Saturday, October 27, 2012

PERISTIWA KORBAN AIDIL ADHA

Jumaat, 10 Zulhijjah 1433 Hijrah, selesai solat Idul Adha, dari Tanah Merah,aku bergegas ke Kampung Pulau Tengah, Kubang Kerian untuk acara korban. Aku sampai lebih kurang jam 10 pagi. Semua sudah siap, hanya menunggu aku sahaja. Setelah akad jual beli dan niat - maka acara sembelihan pun bermula. Ustaz Mat Zin, kawan se universiti dengan aku melaksanakan tugas yang murni tersebut.

Tenang aje...
Rela dikorbankan...
Allahuakbar,Allahuakbar, Allahuakbar...
walillahilham...
Bismillahirrahmannirrahim...
Allahuakbar...
Semuga Allah SWT menerima korbanku...
Selesai...
DALIL-DALIL MENGENAI KORBAN

Firman allah;

Maksudnya;

Sesungguhnya Kami (Allah) telah memberi engkau (ya Muhammad) akan kebajikan yang banyak. Oleh itu dirikanlah solat kerana Tuhanmu ( pada Hari Raya Haji) dan sembelihlah (binatang) korbanmu (sebagai ibadah dan mensyukuri nikmat Tuhanmu).” (Surah al-Kauthar : ayat 1-2)

Maksudnya ;

“Dan telah Kami (Allah) jadikan untuk kamu unta-unta itu sebagai syiar agama Allah. Kamu banyak memperoleh kebaikan daripadanya, maka sebutlah nama Allah ketika kamu menyembelihnya.” ( Al-Haj ; 36)

Thursday, October 25, 2012

SELESAIKAN MASALAH KAMERA AES DI SINI...

Why AES Detector didn't alert you ?
Dear All AES Detector User,

Base on the feedback posted in the review, we found that some users failed to detect AES camera or cannot hear any alert sound when bypass the AES Camera.

Please check your GPS signal status on AES Detector.
You need to make sure your GPS Status is showing "STRONG" on the screen.

Tips to get strong GPS Signal:
Buy an Anti Slip Mat and place your phone face up the wind screen. You should able to locate our GPS signal within few seconds.

Hope this can solve your issue.
Appreciate and thanks for your support on AES Dectector.
 Sumber: KEVIN CHUA
++++++++++++++++++++++++

Berikut ini ada satu aplikasi untuk mengesan Kamera AES. Aplikasi ini untuk smartphone Adroid. Nama software ini ialah AES DETECTOR by Kevin Chua.

Contohnya anda boleh lihat skrin 'capture' gambar kat atas tu. Dia memang okey sebab dia ada 'alarm'. Untuk AES Detector ini berfungsi dengan baik, pasti isyarat GPS 'strong'.

Kalau ada kamera AES sekitar 1 KM jaraknya dari kereta kita, sempatlah kita perlahankan kereta, lalu sila ikutlah had laju yang halal dan kita selamat dari kena saman. 

Aplikasi ini selamat digunakan di mana sahaja sama ada  di lebuh raya, jalan biasa, dalam hutan rimba atau di laut, cuma siap siaga dengan dia punya amaran....

Kalau guna HP dan nak install, sila pergi ke Google Playstore, lepas tu cari AES Detector dan klik kat ikon macam gambar bawah ni...

Di Google Playstore, masih ada dua tiga lagi software macam nih...

Selamat mencuba.

Wednesday, October 24, 2012

PLATE NO. KERETA YANG UNIK.


Below are the pictures of the car with unique plate numbers :

– - – -– - – -– - – -– - – -– - – -

CARA NAK BELI NOMOR KERETA BARU




Nak beli nombor plate kereta?

Nampak gayanya ramai yang  berminat untuk menyeragamkan nombor pendaftaran kenderaan mereka.
Sebenarnya, takde la susah pun proses and prosedur untuk beli nombor ni.
Tetapi ada beberapa kategori nombor ye.. tak semua nombor plate boleh kita beli, ada sesetengahnya kita kene masuk tender.. especially nombor VIP and nombor panas yang ada ong...

Antara nombor VIP  ialah nombor 1-10..
Kalau ada yang berkenan ngan nombor ni, kita boleh la masuk tender untuk plate akan datang.. Katakanlah now dah DCD, so sepatutnya JPJ dah open date utk tender DCE dah...
errmm.. untuk nombor 1-10, minimum  tender is rm10,000 sahaja.. 
Nombor-nombor "panas" yang lain, errmm.. aku tak hapal lah.. tapi antaranya ialah 9999, 8888 etc etc tu, korang cek la sendiri.. aku takde ilmu sangat bab tender nombor puluh ribu ni.. bazir..
so macam weols, 1445 bukanlah nombor "panas".. kita boleh terus beli di kuanter..
pembelian di kaunter ni sebenarnya bukan susah pun...
Secara ringkasnya:

1- Pastikan dokumen booking kenderaan anda ada bersama anda.. alaa kertas/resit from dealer kete tu masa  pi booking kete tu ..
2- Pergi ke JPJ kawasan anda.. . kalau kelantan, gi kat JPJ Panji, KB.
3- Ambil borang untuk beli nombor plate, isi je.. simple  pun borangnya
4- Pergi semula ke kaunter pembelian no plate selepas dah isi, submit borang tu, then staf tu akan cek sama ada nombor tu ada lagi ke tak.. kalau dah takde, jangan menangis, malu kat ore ,sebab memang ko takkan dapat nombor tu kecuali kena tunggu untuk next punya DCE plak ...
5- Kalau nombor tu masih ada, korang akan dikenakan bayaran - rm210 if nombor tu memang dalam list untuk hari tu, rm310 kalau nombor tu bukan dalam list.

Apa nombor sama ada dalam list dan bukan dalam list, kat kaunter tu  ada tv.. kat tv tu ada dia bubuh list running number untuk masa tu katakanklah masa tu dia open utk 4000-6000, tapi nombor korang nak beli tu 6501, so nombor tu tak masuk dalam list lagi.. so korang ada 2 pilihan, sama ada nak tunggu kat situ sampai nombor tu keluar dalam list dan bayar rm210 atau korang just bayar rm310 takyah tunggu list.

Cara mudah korang nak jimat, sebelum ke JPJ, korang cek la dulu web  JPJ.. No Kenderaan Terkini kat situ dia update 2 kali sehari.. tengahari jam 1230pm and petang jam 530pm.. so korang leh agak la bila korang sepatutnya  ke kaunter tu dan buat urusan pembelian...

6- Lepas dah beli, nanti staff  JPJ tu akan bagi 1 slip mengatakan anda telah membeli nombor pendaftaran DCD 1445. nanti bila kete dah siap, boleh kepilkan dokumen tu dengan dokumen pendaftran kete yang lain tu.. senang cerita, ko pass saja doc plate number tu kat salesman ko tu tau la dia nak register nanti  bila keta dah sampai...

Dulu, nombor yang kita dah beli ni, kita boleh hold sampai 3 bulan sebelum kita register kereta kita.. tapi info terbaru aku dengar,(tapi tak sure lak) kita just boleh hold sampai sebulan saje.. lepastu boleh buat rayuan and hold extend sampai lagi sebulan if kete tak sampai lagi.. maknanya 2 bulan je kita leh hold nombor yang telah dibeli tu kalau tak register gak, maka nombor itu akan hangus menjadi abu... (but tempoh berapa bulan ni kita kene double check semula with JPJ ye aku tak berapa pasti, but for sure memang ada timeframe.. so kalau kete korang lambat lagi nak deliver, agak-agak la bila nak beli nombor)

Jadi... mudah kan?

Memang mudah pun... tapi.. memakan masa dan tenaga dan minyak untuk travel ke kaunter JPJ.. 
so kitorang selalunya just tempah kat runner dealer kete je.. haahhahahahahahhahahaha
caj yang reasonable ialah dalam lingkungan 260-300 la.. kalau depa caj korang lagi mahal dari tu, baik ko buat sendiri!

Apa? ada yang tak reti apa itu plate number????? nombor pendaftaran kenderaan, nombor plate...
silalah korang jemur kepala kat luar masa mentari terik ye.. sebab kepala korang tu kompom dah banyak masuk air... 

UPDATE: Ada kekawan bagitau, perkara no 1 - bawa slip booking tu dah tak perlu .. boleh just terus datang kaunter tak payah bawa doc tu pun tak ape... so lastly, jom kita acu try gi buat sendiri!!!

INI AJE YANG AKU TAHU... KALU SALAH TOLONG BERITAHU...OK.

Tuesday, October 23, 2012

JOM PUASA SUNAT PADA KHAMIS 9 ZULHIJJAH (25 OKT. 2012)


AYUH SEMUA  KEKAWAN, MAI KITA PUASA SUNAT 

HARI'ARAFAH

Banyak hadith yang menceritakan tentang kelebihan bulan Zulhijjah ini antaranya daripada Imam Ahmad RA meriwayatkan dari Ibnu ‘Umar RA bahawa Baginda SAW bersabda ;

“Tiada suatu haripun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari sepuluh Zulhijjah ini, oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil, takbir dan tahmid”.

Dan Ibnu Hibban menyatakan di dalam kitab Sahihnya bahawa Rasulullah SAW bersabda ;


“Seutama-utama hari adalah hari ‘Arafah”.

Untuk mencapai kelebihan pada bulan ini maka umat Islam di anjurkan pelbagai amalan antaranya berpuasa pada hari-hari tersebut atau sekadar kemampuan TERUTAMANYA pada hari Arafah iaitu 9 Zulhijjah. Sabda Rasulullah SAW:

صيام يوم عرفه أحتسب على الله أنه يكفر السنة التي قبله والسنة التي بعده
[ رواه مسلم ]

bermaksud : “Puasa pada hari arafah ini aku mengira Allah SWT akan mengampunkan dosa setahun yang lepas dan setahun yang akan datang.” (Riwayat Muslim)

Puasa hari ‘Arafah (9 Zulhijjah) adalah disunatkan kepada mereka yang tidak mengerjakan ibadat Haji.

Semuga kita di beri kekuatan untuk mengamalkannya

TIP TOPKAN KOMPUTER ANDA.


12 Tips Software Yang Perlu Ada Dalam Komputer Anda



Setiap software ini adalah versi percuma dan tidak perlu keluarkan duit sesen pun. Dan  terbaik untuk diguna pakai baik Pc atau laptop untuk jadi mantop dan smooth je..
1. Software Free Antivirus yang terbaik sepanjang zaman:
Note: Jangan install ketiga-tiga antivirus ini dalam komputer/laptop anda. Ia boleh menyebabkan komputer/laptop anda jadi hang sebab ia akan jadi pening kerana ketiga-ketiga antivirus telah aktif. Install salah satu antivirus seperti diatas. Pastikan juga anda selalu update antivirus anda.
2. Ccleaner - Software yang clean segala-gala fail-fail sementara dalam komputer/laptop anda seperti:
  • Internet Explorer
  • Firefox
  • Google Chrome
  • Opera
  • Safari
  • Windows – Recycle Bin, Recent Documents, Temporary files dan Log files.
  • Registry cleaner
  • Third-party applications
  • 100% Spyware FREE
Note: Pastikan anda dapatkan yang terkini di http://www.filehippo.com/download_ccleaner
3. 7zip - Open Source software yang unzip fail-fail yang mempunyai kapasiti yang besar dan boleh mengecilkan fail-fail kepada saiz yang dikehendaki. Ia menyokong fail-fail yang berformat 7z, ZIP, GZIP, BZIP2, TAR, ARJ, CAB, CHM, CPIO, DEB, DMG, HFS, ISO, LZH, LZMA, MSI, NSIS, RAR, RPM, UDF, WIM, XAR dan Z. Download disini http://www.7-zip.org/download.html
4. Mozilla FirefoxGoogle Chrome dan Opera - Ketiga-tiga browser ini mempunyai kelebihan dan kehebatan sendiri:


5. PDF Creator - Satu lagi software dari open source yang aku selalu guna untuk create pdf. Download disini http://sourceforge.net/projects/pdfcreator

6. CPE17 Antiautorun Killer - Software yang remove virus dari external HD danpendriveMade In Thailand punyer..Tapi jangan risau..ia ada dua bahasa iaituThailand dan English. Anda perlu copy ke drive C dan klik 2 kali..Ia akan tertera di Tray windows komputer/laptop anda. Download disini CPE17 Antiautorun Killer
7. Adobe Reader atau Foxit Reader - Software yang wajib perlu ada dalam komputer/laptop anda. Ia ditugaskan untuk membaca fail pdf.
8. Adobe Flash Non IE dan Adobe Flash IE - Setiap komputer/laptop memerlukan software ini untuk melihat animasi dalam sesuatu website. Anda boleh download software disini: http://www.filehippo.com/download_flashplayer
9. Adobe Shockwave - Membenarkan anda melihat kandungan web interaktif sepertigames, business presentations, entertainment dan advertisements dari web browser anda. Anda boleh download disini: http://www.filehippo.com/download_shockwave
10. Java Runtime Environment - Download sini http://www.filehippo.com/download_jre_32
11. Teracopy - Untuk melajukan proses copy dan paste sesuatu fail. Anda boleh download disini: http://www.filehippo.com/download_teracopy
12. Unlocker - Jika anda mempunyai masalah tidak boleh delete fail contohnya Access Is Denied, software ini akan membantu anda untuk delete fail tersebut. Malah ia boleh melajukan sistem windows anda. Download http://www.filehippo.com/download_unlocker Yaaaa..itulah 12 software percuma yang perlu anda install dalam komputer/laptop anda. Tiada bayaran dan SEMUANYA adalah percuma.

SUASANA SEBELUM SEPAK MULA PIALA MALAYSIA.

 Berikut suasana sebelum sepak mula perlawanan bolasepak Piala Malaysia 2012 antara ATM vs Kelantan.

      Aku sampai di Stadium Shah Alam (makanlah juga buah langsat) lebih kurang jam 12.30 tengahari. Manusia Kelantan dah ramai. Lepas itu seperti air bah... melimpah cukup cepat ... beraneka ragam... semuanya merah...layaknya Stadium Shah Alam hanya beberapa kilometer sahaja dari bandar Kota Bharu. Hebat sungguh. Terfikir aku, mungkin waktu  itu suasana negeri lahirnya Pahlawan Merah dilanda kesunyian. Seluruh rakyatnya, dari kecil hingga tua, dari berpangkat hingga jelata - terkedu - menanti sepak mula kejohanan yang menentukan erti sebuah perjuangan kepahlawanan. Kemenangan dan kekalahan bukan lagi milik mutlak pemain, tetapi sudah menjadi hak milik seluruh rakyat negeri Cik Siti Wan Kembang.

Jam 12.30 tghari
Bayangkan anak sekecil itupun dikendung...
Sekarang jam 1.30 tghari
Jam 2.30 ptg.
Jam 4.30 ptg., mula memasuki stadium
Jam 5.00 ptg. di dalam stadium
Aku terkedu campur letih...

Jam 7.30 malam
Jam 8.00 malam
Akhirnya, bermulalah setelah kami menunggu lebih kurang 7 jam untuk menyaksikan satu pertembungan yang paling klasik di tahun 2012.                                                                                 

Sunday, October 14, 2012

PREBIU PERLAWANAN AKHIR PIALA MALAYSIA 2012.


 
Di sini ada beberapa informasi tentang pasukan Kelantan dan ATM yang akan bertempur di perlawanan akhir Piala Malaysia pada Sabtu, 20 Oktober 2010 di Stadium Shah Alam.


"Kelantan Mahu Buktikan Bukan ‘Mimpi Kosong Disiang Hari"
KELANTAN FA:



  • Jurulatih: Bojan Hodak (Croatia)
  • Piala Malaysia Musim Lepas: Tewas kepada musuh ketat Terengganu di suku akhir
  • Gelaran: Red Warriors atau Pahlawan Merah (Para penyokong yang paling bersemangat di Malaysia)
  • Stadium: Sultan Mohammad IV (Kapasiti 25,000)
  • Pemain Pinjaman: Mafry Balang, Pemain Pertahanan (Sabah); Afiq Azmi, Penyerang (Kuala Lumpur); Aslam Najumudeen, Pertahanan (Kuala Lumpur)
  • Pemain Penting: Badri ‘Piya’ Radzi, pengarah pasukan dalam kemenangan Piala FA, Kejuaraan Liga, dan lebih lagi.
Kesimpulan: Apa yang perlu dikatakan lagi? Kelantan mempunyai rekod pertahanan dan jaringan terbaik dalam liga sambil memupuk semangat kenegaraan dengan corak permainan yang menghiburkan. Apakah TRW tetap akan membawa pulang Piala Malaysia, sekaligus mengapai impian gelaran trebble? .
Potensi: Hanya kepuasan diri dapat mengecewakan kempen Kelantan di Piala Malaysia. 



"Tanpa Norfarhan dan Mohamed Ghaddar, Kelantan Tetap Pasukan Terkuat – B. Sathianathan | Meskipun pasukan bimbingan Bojan Hodak mengalami masalah besar berikutan ketiadaan dua tunjang utamanya iaitu Mohd Norfarhan dan Mohamed Mahmoud Ghadar di final Piala Malaysia 2012, ia bukan satu kelebihan besar buat ATM. Bagi Jurulatih ATM, B. Sathianathan, beliau tetap menghormati kekuatan pasukan Kelantan."


ATM FA:
  • Jurulatih: B Sathianathan
  • Piala Malaysia Musim Lepas: Tidak Layak
  • Gelaran: Tentera atau ‘Manchester City Malaysia’
  • Stadium: Stadium Majlis Perbandaran (Kapasiti 25,000)
  • Pemain Pinjaman: Tiada
  • Pemain Penting: Di ketuai Hairuddin Omar (HAI_O) dan Marlon Alex James sudah berusia tetapi masih berupaya, berpengalaman dan mampu memporak perandakan barisan pertahanan yang leka.
Kesimpulan: Juara Liga Premier ini telah menjaringkan rekod 71 gol dan hanya tewas dua kali dalam Liga Premier. Kualiti para pemain yang tinggi dijamin akan membawa hasil bila berganding dengan arahan Sathianathan. TRW perlu berwaspada kepada ancaman mereka.Apakah impian 46 tahun penantian akan berakhir nanti ?
Potensi: Seperti nama gelaran mereka, Tentera amat merbahaya dalam semua posisi dan mampu mengejutkan pasukan veteran seperti yang mereka lakukan, iaitu mengalahkan Negeri Sembilan dan Lion XII.




Saturday, October 13, 2012

PIALA MALAYSIA :SELANGOR vs KELANTAN 2012

Keegoan Irfan  Bakti Memakan Diri... RED GIANT 0 - TRW 2

Kelantan menempah tempat ke perlawanan akhir Piala Malaysia selepas membenam terus keegoan Selangor 2-0 pada aksi separuh akhir kedua di Stadium Shah Alam malam ini. Gol-gol TRW digomo melalui Mohd. Ghaddar dan Ajih Nasi Lemah (Piya).

Dengan berbekalkan kemenangan 1-0 pada aksi separuh akhir pertama di Stadium Sultan Mohammad IV, Kelantan turun dengan semangat membara untuk membenam keegoan Selangor di gelanggang mereka. Impian 33 Selangor hancur lebur jadi debu.


Kelantan akan berhadapan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di perlawanan akhir 20 Oktober ini selepas B. Sathianathan membawa skuad tentera itu ke final Piala Malaysia buat kali pertama selepas 46 tahun hasil kemenangan ke atas Lions XII menerusi penentuan sepakan penalti, semalam.


Thursday, October 11, 2012

KHASIAT JANGGUT LELAKI.

Nah...janggut adalah sunnah, so ,let it to grow.
Kajian oleh saintis dari Massachusetts Institute of Technology, Amerika Syarikatyang berjudul The Amazing Fact of Human Body mendapati janggut lelaki mengandungi hormon testosteron yang amat diperlukan bagi kesuburan wanita. Ia mampu menstabilkan kitaran haid selain menggalakkan pertumbuhan telur wanita.

Unsur-unsur dan bentuk hormon testosteron
Dalam kata yang lain, janggut lelaki juga boleh meningkatkan tahap kegalakan pasangannya.

Bagaimana Caranya?

Hanya melalui sentuhan. Jadi kepada sesiapa yang belum mempunyai anak kerana mengalami masalah kesuburan, mintalah suami menyimpan janggut, dan belailah selalu janggut suami.

Kata Dr Jamnul Azhar, kajian itu beberapa kali diulang tayang oleh National Geographic. Ini sekali gus menjadi bukti apa yang disarankan oleh Islam sejak zaman silam, boleh dibuktikan secara saintifik akan hikmah dan kelebihannya.

Hukum Memelihara Janggut

Berjanggut telah diperintahkan oleh Nabi Muhammad saw dan bukan persoalan yang interim. Terdapat banyak hadis sahih menyuruh memelihara janggut dan berulang kali pula melarang mencukurnya dengan larangan yang keras.

Berjanggut dan berjambang amalan yang tidak pernah ditinggalkan oleh para sahabat, para tabiin dan Salaf as-Soleh. Tidak sepatutnya individu yang mengaku dirinya beriman kepada Nabi Muhammad saw mengabaikan suruhan baginda yang diulang berkali-kali. Ingatlah, menentang suatu kewajiban yang ditetapkan oleh syara’ seperti memelihara janggut adalah suatu bentuk perbuatan yang membawa kepada fasiq.

Sikap tidak memperdulikan larangan Allah swt adalah perbuatan keji. Dianggap keji kerana meremehkan hukum-ahkam syara’. Perbuatan seperti ini adalah berdosa dan fasiq. Inilah hakikat yang berlaku kepada orang-orang Islam masa kini apabila diajukan persoalan hukum berjanggut.

Seseorang itu tidak dianggap beriman sebelum mencintai Allah dan Rasul-Nya lebih dari mencintai dirinya sendiri dan ia sewajarnya komited dalam hal ini.

Persoalannya, di manakah tanda pembuktian cinta seseorang jika tidak mentaati dan tidak merealisasikan seruan kekasihnya. Tidak benar pengakuan seseorang yang mengaku mencintai Allah dan Rasul-Nya jika hanya mementingkan hawa nafsunya tanpa membuktikannya dengan ketaatan walaupun ketaatan tersebut disangka perkara kecil.

Rasulullah saw telah menegah para sahabatnya daripada mencukur janggut dengan beberapa alasan. Baginda Saw telah mengisyaratkan setiap lelaki beriman supaya memelihara janggut atau jambang mereka

Sunday, October 7, 2012

PEMBURU KENTUT...

Memang dasar tak ada kerja. Atau ketagih bau kentut, begitulah fe'el perangai Mat Salleh sekor nih. Dia membawa sebuah poster "FART SMELLER MOVEMENT".

Dia memang gila benar, mencium ramai buntut wanita cantik dan seksi di Financial District New York. Tidak ada yang tahu ape tu 'Fart Smeller Movement', termasuklah aku - elok untuk tidak tahu.




Apa maksud dan tujuan Pemburu Kentut ni... Gila, bukannya dunia, tapi orangnya.
MASYAALLAH...


Saturday, October 6, 2012

MALAIKAT IZRAIL MENGUNJUNGI KITA 70 KALI SEHARI.

"LAHIR" SUATU TARIKH YANG TIDAK DAPAT "DIPINTA", "MATI" SUATU TARIKH YANG TIDAK DAPAT "DITUNDA."
TAZKIRAH
“Setiap yang hidup akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu akan kembali.” (Surah al-Anbiyak ayat 35)

Tahukah kita bahawa malaikat maut sentiasa merenung serta melihat wajah seseorang itu 70 kali dalam sehari? Andainya manusia sedar hakikat itu, nescaya mereka tidak lalai mengingati mati.

Hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Bahawa malaikat maut memerhati wajah manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang gelak-ketawa. Maka berkata Izrail: ‘Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok dan bergelak ketawa.’”

Tiada seorang pun di dunia ini dapat menggambarkan bagaimana perasaan dan pengalaman mereka menghadapi saat kematian. Ajal tidak mengenal sesiapa sama ada mereka itu tua, muda, sihat, kaya atau miskin. Rasulullah s.a.w juga menjelaskan dalam hadisnya bahawa kesakitan ketika hampir mati itu seperti ditetak 100 kali dengan pedang tajam atau seperti dikoyak kulitnya dari daging ketika hidup-hidup. Bayangkanlah betapa sakit dan dahsyatnya saat menghadapi kematian. Kalau hendak diikutkan siapa yang hendak nyawanya dicabut dalam keadaan yang amat menyeksakan.


Salman Al-Farisi meriwayatkan hadis Nabi s.a.w yang bermaksud: “Perhatikanlah tiga perkara kepada orang yang sudah hampir mati itu. Pertama: berpeluh pada pelipis pipinya; kedua: berlinang air matanya dan ketiga: lubang hidungnya kembang kempis.

“Manakala jika ia mengeruh seperti tercekik, air mukanya nampak gelap dan keruh dan mulutnya berbuih, menandakan menandakan azab Allah sedang menimpa dia.” (Hadis riwayat Abdullah, al-Hakim dan at-Tarmizi)

Kematian ‘menjemput’ manusia secara perlahan-lahan atau beransur-ansur mulai daripada jasad, hujung kaki kemudian ke paha. Bagi orang kafir pula, apabila nyawanya hendak dicabut Izrail, wajahnya akan menjadi gelap dan keruh dan dia mengeruh seperti binatang yang disembelih. Itu pula tanda azab yang diterimanya disebabkan dosa dan kekufuran mereka.

Al-Qamah bin Abdullah meriwayatkan hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Bahawa roh orang mukmin akan ditarik oleh Izrail dari jasadnya dengan perlahan-lahan dan bersopan sementara roh orang kafir pula akan direntap dengan kasar oleh malaikat maut bagaikan mencabut nyawa seekor khimar.”

Allah juga turut menimpakan seorang Muslim yang berdosa itu dengan kekasaran ketika mereka menghembuskan nafasnya yang terakhir sebagai kaffarah dosanya. Mungkin ada juga orang kafir yang mati dalam ketenangan mungkin kerana ketika hidupnya dia berbuat kebajikan dan itu adalah balasan terhadapnya kerana setiap kebajikan pasti akan dibalas. Tetapi kerana tidak beriman, ia tidak menjadi pahala kebajikan dan kekufurannya tetap diazab pada hari akhirat kelak.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai ke lutut.

“Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. “Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu.”

Malaikat Izrail menjalankan arahan Allah s.w.t dengan sempurna. Dia tidak diutuskan hanya untuk mencabut roh orang sakit saja ataupun roh orang yang mendapat kecelakaan dan malapetaka. Kematian mungkin berlaku kerana sebab bencana seperti gempa bumi, banjir, kebakaran dan ada juga yang matinya disebabkan kemalangan, diserang penyakit berbahaya seperti kanser, jantung, Aids, denggi dan taun. Seorang yang sedang sakit tenat, menjadi rahmat yang tinggi nilainya kerana Allah masih memberi peluang supaya mereka sedar akan kesilapan yang mereka lakukan selama hidup di dunia


Maka waktu itu mereka masih berpeluang bertaubat dari dosa dan kesilapan. Begitu juga halnya dengan orang mati mengejut disebabkan kemalangan. Ia memberi pengajaran dan peringatan kepada mereka yang masih hidup supaya berhati-hati dan tidak lalai berusaha untuk memperbaiki diri.
Oleh itu, bagi mereka yang masih diberikan nikmat kehidupan perlu sentiasa mengambil iktibar terhadap segala yang berlaku. Allah menjadikan sebab kematian itu bagi memenuhi janji-Nya kepada malaikat maut. Saidina Abbas meriwayatkan dalam sebuah hadis antara lain menerangkan malaikat Izrail berasa sedih apabila ditugaskan mencabut roh makhluk bernyawa. Ini kerana antara makhluk bernyawa itu adalah termasuk manusia yang terdiri daripada kekasih Allah iaitu Rasul, nabi, wali dan orang soleh. Malaikat maut mengadu kepada Allah betapa dirinya tidak disenangi keturunan Adam a.s.

Dia mungkin dicemuh kerana mencabut roh manusia yang mana menyebabkan orang berduka cita akibat kehilangan orang tersayang dalam hidup mereka. Jika seseorang Muslim itu meninggal dunia, beberapa langkah penting perlu dilakukan seperti menempatkan jenazah di tempat yang sesuai sebagai menghormatinya, sunat meletakkan keadaan kakinya menghala ke arah kiblat, tanggalkan pakaian berjahit, tutupkan jenazah dengan sehelai kain nipis ke atas seluruh jasadnya, rapatkan kedua-dua belah matanya dan mulutnya, letakkan kedua-dua tangan jenazah di atas dadanya sebagaimana dalam keadaan qiam (berdiri) ketika solat, letakkan sesuatu yang sederhana berat di atas perutnya seperti gunting dan pisau serta sunat bagi yang hidup mencium jenazah. Umat Islam dilarang mengaitkan kematian seorang Muslim itu dengan tanda tertentu.

Apabila sampai ajal seseorang, umat Islam digalakkan memberi nasihat kepada keluarga si mati supaya bertenang dan banyakkan bersabar. Islam menegah amalan keterlaluan seperti menjerit dan meratapi kematian. Mereka yang masih hidup peluang perlu dimanfaatkan dengan memperbaiki keadaan diri yang ternyata banyak melakukan kesilapan dan kesalahan. Tiada daya atau usaha yang boleh menyelamatkan kita daripada kematian. Kematian menjadikan hati manusia menjadi sedih serta berpisah dengan keluarga tercinta. Hanya amalan soleh saja akan membawa kita bertemu Allah


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...