Tuesday, May 22, 2012
CARA MUDAH MENCARI MUKA SURAT DALAM AL-QURAN..!!!
MUDAHNYA!!!
Jom, Kita Cuba....!
Al-Quran adalah peninggalan Rasulullah untuk semua umatnya. Ada dua perkara yang Nabi Muhammad s.a.w tinggalkan untuk umatnya iaitu Al-Quran dan juga Sunnahnya untuk diamalkan.
Realitinya, berapa kali sehari kita membaca Al-Quran ?
Pahala membaca Al-Quran adalah setiap huruf diberikan 10 pahala.
Di sini ada tip yang boleh dikongsikan bersama iaitu cara untuk menghafal muka surat setiap juzuk Al-Quran. Memang menakjubkan kerana hanya dengan menggunakan sebuah formula matematik yang sangat ringkas. Dengan formula ini kita dapat mengetahui muka surat setiap juzuk Al-Quran dengan cepat.
Jom kita belajar...
Contoh 1
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 5 berada di halaman ke berapa:
5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 ( 4 x 2 = 8 )
Letakkan no. 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82.
Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzuk 5 bermula pada halaman 82.
Contoh 2
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 10 berada di halaman ke berapa:
10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 (9 x 2 = 18)
Letakkan no. 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 10 adalah pada halaman 182.
Contoh 3Jika anda ingin mengetahui Juzuk 23 di halaman ke berapa:
23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 (22 x 2 = 44)
Letakkan no. 2 selepas jawapan.
Jadi, juzu 23 adalah pada halaman 442.
Subhanallah, memang menakjubkan .
Jadi, selamat mencuba dan,
SELAMAT MEMBACA AL-QURAN.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment