Pada suatu masa, di negara antah berantah,hiduplah sebatang pokok epal yang besar dan seorang budak lelaki kecil yang suka bermain-main di bawah pokok epal itu setiap hari. Ia suka memanjatnya hingga ke pucuk pohon, memakan buahnya, tidur-tidur di keteduhan rendang dedaunan. Budak lelaki kecil itu sangat mencintai pokok epal itu. Demikian juga dengan pokok epal, sangat mencintai budak kecil itu.
Waktu terus beredar. Budak lelaki itu kini telah tumbuh membesar dan tidak lagi bermain-main dengan pokok epal tersebut setiap harinya. Suatu hari ia mendatangi pokok epal itu. Wajahnya terserlah sedih. “Ayohlah ke sini main-main lagi denganku”, pinta pokok epal itu.
“Aku bukan lagi budak kecil yang suka bermain-main dengan pokok ”, jawab budak lelaki itu. “Aku ingin sekali memiliki mainan, tapi aku tak punya wang untuk membelinya.”
Pokok epal itu menyahut, “Aduh minta maaf iya, aku pun tak ada wang… tetapi kau boleh mengambil semua buah epalku dan menjualnya. Kau boleh dapatkan wang untuk membeli mainan kegemaranmu.”
Budak lelaki itu sangat senang sekali. Ia lalu memetik semua buah epal yang ada dan pergi dengan senang hati. Namun, setelah itu budak lelaki tersebut tak pernah datang lagi. Pokok epal itu kembali sedih.
Suatu hari ,budak lelaki itu datang lagi. Pokok epal sangat senang melihatnya datang. “Ayoh, aku sangat rindu padamu, marilah bermain-main denganku lagi”, kata pokok epal.
“Aku tak ada masa untuk semua itu”, jawab budak lelaki itu. “Aku harus bekerja untuk keluargaku. Kami memerlukankan sebuah rumah untuk tempat tinggal. Maukah kau menolongku?”
“Aduh maaflah, aku pun tak memiliki rumah. Tapi kau boleh menebang semua dahan dan rantingku untuk membangun rumahmu”, kata pokok epal.
Kemudian budak lelaki itu menebang semua dahan dan ranting pokok epal itu dan pergi dengan gembira. Pokok epal itu juga merasa bahagia melihat budak lelaki itu senang, tetapi selepas itu budak lelaki itu tak pernah kembali lagi. Untuk kesekian kalinya, pokok epal itu merasa kesepian dan sedih.
Pada suatu musim panas, budak lelaki itu datang lagi. Pokok epal merasa sangat sukacita menyambutnya. “Ayuhlah, marilah bermain-main lagi denganku,” kata pokok epal.
“Aku sedih”, kata budak lelaki itu. “Aku sudah tua dan ingin hidup tenang. Aku ingin pergi bercuti dan berlayar. Maukah kau memberi aku sebuah kapal untuk membolehkan aku bersiar-siar?”
“Aduh, minta maaflah kawan, aku tak mempunyai kapal, tapi kau boleh memotong batang tubuhku yang besar ini dan menggunakannya untuk membuat kapal yang kau mau. Pergilah berlayar dan bersenang-senanglah." Kemudian, budak lelaki itu pun memotong batang pokok epal tersebut dan membuat kapal yang diidamnya. Ia lalu pergi berlayar dan tak pernah lagi datang menemui pokok epal itu.
Akhirnya, setelah bertahun-tahun lamanya, kemudian budak lelaki itu datang lagi. “Maaf anakku”, ungkap pokok epal itu. “Aku sudah tak memiliki buah epal lagi untukmu”.
“Tak apa. Aku pun sudah tak memiliki gigi untuk menggigit buah epalmu”, balas budak lelaki itu.
“Aku juga sudah tak memiliki batang dan dahan yang boleh kau panjat”, kata pokok epal.
“Sekarang, aku sudah terlalu tua untuk semua itu”, jawab budak lelaki itu.
“Aku benar-benar tak memiliki apa-apa lagi yang boleh aku berikan padamu. Yang tersisa hanyalah akar-akarku yang sudah tua dan sekarat ini”, kata pokok epal itu sambil menitiskan air mata.
“Aku tak memerlukan apa-apa lagi sekarang”, kata budak lelaki. “Aku hanya memerlukan tempat untuk beristirahat. Aku sangat lelah, dan kesepian setelah sekian lama meninggalkanmu."
“Oooh, baik sekali. Tahukah kau, akar-akar pokok tua adalah tempat terbaik untuk berbaring dan beristirahat. Mari, marilah berbaring! Peluklah akar-akarku dan beristirahatlah dengan tenang”.
Budak lelaki itupun berbaring di pelukan akar-akar pokok epal tersebut. Pokok epal itu sangat gembira dan tersenyum sambil menitiskan air matanya.
********************************************
Ini adalah secebis kisah tentang kehidupan kita semua. Pokok epal tersebut adalah orang tua kita. Ketika di usia muda, kita suka bermain-main dengan ayah dan ibu . Ketika usia meningkat dan membesar, kita meninggalkan mereka, dan hanya datang ketika kita memerlukan sesuatu atau dalam kesulitan atau kepayahan. Tidak peduli apapun, orang tua kita akan selalu ada di sana untuk memberikan apa yang dapat mereka berikan untuk membuat kita bahagia.
Anda mungkin berfikir bahawa budak lelaki itu telah berkelakuan sangat kasar atau kurang ajar pada pokok epal itu, tetapi begitulah dari kebanyakan kita ,cara kita mengolah dan memperlakukan orang tua kita.
#BERBAKTILAH SELAGI TERDAYA#
#BERBAKTILAH SELAGI TERDAYA#
No comments:
Post a Comment