan menoleh terus sejenak ke area yang tidak terlihat melalui kaca spion. • Gunakan blindspot mirror untuk melebarkan daya pandang kaca spion kendaraan kita. Ini bertujuan untuk memperbaiki faktor blindspot yang terjadi. 

AKHIRNYA, SELAMAT MEMANDU DENGAN CERMAT.

BERBAIK SANGKA VS BERBURUK SANGKA



Apa itu berbaik sangka? Berbaik sangka adalah perbuatan yang dituntut dalam Islam kerana perbuatan ini  dapat mengelak dari menuduh orang lain berbuat keburukan, yang secara tidak langsung, jika tidak punyai bukti yang kukuh menjadikan kita pemfitnah!
"Dan janganlah kamu mengikuti sesuatu yang tidak kamu ketahui. Kerana pendengaran, penglihatan dan hati nurani, semua itu akan diminta pertanggungjawabannya."
[al Isra', 17:36]
Berbaik sangka juga mempunyai banyak kebaikan dan kelebihannya. Antaranya adalah hubungan persahabatan dan persaudaraan menjadi lebih baik. Ini kerana, apabila hati bebas dari bersangka buruk terhadap saudara itu, maka yang ada dalam hatinya adalah sangkaan baik-baik belaka, maka sudah pasti hatinya bertambah cinta pada saudaranya itu. Bayangkan jika hati penuh dengan sangka buruk, sudah pasti apabila lihat sahaja muka saudaranya itu, menjadikan timbul benci, geram dan segala dendam, biarpun sangkaannya itu belum terbukti benar, nauzubillah.

Selain itu, bersangka baik juga dapat membersihkan hati dari titik-titik hitam di hati. Titik hitam ini hanya singgah pada hati yang kotor. Jika hati sudah penuh dengan titik hitam, maka proses pembersihannya juga menjadi sukar. Bukankah mencegah lebih baik dari mengubati. Jadi, marilah kita mencegah perkara-perkara mungkar dari terus berkumpul di hati kita, bukan buruk sangka sahaja, malah segala bentuk kemungkaran.

Beberapa pesanan Sheikh Abdul Qadir Jailani agar kita sentiasa bersangka baik sesama insan;

1. Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu;
"Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku."

2. Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah dalam hatimu;
"Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku."

3. Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah dalam hatimu;
"Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."

4. Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah dalam hatimu;
"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."

5. Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah dalam hatimu;
"Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya. Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."
"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah suatu kaum mengolok-olok kaum yang lain (kerana) boleh jadi mereka (yang diperolok-olokkan) lebih baik dari mereka (yang mengolok-olok), dan jangan pula perempuan-perempuan (mengolok-olokkan) perempuan lain, (kerana) boleh jadi perempuan (yang diperolok-olokkan) lebih baik dari perempuan (yang mengolok-olokkan). Janganlah kamu saling mencela satu sama lain, dan janganlah saling memanggil dengan gelar-gelar yang buruk. Seburuk-buruk panggilan adalah (panggilan) yang buruk (fasik) setelah beriman. Dan barangsiapa tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim." [al Hujurat, 49:11]
Saya pernah terbaca sepotong ayat dari suatu artikel yang lebih kurang berbunyi begini, "Jika anda sangka anda adalah orang yang paling bertaqwa kerana anda adalah orang bertaqwa, maka di saat itu juga, anda bukanlah orang yang bertaqwa sebenarnya".

Namun, kita harus beringat, andai kata kita ternampak orang melakukan maksiat, dan kita bersangka baik terhadap mereka, maka kita juga tidak terlepas dari menanggung dosa tersebut. Kerana Islam mewajibkan kita mencegah kemungkaran yang berlaku di persekitaran kita dengan kemampuan yang ada pada kita, seperti mana sabda Rasulullah s.a.w;
"Barangsiapa di antara kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah ia mengubah/mencegah dengan tangannya (kekuasaan), jika ia tidak mampu, maka denagn lidahnya (secara lisan), dan jika ia tidak mampu juga, maka dengan hatinya (merasakan tidak senang dan tidak setuju; tidak meredhai). Dan itu adalah selemah-lemah iman." [Hadis Riwayat Muslim]
Jelas di sini, kita tidak boleh beranggapan baik terhadap orang yang melakukan maksiat secara terang-terangan. Contohnya apabila terlihat orang bermain judi, dan kita bersangka dalam hati, "Mungkin orang ini kesuntukan wang. Biarlah, dia pun nak cari rezeki menyara keluarga." Tetapi sebaliknya, kita haruslah mencegah kemungkaran itu, bukan meredhainya.


Dan bagaimana pula  bersangka buruk ? Islam melarang umatnya dari berburuk sangka seperti dalam firman Allah,
"Dan orang-orang yang menyakiti orang-orang mukmin lelaki dan perempuan, tanpa ada kesalahan yang mereka perbuat, maka sungguh, mereka telah memikul kebohongan dan dosa yang nyata." [al Ahzab, 33:58]
Firman Allah lagi,
"Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah banyak dari prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah ada di antara kamu yang mengunjing sebahagian yang lain. Apakah ada di antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Tentu kamu merasa jijik. Dan bertaqwalah kepada Allah, sungguh Allah Maha Penerima taubat, Maha Penyayang." [al Hujurat, 49:12]
Umat Islam juga perlu bersangka buruk dalam beberapa perkara. Contohnya soal keselamatan diri, apabila ternampak orang yang tak dikenali berkeliaran di persekitaran perumahan pada waktu malam. Ini bukan kita menuduh, tetapi kita mengambil sikap berjaga-jaga dari berlakunya musibah-musibah yang tidak diingini. Perbuatan bersangka buruk sebegini diharuskan, kerana ia menjaga keselamatan diri dan harta kita. Bersangka buruk terhadap prestasi pelajaran anak-anak, kerana mereka tidak membaca buku dan hanya main game dan menonton TV sahaja. Hasil dari sangka buruk tersebut, kita menghantar anak menghadiri kelas tusyen, kelas tambahan atau juga turut membantu dan membimbing mereka untuk meningkatkan prestasi anak tersebut.

Maka di sini merupakan sangka buruk yang menguntungkan semua pihak. Antara lain adalah, bersangka buruk terhadap pokok besar atau semak di belakang rumah kita, yang akan mengundang kehadiran binatang liar seperti ular sawa, atau mungkin juga haiwan penyebar jangkitan kuman seperti tikus, maka dengan sangka buruk tersebut kita bergotong-royong dengan ahli keluarga untuk memotong pokok serta mencantas semak tersebut untuk menjaga keselamatan rumah dan nyawa keluarga kita. Maka bersangka buruk seperti ini juga diharuskan. Namun, walau apa pun, siapalah kita untuk menilai manusia. Hanya Allah berhak menilai manusia kerana hanya Dia yang mengetahui bisikan hati-hati ciptaanNya itu.
"Dan rahsiakanlah perkataanmu atau nyatakanlah. Sungguh, Dia Maha Mengetahui segala isi hati." [al Mulk, 67:13]
Semoga sedikit peringatan ini dapat membawa kita untuk bermuhasabah kembali serta membaiki hubungan sesama manusia. Dan yang lebih penting, bersangka baik dengan Allah :) Wallahua'lam.

Saturday, November 3, 2012

SYUKUR ALHAMDULILLAH...

     Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik dan Majlis Graduasi Pra Sekolah Sri Suria 2.
Aku pun tak sangka, anakku yang seorang nih, boleh tahan jugak. Tahun ni dia buat hitrik dapat no. 1 dalam kelasnya. Namanya Wan Abdul Muiz, no. 3 dari 7 adik beradik.  
 Yang pakai kaca mata tulah dio hero no. 3
 Budak pra
 action...
 menanti masa nak terima hadiah...
 praaaaaa....
 sukanya dio....
 dapat no. 2 lah tu....
 takut apenya tu ????
Yuk...beratur semua...

SEGALA KEMUNGKINAN ...

 TUNGGULAH 8 NOV. 2012...
Everything going well... very nice... wait and see...



Aku dah test drive...

Friday, November 2, 2012

KERETA SUPERBUS - SUPER GAH.

Revolusi baru bagi kenderaan yang digelar dengan 'Superbus'. Kenderaan ini panjangnya 15 meter dan boleh memuat seramai 23 orang penumpang. Kelajuan yang dicatatkan, 250km/jam. 'Masterpiece' kenderaan ini adalah datang dari United Arab Emirate.

2A Revolutionary New Mode of Transport: The “Superbus”
3A Revolutionary New Mode of Transport: The “Superbus”
4A Revolutionary New Mode of Transport: The “Superbus”
5A Revolutionary New Mode of Transport: The “Superbus”
6A Revolutionary New Mode of Transport: The “Superbus”
7A Revolutionary New Mode of Transport: The “Superbus”
8A Revolutionary New Mode of Transport: The “Superbus”
9A Revolutionary New Mode of Transport: The “Superbus”


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...