Saturday, November 17, 2012

Roket Fajar 5 Hinggap Di Pejabat Parlimen Israel.

Roket Fajar Kenai Gedung Parlemen Israel

HARI INI,  Sumber Mi’raj News Agency (MINA) di Jalur Gaza menyatakan bahawa roket Fajar 5 telah mengenai Pejabat Parlimen Israel, Knesset. Namun, belum ada berita tentang korban akibat dari serangan balas sayap Tentera Hamas, Briged Alqassam itu.

Briged Alqassam melalui juru cakapnya juga mengeluarkan pernyataan rasmi bahawa mereka berhasil menembak jatuh pesawat F-16 Israel di Khan Younis, Gaza, Juma'at (16/11). Alqassam berhasil menembak jatuh pesawat F-16 menggunakan roket Ardjuu.
''Baru-baru ini pejuang berhasil menembak F-16 Israel. Warga Gaza bersuka cita dan meneriakan takbir di seluruh penjuru gaza atas ini," kata sumber MINA.
Sementara juru cakap Kementerian Kesihatan Hamas, Ashraf al-Qudra, mengatakan kepada AFP bahawa empat orang Palestin terkorban dalam serangan baru Israel di Jalur Gaza pada Jumaat.
"Tiga penduduk mati syahid dalam serangan di kem Maghazi dan jenazah mereka dibawa ke Hospital Syuhada al-Aqsa," katanya sambil menambahkan bahawa korban keempat-empat meninggal kemudian akibat serangan yang sama.
Serangan ke Jalur Gaza tengah itu ditujukan pada sebuah rumah. Dua dari korban syahid adalah kakak dan adik.
Dengan kematian keempat-empat  orang itu, jumlah korban terbunuh dalam kekerasan yang meletus pada petang Rabu  itu menjadi 28 orang. Sekurang-kurangnya 270 orang mengalami kecederaan.
Sejak Israel membunuh seorang pemimpin Hamas pada petang Rabu , roket-roket yang ditembakkan dari Gaza telah mengorbankan tiga orang Israel dan mencederai 16 yang lain. Demikian menurut keterangan dari polis dan petugas perubatan.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...