Pemimpin adalah orang yang memikul beban dan amanah bukannya kemegahan dan kemuliaan . Maka jawatan pemimpin itu adalah terbuka kepada mereka yang benar-benar layak bukan kepada mereka yang benar-benar mahu jadi pemimpin.
Berdasar pernyataan di atas, mari kita telusuri satu peristiwa iaitu ketika Rasulullah saw mula menyusun atur sistem pemerintahan dengan mengagih-agihkan jawatan kepada para sahabat sesuai dengan dengan keahlian dan kemampuan masing-masing. Setelah selesai pembahagian jawatan tersebut, rupa-rupanya Abu Dzar Al Ghifari, sahabat yang paling rapat dengan Rasulullah saw tidak mendapat sebarang jawatan.
Terdorong oleh perasaan ingin ikut berpartisipasi dalam menegakkan pemerintahan ini, Abu Dzar pun meminta jawatan daripada Nabi. Permintaan dari Abu Dzar ini dengan lembutnya Rasulullah saw memberi nasihat :
“ Wahai Abu Dzar, aku sungguh menyayangimu seperti aku menyayangi diriku sendiri. Engkau memiliki kelemahan, sedang jawatan adalah amanat yang berat. Ketahuilah bahawa sesungguhnya pada hari kiamat nanti, mereka yang memegang jawatan akan merasakan penyesalan yang amat besar, kecuali mereka dapat melaksanakan dengan bersungguh-sungguh dan penuh keikhlasan hati. “
Atas penolakan Nabi s.a.w. yang cukup bijak ini, Abu Dzar tidak sakit hati, bahkan meminta nasihat daripada Nabi. “ Kalau begitu berilah aku nasihat ya Rasulullah. “
Lalu baginda bersabda:
“ Ingatlah olehmu akan lima perkara iaitu, sayangilah orang miskin jadilah sahabat mereka. Lihatlah orang lebih rendah darimu dan jangan melihat yang diatasmu. Sambunglah tali silaturrahim walau orang itu menjauhimu. Katakan kebenaran walaupun pahit. Dan perbanyak mengucapkan laa haula walaa quwwata ilaa billaah ( tidak ada daya dan kekuatan melainkan beserta Allah )."
Walau nasihat tersebut ditujukan pada Abu Dzar, tetapi pada hakikatnya nasihat tersebut untuk kita juga.
1. MENYAYANGI ORANG MISKIN
Kita dianjurkan supaya sering bergaul dan menyayangi orang miskin berbeza dengan sesetengah yang suka menjauhinya . Dengan mengakrabi orang miskin, jiwa kita akan ikut menghayati penderitaan yang dialami oleh mereka, dan dengan demikan akan membuat hati kita menjadi pandai mensyukuri.
Sikap suka menyayangi orang miskin, kemudian disertai pula rasa saling mencintai, akan menumbuhkan sikap berkongsi, membuat rasa puas muncul ddalam hati. Jiwa yang sihat pada hakikatnya suka diajak saling mencintai. Bila sikap ini terus dipupuk, akan membuahkan sikap lemah lembut dan rendah hati, sikap yang sangat mulis dan terpuji dan jauh dari sikap menzalimi, sikap yang sangat terkutuk dan terkeji.
2. MELIHAT KE BAWAH
Satu hal yang tumbuh dalam diri kebanyakan manusia pada hari ini kudrat manusia terlampau suka akan dunia, dan tidak pernah puas dalam mengejarnya. Bukankah Nabi s.a.w. bersabda :
" Sekiranya anak Adam memiliki harta benda satu lembah, pasti ia akan berusaha lagi untuk memiliki dua lembah. Dan andaikan telah memiliki dua lembah pasti akan berusaha lagi untuk memiliki tiga lembah. Memang tidak ada sesuatu yang dapat memenuhi keinginan anak Adam melainkan tanah ( mati ). Dan Allah akan menerima taubat bagi mereka yang bertaubat “. ( H.R. Bukhari dan Muslim )
Apabila dalam realiti kehidupan, kita terlebih suka melihat keatas, hal ini akan membuat jiwa atau hati tidak akan pernah puas. Ibarat kita minum air lautan. Hal ini demikian kerana bila nafsu dijadikan ikutan dan dibuat rujukan, segalanya akan membuat kita lupa daratan. Seadainya kita hanya mengejar tuntutan nafsu yang dikendalikan setan, pastinya, kita akan mudah lupa mana yang halal dan mana yang haram. Jiwa menjadi terombang ambing tidak karuan.
Situasi ini berbeza dengan sikap mereka yang suka memandang ke bawah, melihat nasib orang yang tidak mempunyai apa-apa, hidup lebih sengsara, lebih susah darinya, sehingga membuat jiwa menjadi lega, berkat nikmat yang telah diterimanya. Dengan demikian akan mudah melahirkan rasa syukur dalam jiwanya.
Cuba kita bayangkan seseorang yang sudah memiliki sebuah motosikal. Kini dia pula selalu berangan-angan ingin memiliki kereta, jiwa dia akan selalu tersiksa bila ada kereta melewatinya. Jadi bagaimana mungkin dia dapat menikmati dalam mengendarai motorsikalnya, kerana selalu melihat apa yang besar diatasnya. Sepatutnya dia perlu lebih memandang ke bawah, melihat bahawa masih ramai yang berbasikal, malah berjalan kaki sahaja sambil bermuhasabah dan bermonolog dalam jiwa:
“ Alhamdulillah aku sudah memiliki motor sehingga tidak bersusah payah mengayuh basikal atau berjalan kaki, yang menyebabkan badan jadi lelah dan payah “.
Demikian pula dengan yang berbasikal, bila sering berangan-angan memiliki motor, akan selalu tersiksa dan tidak akan dapat menikmati keseronokan mengayuh basikal. Dalam masa yang sama, banyak pejalan kaki yang menginginkan basikal, mestinya ia bersyukur apa yang dimilikinya dan begitulah seterusnya.
Inilah hikmahnya bila melihat kebawah, jiwa jadi nikmat dibuatnya. Usaha untuk kita meningkatkan status itu harus, namun selagi belum tercapai, nikmati dan syukurilah karunia Nya.
3. SILATURRAHIM
Imam An-Nawawi dalam kitab Syarh Muslim(2/201), berkata,
صِلَةُ الرَّحِمِ هِيَ الإِحْسَانُإِلَى اْلأَقَارِبِ عَلَى حَسَبِ الْوَاصِلِ الْمَوْصُولِ ؛ فَتَارَةً تَكُونُبِالْمَالِ ، وَتَارَةً تَكُونُ بِالْخِدْمَةِ ، وَتَارَةً تَكُونُ بِالزِّيَارَةِ، وَالسَّلاَمِ ، وَغَيْرُ ذَلِك
“Silaturrahim adalah berbuat baik kepada kerabat sesuai kondisi orang yang menyambung dan yang disambung; Kadang dengan harta, kadang dengan pelayanan, kadang dengan kunjungan, atau menyampaikan salam, dan selainnya.”
Silaturrahim banyak manfaatnya, kerana dapat menambah rezeki dan menambah umur. "Barang siapa ingin dipanjangkan umurnya dan diluaskan rezekinya maka bertakwalah kepada Allah dan sambunglah tali shilaturrahim ," demikian sabda Nabi s.a.w..
Dengan silaturrahim akan menyambung hubungan kekeluargaan, sehingga tidak terputus pertalian darah. Sambungan ikatan kekeluargaan akan membawa bertambahnya pula ilmu dan pengalaman, membuat jiwa menjadi luas wawasan, hati terasa lapang kerana membolehkan kita membuat perbandingan, jiwa jadi lebih mudah dan tabah dalam menghadapi dan menyelesaikan sebarang persoalan.
Hal ini berbeza dengan mereka yang kurang pergaulan, sedikit ikatan silaturrahimnya, jiwanya kerdil kerana kurang berwawasan, sehingga tidak dapat menyelesaikan banyak persoalan, akibatnya jiwa menjadi resah tidak tenang. Hal ini akan membuat daya tahan tubuhnya semakin lemah dan mudah dihingggapi pelbagai jenis penyakit.
Dengan banyaknya teman atau kenalan, InsyaaAllah rezeki juga akan datang dengan mudah, apatah lagi apabila kita memperkenalkan bidang usaha yang dilakukan, akan bertambah jumlah langganannya.
4. KATAKAN KEBENARAN WALAUPUN PAHIT
Pertembungan dan perlawanan antara yang hak dan batil akan terus berlangsung sampai akhir kehidupan. Para pembela kebatilan tidak pernah berhenti berlawan dalam medan pertempuran dan tidak pernah puas sehingga akhirnya kebatilan dapat diaplikasikan oleh manusia-manusia yang mampu dipengaruhinya. Mereka itu adalah dari golongan hizbus syaitan, golongan yang senantiasa menggulirkan nilai-nilai kemungkaran, kemaksiatan dan memancangkan tonggak kebatilan di bumi kehidupan.
Pertempuran antara kedua kelompok ini terus ada dan berlangsung sepanjang sejarah kehidupan manusia, maka kelompok pembela kebenaran harus terus eksis menyuarakan nilai-nilai kebenaran itu dalam setiap dimensi kehidupan. Allah berfirman :
"Wahai orang-orang yang beriman, taqwalah kamu kepada Allah dan katakanlah perkataan yang benar….” (QS 33:70)
Mungkin ini agak berat nampaknya, namun Nabi s.a.w. tahu bahawa Abu Dzar mampu melaksanakannya, sehingga Abu Dzar ke mana sahaja beliau pergi selalu berfatwa, khususnya pada orang berharta, bahkan pada para khalifah agar selalu hidup sederhana jangan bermewah mewah. Sehingga Abu Dzar sering dijauhi kerana fatwa yang disampaikan dianggap cukup pahit bagi yang mendengarkannya.
5. PERBANYAK MEMBACA KALIMAT HAUQOLAH
Apakan itu kalimat hauqolah? Sebenarnya banyak diantara kita yang telah mengenal kalimat ini, namun kurang mengetahui nama kalimat ini. Kalimat hauqolah adalah kalimat yang berbunyi, “Laa haula wala quwwata illa billah”. Yang biasanya diberi tambahan “hil ‘aliyyil adhim”, yang bererti lebih kurang, “Tiada daya upaya dan kekuatan melainkan dengan pertolongan Allah.”
Kalimat hauqolah ada dua kata yang sangat ditekankan dalam ayat ini. Iaitu kata “haula” dan kata “quwwat” yang memiliki makna persis sama, daya atau kekuatan.
Haula dapat diertikan sebagai daya atau kekuatan yang sering kita keluarkan yang sifatnya terus menerus dan berulang. Haula juga boleh diertikan sebagai kekuatan yang menopang ketetapan alam semesta. Haula bersifat boleh diprediksi, boleh dipelajari, masuk akal dan bersiklus. Seperti matahari terbit pukul berapa, musim tengkujuh di Kelantan mulai pada bulan sekian hingga bulan sekian, air keluar dari sumber air, sifat api itu panas lagi menghancurkan, dan sebaganya.
Quwwat pula boleh diertikan potensi daya yang menjadi hak prerogatif Allah SWT yang diberikan pada waktu tertentu dan atas kebijaksanaan Allah. Quwwat bersifat jarang muncul, tidak terus menerus, tidak masuk akal, sangat tidak dapat dijelaskan dengan ilmu pengetahuan dan logika. Misalnya seperti mukjizat yang telah Allah anugerahkan kepada rasul dan nabi-Nya, api yang menjadi sejuk dan menyelamatkan Nabi Ibrahim, laut yang terbelah dua oleh tongkat Nabi Musa dengan izin Allah, bulan yang terbelah terpisah oleh tangan Rasulullah SAW, air yang keluar dari jari Rasulullah SAW untuk digunakan berwudhu umatnya, dan sebagainya.
Justeru itu apakah manfaat membaca kalimat hauqolah? Dalam kalimat tersebut jelas, bahawa kita meminta daripada Allah untuk selalu diberikan daya atau kekuatan dalam menjalani kehidupan yang sering kita anggap susah. Sama ada dalam pekerjaan yang biasa kita miliki, mahupun dalam pekerjaan besar dan memungkinkan untuk kita keluarkan. Kerana tidak ada yang tidak mungkin atas kehendak-Nya. Untuk itu diharapkan kepada kita jangan pernah merasa takut untuk melakukan hal yang benar. Jangan pernah berputus asa dan selalu optimislah.
Kita jangan pernah berburuk sangka terhadap Allah SWT, kerana Allah SWT tidak dimakbulkan doa dan harapan kita. Hal ini mungkin sahaja dengan tidak termakbul harapannya, maka tidak termakbulkan pula apa yang menjadi kecemasan kita. Jangan kita menganggap kebahagiaan itu adalah berupa harta dan wang yang melimpah, kerana dengan melihat anak isteri kita yang sentiasa sihat apabila pulang dari kerja termasuk juga kebahagiaan yang besar.
Jadi, bagaimana supaya Allah memberi kebijakanNya untuk mengeluarkan potensi quwwat dalam diri kita? Caranya hanya satu, yakni lebih mendekatkan diri kepada Allah SWT, dalam hal ini tentunya dengan beribadah. Kita harus menjadi manusia yang dirasa penting oleh Allah SWT. Manusia yang mementingkan Allah daripada segala apapun, maka Allah SWT akan mementingkan dirinya berbanding apapun. Seperti Allah SWT yang mementingkan para nabi dan rasulNya lebih dari segalanya. Allah SWT tidak ingin tahu, apapun yang terjadi, pokoknya, para nabi dan rasul harus tetap hidup.
“Kerana mereka telah mementingkan Aku, maka Aku akan mementingkan mereka dari apapun. Api yang bersifat panas dan menghancurkan, Aku jadikanya sejuk dan menyelamatkan demi Nabi Ibrahim. Laut yang menjadi halangan dalam menyelamatkan diri dari Firaun, Aku belahkan untuk nabi Musa dan kaumnya. Bahkan Aku izinkan nabi Muhammad untuk membelah dan memisahkan bulan dengan tangannya untuk membuktikan kebenaranKu kepada kaum kafir.”
Setiap kehidupan itu dihiasi dengan masalah. Tidak ada orang hidup yang tidak memiliki masalah. Hal sedemikian sudah difirmankan kepada kita bahwa Allah SWT telah bersumpah akan menguji manusia dengan kesusahan dan kebahagiaan. Namun, Allah SWT masih bermurah hati. Allah SWT bersedia untuk tidak mendatangkan masalah-masalah yang lain, ketika kita sedang bergelumang satu masalah sahaja. Oleh hal yang demikian itulah kita perlu berdoa dan memohon kepada Allah SWT agar sentiasa diberi waktu penangguhan antara satu masalah dengan satu masalah yang lain, dan diberikan petunjuk untuk menyelesaikan permasalahan tersebut. Dan perlu diingatkan bahawa bersama setiap kesulitan itu akan ada kemudahan akhirnya.
Kalimat hauqola memungkinkan kita agar dijauhkan dari segala apa yang tidak kita senangi. Kalimat ini selalu dibaca sebagai doa keluar rumah yang berbunyi,:
“Bismillaahi tawakkaltu ‘alallooh, laa haula wala quwwata illa billah hil ‘aliyyil adhim”.
Yang lebih kurang maksudnya:
“Dengan nama Allah, aku bertawakkal kepada Allah. Tiada daya upaya dan kekuatan melainkan dengan pertolongan Allah.”

Memperbanyak membaca : Laa haula walaa quwwata illaa billaah ( tidak daya dan kekuatan melainkan dengan pertolongan Allah SWT ) sangat ditekankan Nabi s.a.w., dengan selalu membaca kalimat ini. Dengan selalu melafazkan kalimat akan membuat jiwa semakin menyedari bahawa apapun yang dilakukan oleh kita semata mata kerana bantuan dan kekuatan dari Allah SWT, bukan kerana kekuatan dirinya sendiri.
Dengan demikian akan dapat menjauhkan kita dari sikap membanggakan diri, merasa semua keberhasilan dan kejayaan adalah datang dari hasil usahanya sendiri. Sikap ini sangat berbahaya sekali !, kerana akan dapat menjauhkan diri kita dengan Allah SWT. Hal ini menjadi lebih buruk bila dikemudian hari, bila kita menemui kegagalan jiwanya sangat kecewa dan tersiksa sekali, dan bertambah celakanya ......bila berhasil ataupun Berjaya kita tidak tahu atau tidak mahu mensyukurinya !
No comments:
Post a Comment