Thursday, May 3, 2012

PENDAFTARAN PELAJAR PRA U LANAS SESI 2012/2013

  
Tahniah dan syabas kepada para pelajar lepasan SPM 2011 yang telah ditawarkan ke Tingkatan Enam Sistem Madular Baru Sesi Pengajian 2012/2013. Pihak Pengurusan Pra-U Lanas SMK Ayer Lanas, Jeli, ingin mengalu-alukan kehadiran anda bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat sijil STPM.

Tarikh melapor diri : 8 Mei 2012 (Selasa)
Masa : 8.00 Pagi hingga 12.30pm
Tempat : Dewan Besar, SMKAL
Pakaian: Seragam sekolah dan kemas*

Bagi memudahkan proses pendaftaran, sila lengkapkan dokumen pendaftaran seperti berikut:
  1. Salinan kad pengenalan (2 salinan)**
  2. Salinan sijil lahir (2 salinan)**
  3. Surat tawaran Prauniversiti  (2 salinan)**
  4. Sijil Berhenti sekolah (2 salinan)**
  5. Sijil/ Slip SPM (3 salinan)**
  6. Gambar saiz paspot (4 keping)
  7. Penyataan pendapatan ibu bapa / penjaga (2 salinan)**
  8. Salinan kad pengenalan ibu bapa / penjaga (2 salinan)**
          ** Salinan perlu disahkan.

A) Bayaran :        a) Aktiviti Pertena                          - RM 15.00
                               b) Baju Korporat dan Tag Nama  -  RM 82.00  

B)    Baju uniform untuk pelajar lelaki dan perempuan Pra U Lanas boleh dibeli terus di Koperasi  SMKAL 
 
* Seragam sekolah semasa pendaftaran adalah seperti berikut:

Lelaki :

Baju kemeja lengan panjang putih, seluar hitam/hijau, kasut hitam/putih.

Perempuan :

Muslim-Baju kurung putih, tudung warna putih, dan kasut hitam/putih.

Semoga makluman ini akan melancarkan lagi proses pendaftaran.

Sekian, terima kasih

-unit penerangan luar

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...