Wednesday, October 24, 2012

CARA NAK BELI NOMOR KERETA BARU




Nak beli nombor plate kereta?

Nampak gayanya ramai yang  berminat untuk menyeragamkan nombor pendaftaran kenderaan mereka.
Sebenarnya, takde la susah pun proses and prosedur untuk beli nombor ni.
Tetapi ada beberapa kategori nombor ye.. tak semua nombor plate boleh kita beli, ada sesetengahnya kita kene masuk tender.. especially nombor VIP and nombor panas yang ada ong...

Antara nombor VIP  ialah nombor 1-10..
Kalau ada yang berkenan ngan nombor ni, kita boleh la masuk tender untuk plate akan datang.. Katakanlah now dah DCD, so sepatutnya JPJ dah open date utk tender DCE dah...
errmm.. untuk nombor 1-10, minimum  tender is rm10,000 sahaja.. 
Nombor-nombor "panas" yang lain, errmm.. aku tak hapal lah.. tapi antaranya ialah 9999, 8888 etc etc tu, korang cek la sendiri.. aku takde ilmu sangat bab tender nombor puluh ribu ni.. bazir..
so macam weols, 1445 bukanlah nombor "panas".. kita boleh terus beli di kuanter..
pembelian di kaunter ni sebenarnya bukan susah pun...
Secara ringkasnya:

1- Pastikan dokumen booking kenderaan anda ada bersama anda.. alaa kertas/resit from dealer kete tu masa  pi booking kete tu ..
2- Pergi ke JPJ kawasan anda.. . kalau kelantan, gi kat JPJ Panji, KB.
3- Ambil borang untuk beli nombor plate, isi je.. simple  pun borangnya
4- Pergi semula ke kaunter pembelian no plate selepas dah isi, submit borang tu, then staf tu akan cek sama ada nombor tu ada lagi ke tak.. kalau dah takde, jangan menangis, malu kat ore ,sebab memang ko takkan dapat nombor tu kecuali kena tunggu untuk next punya DCE plak ...
5- Kalau nombor tu masih ada, korang akan dikenakan bayaran - rm210 if nombor tu memang dalam list untuk hari tu, rm310 kalau nombor tu bukan dalam list.

Apa nombor sama ada dalam list dan bukan dalam list, kat kaunter tu  ada tv.. kat tv tu ada dia bubuh list running number untuk masa tu katakanklah masa tu dia open utk 4000-6000, tapi nombor korang nak beli tu 6501, so nombor tu tak masuk dalam list lagi.. so korang ada 2 pilihan, sama ada nak tunggu kat situ sampai nombor tu keluar dalam list dan bayar rm210 atau korang just bayar rm310 takyah tunggu list.

Cara mudah korang nak jimat, sebelum ke JPJ, korang cek la dulu web  JPJ.. No Kenderaan Terkini kat situ dia update 2 kali sehari.. tengahari jam 1230pm and petang jam 530pm.. so korang leh agak la bila korang sepatutnya  ke kaunter tu dan buat urusan pembelian...

6- Lepas dah beli, nanti staff  JPJ tu akan bagi 1 slip mengatakan anda telah membeli nombor pendaftaran DCD 1445. nanti bila kete dah siap, boleh kepilkan dokumen tu dengan dokumen pendaftran kete yang lain tu.. senang cerita, ko pass saja doc plate number tu kat salesman ko tu tau la dia nak register nanti  bila keta dah sampai...

Dulu, nombor yang kita dah beli ni, kita boleh hold sampai 3 bulan sebelum kita register kereta kita.. tapi info terbaru aku dengar,(tapi tak sure lak) kita just boleh hold sampai sebulan saje.. lepastu boleh buat rayuan and hold extend sampai lagi sebulan if kete tak sampai lagi.. maknanya 2 bulan je kita leh hold nombor yang telah dibeli tu kalau tak register gak, maka nombor itu akan hangus menjadi abu... (but tempoh berapa bulan ni kita kene double check semula with JPJ ye aku tak berapa pasti, but for sure memang ada timeframe.. so kalau kete korang lambat lagi nak deliver, agak-agak la bila nak beli nombor)

Jadi... mudah kan?

Memang mudah pun... tapi.. memakan masa dan tenaga dan minyak untuk travel ke kaunter JPJ.. 
so kitorang selalunya just tempah kat runner dealer kete je.. haahhahahahahahhahahaha
caj yang reasonable ialah dalam lingkungan 260-300 la.. kalau depa caj korang lagi mahal dari tu, baik ko buat sendiri!

Apa? ada yang tak reti apa itu plate number????? nombor pendaftaran kenderaan, nombor plate...
silalah korang jemur kepala kat luar masa mentari terik ye.. sebab kepala korang tu kompom dah banyak masuk air... 

UPDATE: Ada kekawan bagitau, perkara no 1 - bawa slip booking tu dah tak perlu .. boleh just terus datang kaunter tak payah bawa doc tu pun tak ape... so lastly, jom kita acu try gi buat sendiri!!!

INI AJE YANG AKU TAHU... KALU SALAH TOLONG BERITAHU...OK.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...