AYUH SEMUA KEKAWAN, MAI KITA PUASA SUNAT
HARI'ARAFAH
Banyak hadith yang menceritakan tentang kelebihan bulan Zulhijjah ini antaranya daripada Imam Ahmad RA meriwayatkan dari Ibnu ‘Umar RA bahawa Baginda SAW bersabda ;
“Tiada suatu haripun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari sepuluh Zulhijjah ini, oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil, takbir dan tahmid”.
Dan Ibnu Hibban menyatakan di dalam kitab Sahihnya bahawa Rasulullah SAW bersabda ;
“Seutama-utama hari adalah hari ‘Arafah”.
Untuk mencapai kelebihan pada bulan ini maka umat Islam di anjurkan pelbagai amalan antaranya berpuasa pada hari-hari tersebut atau sekadar kemampuan TERUTAMANYA pada hari Arafah iaitu 9 Zulhijjah. Sabda Rasulullah SAW:
صيام يوم عرفه أحتسب على الله أنه يكفر السنة التي قبله والسنة التي بعده
[ رواه مسلم ]
bermaksud : “Puasa pada hari arafah ini aku mengira Allah SWT akan mengampunkan dosa setahun yang lepas dan setahun yang akan datang.” (Riwayat Muslim)
Puasa hari ‘Arafah (9 Zulhijjah) adalah disunatkan kepada mereka yang tidak mengerjakan ibadat Haji.
Semuga kita di beri kekuatan untuk mengamalkannya
No comments:
Post a Comment