Thursday, November 20, 2014
SEKILAS TENTANG AKHLAK NABI MUHAMMAD SAW.
Catatan sekilas tentang akhlak Nabi Muhammad saw ini adlah berdasarkan rujukan buku Biografi Lengkap Rasulullah saw oleh Dr. Sayyed Muhammad bin Alawi Al Malik.
Berikut adalah 41 akhlak Nabi Muhammad saw. :
1. Baginda selalu diam
2. Berbicara ketika perlu
3. Pembicaraannya fasih, ringkas tetapi padat
4. Menghadapkan seluruh tubuhnya apabila berbicara dengan seseorang
5. Hatinya selalu sedih (inginkan umatnya dalam kebaikan dan terlepas dari azad Allah SWT)
6. Selalu menundukkan pandangan kerana tawaddu'
7. Berfikir terus menerus
8. Menghargai nikat sekecil apa pun tanpa memperlekehkannya
9. Tidak pernah mencela makanan. Apabila suka , baginda akan makan. Jika tidak, ditinggalkannya
tanpa mencelanya.
10. Tidak pernah marah perkara yang berkaitan dengan urusan kedunian.
11. Marah bukan kerana nafsu
12. Apabila kebenaran dipermainkan, baginda akan bangkit mempertahankannya
13. Apabila marah baginda akan memalingkan muka
14. Apabila suka baginda akan memejamkan mata
15. Tidak pernah berkata kotor, berbuat keji dan melampaui batas
16. Tidak pernah berteriak-teriak di pasar
17. Tidak pernah membalas kejahatan dengan kejahatan. Malah baginda memaafkan dan berlapang
dada
18. Tangan baginda tidak pernah memukul selain untuk berjihad di jalan Allah
19. Apabila menghadapi 2 perkara, baginda memilih yang paling mudah selagi ia bukan dalam
perkara maksiat
20. Di rumah, baginda adalah manusia biasa yang membasuh pakaian, memerah susu dan membuat
sendiri segala keperluan diri.
21. Raut wajah baginda selalu ceria, perangainya dapat mudah dicontohi dengan mudah, lemah
lembut dan peramah
22. Ketika duduk ataupun berdiri, baginda selalu berzikir
23. Baginda tidak pernah bersikap keras dan bertindak kasar, berteriak-teriak, lebih-lebih lagi
mencela orang lain
24. Tiga perkara yang beginda jauhi iaitu perselisihan, bongkak dan segala yang tidak diperlukan
25. Tidak pernah mencela dan memaki hamun orang lain
26. Tidak pernah mencungkil rahsia orang lain
27. Tidak pernah berbicara kecuali sesuatu yang menjanjikan pahala
28. Perbicaraannya selalu memukau sesiapapun yang mendengarnya lalu terpegun seolah-olah
ada burung yang melintas di atas kepala mereka
29. Sesiapa yang melihat baginda sepintas lalu akan merasa gerun dan hormat terhadapnya
30. Sesiapa yang selalu bergaul dan telah dekat mengenali baginda akan menyanyanginya
sepenuh jiwa raga
31. Baginda pasti memberi tempat kepada orang yang ingin duduk dan tidak membezakan
dalam kalangan mereka
32. Sesiapa yang meminta sesuatu, pasti dipenuhinya atau jika disebaliknya ditolak dengan
tutur kata yang lemah lembut
33. Tangan baginda selalu terbuka kepada sesiapa sahaja tanpa pilih kasih. Baginda adalah
ayah bagi mereka semua
34. Di mana sahaja baginda berada, di situ terpancar cahaya ilmu, sikap malu dan sabra
serta amanah.
35. Tidak ada yang berani meninggikan suara di hadapan baginda kerana kewibawaan baginda
36. Semua mengakui keutamaannya, menghormati orang tua, menyayangi yang kecil, mengutamakan
orang yang ada hajat, menjaga keperluan dan kebajikan orang asing
37. Tidak memotong percakapan orang lain. Jika ingin memotong atau mencelah, baginda
hentikan dahulu ataupun berdiri
38. Paling berlapang dada
39. Paling tepat berbicara
40. Paling halus keperibadiannya
41. Paling ramah dan beradab dalam pergaulan dan muamalahnya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment