Di sini ada beberapa informasi tentang pasukan Kelantan dan ATM yang akan bertempur di perlawanan akhir Piala Malaysia pada Sabtu, 20 Oktober 2010 di Stadium Shah Alam.
"Kelantan Mahu Buktikan Bukan ‘Mimpi Kosong Disiang Hari"
KELANTAN FA:
- Jurulatih: Bojan Hodak (Croatia)
- Piala Malaysia Musim Lepas: Tewas kepada musuh ketat Terengganu di suku akhir
- Gelaran: Red Warriors atau Pahlawan Merah (Para penyokong yang paling bersemangat di Malaysia)
- Stadium: Sultan Mohammad IV (Kapasiti 25,000)
- Pemain Pinjaman: Mafry Balang, Pemain Pertahanan (Sabah); Afiq Azmi, Penyerang (Kuala Lumpur); Aslam Najumudeen, Pertahanan (Kuala Lumpur)
- Pemain Penting: Badri ‘Piya’ Radzi, pengarah pasukan dalam kemenangan Piala FA, Kejuaraan Liga, dan lebih lagi.
Kesimpulan: Apa yang perlu dikatakan lagi? Kelantan mempunyai rekod pertahanan dan jaringan terbaik dalam liga sambil memupuk semangat kenegaraan dengan corak permainan yang menghiburkan. Apakah TRW tetap akan membawa pulang Piala Malaysia, sekaligus mengapai impian gelaran trebble? .
Potensi: Hanya kepuasan diri dapat mengecewakan kempen Kelantan di Piala Malaysia.
"Tanpa Norfarhan dan Mohamed Ghaddar, Kelantan Tetap Pasukan Terkuat – B. Sathianathan | Meskipun pasukan bimbingan Bojan Hodak mengalami masalah besar berikutan ketiadaan dua tunjang utamanya iaitu Mohd Norfarhan dan Mohamed Mahmoud Ghadar di final Piala Malaysia 2012, ia bukan satu kelebihan besar buat ATM. Bagi Jurulatih ATM, B. Sathianathan, beliau tetap menghormati kekuatan pasukan Kelantan."
ATM FA:
- Jurulatih: B Sathianathan
- Piala Malaysia Musim Lepas: Tidak Layak
- Gelaran: Tentera atau ‘Manchester City Malaysia’
- Stadium: Stadium Majlis Perbandaran (Kapasiti 25,000)
- Pemain Pinjaman: Tiada
- Pemain Penting: Di ketuai Hairuddin Omar (HAI_O) dan Marlon Alex James sudah berusia tetapi masih berupaya, berpengalaman dan mampu memporak perandakan barisan pertahanan yang leka.
Kesimpulan: Juara Liga Premier ini telah menjaringkan rekod 71 gol dan hanya tewas dua kali dalam Liga Premier. Kualiti para pemain yang tinggi dijamin akan membawa hasil bila berganding dengan arahan Sathianathan. TRW perlu berwaspada kepada ancaman mereka.Apakah impian 46 tahun penantian akan berakhir nanti ?
Potensi: Seperti nama gelaran mereka, Tentera amat merbahaya dalam semua posisi dan mampu mengejutkan pasukan veteran seperti yang mereka lakukan, iaitu mengalahkan Negeri Sembilan dan Lion XII.
No comments:
Post a Comment