Isnin (4/3/2013): Bertempat di Dewan Terbuka dan Dewan Besar SMK Ayer Lanas pada hari ini telah berlangsung dua acara yang berbeza tetapi penuh bermakna. Di Dewan terbuka berlangsung acara mendidik pelajar menengah rendah supaya akur pada peraturan sekolah, manakala di Dewan Besar pula, pelajar Pra U Lanas dan guru menjayakan acara murni iaitu menderma darah. Dua peristiwa yang cukup bererti itu adalah tidak lain untuk mendidik para pelajar SMK Ayer Lanas menjadi insan berdisiplin dan tahu berbakti kepada orang lain. Dua aktiviti yang berbeza tetapi mempunyai satu matlamat yang baik.
Pelajar di ajar cara berambut yang baik, berpakaian uniform sekolah yang betul dan tidak ponteng sekolah. Alhamdulillah, mereka dapat menerimanya dengan hati yang terbuka, malah ada dari kalangan pelajar yang menolong melancarkan kegiatan berfaedah tersebut.
Ustaz, Penyelia T.6 dan Kounselor 'waspada'...
Para pelajar menunggu untuk di periksa...
PK HEM 'in action'...
Bahana pakai seluar ketat...
Ini bukan tunggu nak bersunat kali kedua tapi... tahulah...
Wooow, kita 'rule' sikit...
Tolong kawan...bagus punya...
Heeeyah...apa macam...ok tak???
Manakala, para pelajar Pra U Lanas dan guru, menjayakan aktiviti menderma darah. Sumbangan murni para pelajar dan guru tersebut merupakan salah satu kegiatan khidmat sosial yang sangat dihargai. Di harapkan aktiviti Pusat Tabung Darah, Hospital Daerah Tanah Merah ini sedikit sebanyak dapat menyokong keperluan Tabung Darah Hospital Besar Tanah Merah.
Bersiap siaga untuk tembak...
Cikgu derma darah dua tong seorang terr...
Nah, kali ni bahagian pelajar pulak...
Duk elok-elok, nanti kannn...
Perlahan sikit cucuk jarum tuuu nanti...takut!!!
Aku dah, sebelah tu...jarum patah...kulit keras sangat!!!
Pulau pandan jauh ketengah,
Gunung daik bercabang tiga,
Hancur badanmu di kandung tanah,
Budi yang baik di kenang juga.
No comments:
Post a Comment