Thursday, February 28, 2013

RELAK MATA SEBENTAR DENGAN...

Melihat daripada gambar-gambar kemalangan di bawah ini, rasanya agak pelik, tak masuk akal. Tapi bila difikirkan semula, nampak logik juga.

Tidak sangka sampai begitu sekali kemalangan berkenaan boleh terjadi.  Ada di antaranya memang kecuaian manusia sendiri manakala ada diantaranya terjadi kerana kuasa alam.  Layankan gambar ini. Semoga kita menginsafinya.  Jika boleh, elakkanlah daripada ia terjadi. Berhati-hatilah dalam apa jua situasi yang kita lakukan.

Cabut tayar-tayar...

Oppp...jangan halang pandangan ku...

Over loaded...

Tolonglah... jangan gelak aje...

Tercabut skru...

Thursday, February 21, 2013

AMARAN DAYAK SARAWAK UNTUK TENTERA SULU.















Suku Dayak Kalimantan telah mula berhimpun bagi menyatakan sokongan mereka kepada Sabah. Mereka menyatakan pendirian keras mengkritik tentera Malaysia yang gagal menangani isu kehadiran waris Sultan Sulu dan pengawal bersenjatanya.

Mereka juga melaungkan azam membantu Dayak Sarawak dan leluhur mereka Dayak Sabah iaitu 'pengait' jika diperlukan disamping memberi amaran akan memengal kepala setiap bangsa Sulu yang ditemui sekiranya kerajaan Malaysia gagal menghalau pulang Askar Kesultanan Sulu ke Filipina.




Sumber berita dan gambar : plbgaimacam.blogspot.com 
                                             : gendang perang blogspot.com                                             


SUKARNYA MENJADI SEORANG ISTERI SOLEHAH.


Sabda Rasulullah yang bermaksud :

"Sampaikanlah kepada sesiapa yang engkau temui daripada kaum wanita, bahawasanya taat kepada suami serta mengakui haknya adalah menyamai pahala orang yang berjihad pada jalan Allah, tetapi sangat sedikit sekali golongan kamu yang dapat melakukan demikian." (Riwayat Al-Bazzar dan Ath-Thabrani)

"Mana-mana wanita (isteri) yang meninggal dunia dalam keadaan suaminya meredhainya, maka ia akan masuk ke dalam syurga." (Riwayat at-Tirmizi, al-Hakim dan Ibnu Majah).

" Tiada faedah yang paling baik diperoleh seorang mukmin (suami yang beriman) selepas bertaqwa kepada Allah azza wa jalla selain isteri yang solehah. Apabila suami menyuruhnya, ia mentaatinya. Jika suami memandangnya ia menggembirakan hati suaminya. Sekiranya suami bersumpah, ia memenuhi sumpah suaminya itu. Apabila ia keluar kerana bertugas atau berjuang, ia menjaga maruahnya dan maruah suaminya serta menjaga harta benda suaminya dengan cara berjimat cermat membelanjakannya." (Riwayat Ibnu Majah)

Wednesday, February 20, 2013

BOLA SEPAK : ASAL-USUL KAD KUNING DAN MERAH.



Setiap pemain bola sepak yang melakukan pelanggaran semasa permainan berlangsung akan dilayangkan sama ada kad kuning ataupun kad merah. Kad kuning atau kad merah dilayangkan berdasarkan kepada jenis kesalahan yang pemain lakukan. Pernahkah kita terfikir dari manakah asal-usul peraturan ini ? Bola sepak wujud dan dipertandingkan sejak dari abad 19, namun penggunaan kad kuning dan kad merah mula diperkenalkan serta dilaksanakan pada abad 20. Kisah ini bermula pada Piala Dunia 1966. Pada pertemuan suku akhir antara tuan rumah England dengan Argentina berkebetulannya pengadil perlawanan tersebut berasal dari Germany, iaitu Rudolf Kreitlein. Akibat melakukan melakukan suatu pelanggaran keras, kapten bola sepak Argentina, Antonio Rattin, harus dikeluarkan oleh pengadil Kreitlein. Masalah perbezaan bahasa menyebabkan hal tersebut menjadi sukar. Pengadil yang berasal Germany ini hanya tahu berbahasa German dan Inggeris, sementara itu Rattin tidak faham apa yang dikatakan oleh pengadil itu.

 Hasilnya, Rattin tidak keluar meninggalkan padang permainan. Ketika itu, pengadil yang turut bertugas, Ken Aston, kemudian masuk ke padang. Dengan sedikit bahasa Sepanyol dia merayu Rattin untuk keluar meninggalkan padang. Setelah kes ini, Ken Aston kemudian berfikir bahawa harus ada satu bentuk komunkasi yang bersifat universal yang boleh diguna pakai oleh semua orang, ketika pengadil memberi amaran kepada pemain atau mengeluarkan pemain dari padang permainan. Oleh hal demikian ini, pengadil tidak perlu membuat penjelasan dengan bahasa yang tidak difahami oleh pemain. Suatu hari, Ken Aston berhenti di jalan raya. Melihat lampu lalu lintas, tiba-tiba sahaja muncul satu idea di kepalanya. Jawabannya ialah : Kad berwarna,, merah dan kuning. Bila berlaku pelanggaran dan harus diberi amaran, maka kad kuning harus dilayangkan. Sementara kad merah pula untuk pelanggaran yang serius dan pemain yang melakukannya harus dibuang padang.

Ken Aston terus mengirim usul tersebut kepada Persatuan Bola Sepak Dunia, FIFA. Dan idea tersebut setuju untuk diguna pakai. Maka pada Piala Dunia 1970, kad kuning dan kad merah, buat pertama kali telah diguna pakai dalam pertandingan tersebut. Ironinya, sepanjang perlawanan Piala Dunia 1970 tidak ada seorang pun yang dikenakan kad merah. Hanya kad kuning sahaja yang sempat dilayangkan. Ada satu lagi hal unik lainnya, walaupun idea penggunaan kad ini datang dari pengadil Inggeris, negara itu tidak serta merta menerapkan penggunaannya dalam liga mereka. Penggunaan kad kuning dan merah hanya digunakan dalam liga Inggeris pada tahun 1976. Hal ini adalah disebabkan oleh pengadil yang terlalu mudah mengeluarkan kad dan keadaan ini diprotes oleh ramai pemain. Oleh sebab itu penggunaan kad kuning dan merah ini pernah diberhentikan penggunaannya pada tahun 1981 dan tahun 1987.

*dipetik dari : AP

DUHAI ANAK-ANAK ABUYA...

Abuya menyayangi mu sayang!
Wahai anak-anak abuya!!! Pada kali ini, Abuya hendak membawa kamu ke sebuah dunia yang cukup indah. Dunia yang di dalamnya penuh kasih sayang terhadap mu. Hari ini abuya mahu menukilkan sebuah entry untuk anak-anak abuya sebagai tugu peringatan cinta abuya terhadap kamu semua.
Betapa abuya sayangkan anak-anak tidak mengira keadaan dan rintangan yang dihadapi. Kerana anak-anak abuya adalah cahaya mata abuya. Senyuman abuya ada padamu. Kaulah pewaris, pendokong cita-cita dan penyambung hayat abuya di dunia ini. 
Abuya tidak meminta apa-apa dari mu wahai anakku. Cukuplah amalan solehmu dan sekujur doa untuk abuya  di alam barzakh nanti. 































Hayatilah klip vedio ini untuk kau selami dalamnya kasih sayang abuya padamu!


Ketahuilah abuya sering merinduimu saban waktu. Abuya menyayangi mu di dunia hinggalah ke akhirat!

Salam sayang dari Abuyamu!

Abuya...
Allah berfirman: Sembahlah Allah,
dan janganlah kamu mempersekutukanNya
dengan sesuatu pun.
Dan berbuat baiklah
kepada kedua ibu bapa
(An Nisa': 36) ...

ADIK NAK PINJAM RM10.00...

AYAHKU...MENGERTILAH...



Kisah ini hanyalah untuk dikongsi bersama. 


Anak: Abi...Abi.. boleh adik tanya satu soalan?

Abi: Hmmm....nak tanya apa?

Anak: Abi...berapa pendapatan Abi sejam bekerja di pejabat?

Abi: Itu bukan urusan Adik, buat apa sibuk-sibuk nak tanya? Si Abi mula menengking.

Anak: Adik saja nak tahu… bi... Tolonglah beritahu berapa pendapatan Abi sejam bekerja di pejabat? Si anak mula merayu pada Abinya.

Abi: Kira-kira 30 ringgit sejam.. Kenapa nak tahu? Jerkah Abinya lagi.

Anak: Oh..30 ringgit.. Adik  menundukkan wajahnya.

Anak: Abi.. boleh tak bagi Adik  pinjam 10 ringgit ?

Abi mula menjadi berang dan berkata, "Oh, itu ke sebabnya Adik tanya pasal pendapatan abi? Adik nak buat apa dengan duit tu? Mintak sampai 10 ringgit? Nak beli mainan lagi?? Abi penat-penat kerja cari wang, Adik senang-senang nak membazir ya.. Sudah, pergi masuk bilik.. tidur! Dah pukul berapa nih...!!" Si anak itu terdiam dan perlahan-lahan dia kembali ke biliknya. Si Abinya duduk di sofa sambil memikirkan mengapa anaknya yang sekecil itu meminta duit sampai 10 ringgit.

Kira-kira 2 jam kemudian, Si Abinya kembali tenang dan terfikir kemungkinan besar anaknya benar-benar memerlukan duit untuk keperluan sekolah kerana anaknya tidak pernah meminta wang sebegitu banyak sebelum ini. Dengan perasaan bersalah, si Abi melangkah menuju ke bilik anaknya.Didapati anaknya itu masih belum tidur.

"Adik benar-benar perlukan 10 ringgit? Nah.. ambil ni" Si Abi mengeluarkan sekeping wang note berwarna merah. Si anak itu segera bangun dan tersenyum girang. "Terima kasih banyaklah Abi!" Lalu dia mengangkat bantalnya dan mengeluarkan sekeping note 10 ringgit yang sudah renyuk terhimpit oleh bantal. Bila ternampak duit itu, si abi kembali berang. "Kenapa adik mintak duit lagi sedangkan Adik dah ada duit sebanyak itu??  Dari mana Adik dapat duit tu??" Adik tunduk...  dia tidak berani berkata apa-apa, dia sekadar merenung abinya.

Setelah sekian lama, sambil menggenggam kemas wang renyuk itu, dia menerangkan....."Duit ni Adik kumpul dari belanja sekolah yang Abi kasi hari-hari. Adik minta lagi 10 ringgit kat Abi sebab Adik tak cukup duit..." "Tak cukup duit nak beli apa??"Jerkah Abinya lagi. "Abi.... sekarang Adik dah ada 30 ringgit.. Nah..Abi ambil duit ni. Adik nak beli sejam dari masa Abi di pejabat tu. Adik nak Abi balik kerja lebih awal esok. Adik rindu nak makan malam dengan Abi..
Jelas Adik tanpa memandang wajah ayahnya...

*Berpada-padalah  dalam urusan kerja...

Tuesday, February 19, 2013

ALKISAH CINTA AYAH YANG GARANG.

Alkisah ayah yang garang…



Walid ku seorang yang garang, tegas dan suka membuat keputusan. Mami pula seorang yang tidak suka kecoh dan kurang bercakap.

Di rumah, tiada pergaduhan atau pertengkaran, segala yang Walid decide, kami patuh sahaja. Aku dan lima beradik tidak berani melawan. Mami pun tidak melawan.

Pada Mami pun, Walid suka membuat keputusan.

Jika Mami suka beg A, Walid jarang akan bersetuju dan akan belikan beg B yang lebih baik.

Jika Mami perlu kereta kancil, Walid belikan kereta yang lebih baik.

Aku risau Mami tak gembira dengan Walid, seolah-olah pandangan Mami tidak dihormati.

“Jangan risau. Jangan nilai perkara bila dalam kesenangan. Sebatang lobak nampak keras, bila terkena api dan air mendidih, dia menjadi lembik. Sebiji telur nampak lembut, tapi bila terkena api dan air mendidih, dia menjadi kuat,” jawab Mami.

Satu hari, Walid jatuh sakit dan terpaksa masuk hospital.

Ada saluran darah tersumbat kena melakukan angioplasty.

Dalam keadaan Walid yang lemah, Walid sentiasa memanggil untuk Mami.

Walid tidak mahu anak-anaknya menyuapkan makanan kepadanya, Walid hanya mahu Mami menyuapkannya.

Walid juga tidak mahu anak-anaknya melapkan badannya, Walid hanya mahu Mami melakukannya.

Walid juga tidak mahu anak-anaknya membeli makanan mahupun suratkhabar atau majalah untuknya, Walid hanya mahu Mami melakukannya.

“Walid nak makan apa hari ini,” aku bertanya. Sepuluh kali soalan, sepuluh kali Walid akan menjawab, “Mami akan tentukan.”

Mami hanya menyuruh kami menjaga rumah dan membantu membersihkan rumah tatkala Mami menjaga Walid.

“Mami, susah Mami, Walid tak bagi kita jaga Mami, tapi nak Mami sahaja yang bersusah-payah di hospital,” aku merungut.

“Mami tak rasa letih dan penat. Malah Mami rasa sangat bersemangat. Inilah Walid yang sebenar – kesayangannya pada Mami dapat dilihat dengan jelas dalam kepercayaan penuh Walid kepada Mami untuk menentukan segalanya untuk dia sepertimana Mami mempercayai segala pilihan dia ketika waktu biasa adalah yang terbaik untuk Mami,” terang Mami.

“Itulah cara Mami dan Walid hidup bersama. Kepercayaan dan kesayangan antara kami utuh. Dalam kesusahan, perkara ini lebih terserlah, makin terserlah cinta antara Walid dan Mami,” tambah Mami lagi.

Aku hanya mendengar. Walid yang ketiduran tiba-tiba membuka mata memandang Mami dan tersenyum.

Walid mendengar apa yang disebut Mami tadi dan memegang tangan Mami.

“Abang tidur balik, nanti doktor datang. Cepat sembuh, ayang tak puas lagi hidup dengan abang,” kata Mami sambil menepuk belakang Walid.

Aku terharu dengan hubungan Mami dan Walid, ayahku tercinta.

Akhirnya aku faham, telur dan lobak yang dimaksudkan Mami. Antara suami-isteri, bila lobak menjadi lembik, seorang lagi harus menjadi telur yang mengeras untuk saling menyokong antara satu sama lain ketika situasi menjadi mencabar. Mereka saling memahami kekuatan dan kelemahan masing-masing dan saling menyokong dan membantu untuk mencapai kebahagiaan yang diidamkan.

Sekadar berkongsi cerita untuk renungan.


-dipetik dr.fb.

Sunday, February 17, 2013

GAGAL JADI BOS.

9 Alasan Kenapa Anda Gagal MenJadi Bos.

Anda  sudah bekerja sebaik mungkin, sudah menapak  liku karier dari bawah, tetapi mengapa promosi jabatan yang Anda impikan tidak juga jatuh ke tangan Anda? Menurut Alison Green, seorang konsultan karier yang juga penulis buku Managing to Change the World: The Nonprofit Manager's Guide to Getting Results, mengupas tentang 9 masalah umum yang mungkin menjadi punca alasannya:

1. Penampilan Anda kurang meyakinkan. Penampilan itu menjadi faktor penentu? Rasanya tidak adil, namun begitulah adanya. Mungkin Anda sudah berkerja sekuat tenaga untuk mengenakan business attire yang terkesan paling formal, atau profesional. Namun, boleh sahaja hal itu mempengaruhi cara orang memahami Anda, dan peluang apa yang ditawarkan pada Anda. "Pakaian" yang terbaik datang dari pembawaan Anda sendiri, berupa kepercayaan diri, kemampuan memotivasi, dan keperibadian cemerlang lainnya.

2. Anda tidak bijak mengelola waktu. Sebagai pengurus, Anda tidak hanya harus mencatat semua pekerjaan atau kejayaan yang telah mereka lakukan, tetapi juga pekerjaan orang lain. Jika Anda tidak mampu mengelola sesuatu projek atau tugas-tugas Anda sendiri, mustahil anak buah Anda memiliki keyakinan bahawa Anda akan mampu mengawasi kerja seluruh anggota pasukan?

3. Kurang cekap menanggapi percakapan yang sulit. Pengurus tentu akan sering menghadapi percakapan yang sulit. Mereka harus membuat  keputusan-keputusan yang tidak populer bagi  para pekerjanya, sambil tetap menegakkan standar dan konsekuensi yang ada. Anda tidak akan dipandang berpotensi sebagai pengurus jika Anda cenderung menjauhkan diri dari perbincangan yang sulit, atau sebaliknya, terlalu agresif dan bersifat konfrontasi.

4. Gemar bermain dengan fitnah. Sebagai atasan, seharusnya Anda tidak memihak, dan selalu bersikap objektif. Sikap tidak memihak itu harus ketara. Jika Anda sudah melanggar batas sempadan profesional di dalam pejabat, akan sukar untuk membangun kembali batas sempadan  tersebut sebagai seorang pengurus.

5. Tidak tahu bagaimana membuat prioriti
. Waktu bekerja, Anda pasti akan menerima beranika  tawaran atau peluang untuk melakukan suatu projek. Menerima semua tawaran tersebut adalah tidak mungkin. Anda harus mampu mengenalpasti projek yang paling penting, kerana harus meluangkan waktu dan sumber daya untuk melakukannya, dan kemudian tetap fokus pada tujuan. Jika membuat prioriti itu  sahaja sudah  menjadi suatu kesulitan, masalahnya tentu akan menjadi semakin sukar.


6. Tidak mampu membina hubungan dengan atasan Anda sendiri. Mengelola hubungan tidak hanya bersifat ke bawah sahaja, tetapi juga ke atas. Kemampuan Anda untuk membina hubungan ke atas akan semakin penting ketika Anda semakin menapaki tangga jabatan. Untuk itu Anda perlu melatih  cara berkomunikasi, menyelaraskan diri dengan harapan-harapan yang diberikan oleh atasan, dan memenuhi keperluan atasan dengan cara yang dia kehendaki secara profesional. Jika Anda tidak memiliki kemampuan ini, jangan harap peranan yang lebih tinggi akan Anda perolehi.

7. Anda gemar menggerutu. Sebagai atasan, Anda harus memiliki kematangan dalam bersikap, khususnya dalam memahami bahawa kebijakan-kebijakan organisasi yang dirasa mengganggu atau merugikan keselesaan pekerja sebenarnya diberlakukan untuk memberikan yang terbaik bagi organisasi itu. Anda juga memerlukan penilaian tersebut untuk meningkatkan kepedulian secara profesional, yang dilakukan melalui saluran yang tepat, dan bukannya membahaginya dengan sesiapa sahaja yang bersedia mendengarkan.

8. Anda hanya ingin melakukan tugas-tugas Anda sendiri. Setiap orang pasti memiliki 'job description' sendiri sesuai posisi atau divisinya. Hanya memenuhi tugas-tugas Anda sahaja tidak akan cukup membuat Anda dipromosikan. Dalam penilaian hasil kerja, pencapaian Anda tersebut hanya dianggap "meet expectation". Promosi akan diberikan kepada mereka yang bekerja melebihi harapan, dan selalu mencari cara-cara untuk memperbaiki hubungan kerja secara terus-menerus. 

9. Tidak memastikan bahawa pencapaian Anda "dilihat". Bukannya ingin menonjolkan kemampuan diri Anda, atau menunjukkan bahawa Anda mampu berprestasi. Tetapi jika tidak ada orang yang mengetahui pencapaian-pencapaian tersebut, penghargaan yang Anda harapkan tidak akan Anda terima. Jangan ragu untuk menunjukkan prestasi Anda tersebut kepada atasan Anda, entah itu berupa tinjauan dari pelanggan, atau cara Anda memecahkan sesuatu masalah di pejabat yang boleh menghindarkan organisasi dari kerugian.

5 LIF YANG MENAKJUBKAN


Lif merupakan sarana pengangkutan yang paling penting untuk bangunan-bangunan ataupun gedung-gedung pencakar langit.
Alat pengangkutan ini boleh bergerak dengan pantas mencapai dari satu  aras  ke satu aras lain yang lebih tinggi.
Di sesuatu tempat,terdapat beberapa lif yang dibina menyebabkan orang yang menaikinya sakit jantung dan mengalami gayat terlampau.
Seandainya anda tidak memiliki keberanian, jangan gatal-gatal untuk cuba menaiki lif yang disenaraikan di bawah ini, takut nanti, ada yang terkencing akibat ketakutan.

Berikut adalah senarai lif yang paling menakutkan .

1. Lif  di Swiss Skydive.
Swiss Skydive adalah sejenis lif yang dibina untuk mencetus adrenalin anda. 
Kenapa tidak, lif yang boleh mendaki ketinggian ratusan kaki ini, bahagian lantainya diperbuat daripada kaca metalik berteknologi tinggi yang membolehkan kita menikmati pemandangan di bawah lif (yang semestinya  membuat jantung berdegup kencang).

2. Lif di Stockholm Globe Arena.
Stockholm globe arena adalah bangunan unik berbentuk separuh bola Golf yang terdapat di Kota Stockholm.
Salah satu yang terkenal pada bangunan ini adalah lifnya membolehkan kita untuk naik ke puncak bangunan dengan menggunakan lif melingkar.
Lif ini diperbuat daripada kaca agar kita boleh menikmati pemandangan salji Kota Stockholm serta sensasi ketinggiannya.

3. Lif Bailong China.

Lif Bailong  adalah salah satu lif ' outdoor' yang tertinggi di dunia.
Lif ini berada di Tebing Wulingyuan di Zhangjiajie, China.
Menaiki lif ini, kita boleh menikmati sensasi ketinggian tebing dengan segala keindahannya di ketinggian 1,070 kaki (sekitar 300 meter).

4.  Lif Taipei 101's.

Bukan ketinggian bangunannya yang mengejutkan kita, tetapi  pada  kepantasan naik dan turunnya lifnya.
Bayangkan sahaja, lif di bangunana ini naik ke atas dengan kelajuan 37.7 mph. dan dinobatkan sebaga lif yang terpantas di dunia. Kita boleh mencecah ke aras 10 dari aras bawah hanya dalam beberapa saat sahaja.
5. Lif Eiffel Tower Passenger di Paris.



















Ini adalah salah satu lif paling terkenal di dunia.
Lif ini boleh membawa pengunjung Menara Eiffel untuk menaiki bahagian atas menara Eiffel.
Lif ini dibina dengan rekabentuk yang terbuka sehingga membolehkan para pengunjungnya menikmati keindahan menara Eiffel dan kota Metropolitan Paris sepuas-puasnya.

Thursday, February 14, 2013

MAULIDUL RASUL SMK AYER LANAS.

SMK Ayer Lanas pada 7 Feb. 2013, telah merayakan majlis sambutan Maulidul Rasul peringkat sekolah. Pelbagai acara diadakan, antaranya perarakan, ceramah,kuiz agama dan nasyid. Acara berlangsung sederhana tetapi cukup meriah. 
Berikut gambar suasana majlis sambutan:

Mendengar taklimat sebelum perarakan.
Ustaz mepersiapkan banner perarakan.
Arahan dari unit disiplin.
Takilmat kepada Pengetua SMKAL.
Bermula... Pengetua, PK 1 dan GKB.
Semakin hampir ke garisan penamat...pecut terus.
Berselawat...geng PERTENA
Cikgu Veteran...
                                           Ape lagi...blah lah... jommmm makan...

ZIARAH SAHABAT.

Sempena cuti hari raya Cina, saya merancang  menziarahi  sahabat lama di Kg. Sementa, Kapar, Selangor. Sudah lebih 15 tahun kami tidak bersua muka. Rindu sekali.
Perjalanan bermula dari Tanah Merah pada 10/2/13, menuju Kuala Kangsar. Di sini  saya bermalam di rumah adek ipar.Paginya saya bergerak menuju Shah Alam. Singgah sebentar di Serendah Makmur dekat Ladang Sungai Gapi, rumah kakak ipar. Saya sampai di Shah Alam sekitar jam 5:00 petang. Kami sekeluarga memilih Intekma Resort untuk menginap. Malamnya rencana hendak ke I-City, tetapi, masyaalah!!! jem habis, jadi kami balik tidur. Keesokan hari kami  'check out' dan bergerak untuk ziarah sahabat baik di Kapar. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar. 
Dari Kapar, kami pun berangkat pulang melalui Kuala Selangor, menuju ke Teluk Intan. Rehat sebentar menikmati menara condong Teluk Intan. Lebih kurang 5:00 petang kami terus menuju Tanah Merah dan sampai di Taman Hajarul Aswad sekitar jam 3:00 pagi. Semuanya berjalan lancar, selamat pergi dan kembali. Syukran Jazilan.
                                                             Senja di Kuala Kangsar.
Bermalam di Intekma Resort, Shah Alam.
Photo: Kawan lama, d kg. Sementa, Kapar, Klang, Selangor. Alhamdulillah, dpt. juga pi ziarah kawan lama. Hebat orangnya, kuat dakwahnya, masyaallah. . . terhibur dpt juga jumpa ibu dan bapanya yg berusia 70 th. lebih. Entah bila lagi dapat ketemu.
                           Sahabat karib, ustaz di Maahad Tahfiz Sains di Kapar, Klang, Selangor.
                                       Berehat sebentar di Menara Condong Teluk Intan.
Bergambar berlatar belakang menara condong.
Terbaik, cantik.
Anak sulong.
                                            Menara Condong Teluk Intan di musim sejuk.
                                          Anak bongsu dah puas, jommmm balikkkk.

Bye...bye...



Tuesday, February 5, 2013

KAYA DIREDAI ALLAH.



Dalam Islam, kita disuruh untuk berusaha dan tidak dianjurkan untuk menyerah nasib bulat-bulat kepada Allah sedangkan kita belum berusaha lagi. Tidak ada ertinya kaya tetapi dalam keluarganya penuh dengan khianat dan maksiat. Ketenangan juga tidak akan diperolehi dalam keluarga yang meninggalkan suruhan Allah, tidak mengamalkan kehidupan Islam sebenar.

Dalam mencari rezeki dan kekayaan, ada ketikanya kita lupa untuk meneliti sama ada cara kita itu betul atau tidak berpandukan al-Quran dan Sunnah. Adakah kita menggunakan  idea dan dasar Machiaveli iaitu “Matlamat menghalalkan cara”  menjadi ikutan kita. Atau kita merasa bangga berpegang pada falsafah Tsun Tze Art or War iaitu seni berperang – asalkan menang. Kita tidak menyedari bahawa perkara itu adalah bertentangan dengan Islam dan, tubuh dan anggota kita akan disoal di depan Allah Rabbul Jalil di Padang Mahsyar.
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Tidak sampai seseorang hamba keperingkat golongan orang-orang bertaqwa, sehinggalah ia tidak melakukan perkara-perkara yang dilarang dan sentiasa berhati-hati daripada melakukan perkara-perkara yangmenimbulkan keraguan (perkara-perkara syubhat).” H.R. at-Tarmizi.
Kekayaan dan mengumpul harta untuk mengukuhkan ekonomi sangat digalakkan di dalam Islam dengan syarat-syarat tertentu seperti mengeluarkan zakat, bersedekah untuk meninggikan syiar Islam atau melakukan apa sahaja kebajikan yang harus di sisi syarak. Ini penting kerana dengan cara ini tabungan (dana), pembahagian dan perluasan sumber sesama Islam boleh dilaksanakan dengan baik dan lancar untuk kepentingan sesama umat Islam bagi mengelak daripada pinjam-meminjam, hutang-menghutang dan sebagainya.
Rezeki dan kemewahan datangnya daripada Allah s.w.t. Setiap manusia dituntut untuk berusaha mengubah nasibnya tetapi diingatkan agar tidak bersikap rakus dan tamak sehingga mencetuskan permusuhan dan perbalahan, dengki-mendengki dan sebagainya. Sebaliknya hendaklah bersikap wasyatiyyah atau sederhana dan sentiasa bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan Allah sama ada banyak ataupun sedikit.
Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya: “Allah memberikan rahmat kepada seseorang yang berusaha mencari harta dengan jalan yang halal dan membelanjakannya dengan cara sederhana dan berhemat serta menabung kelebihannya untuk hari susah dan hajatnya.” H.R. Ibn an-Najjar.
Mencari rezeki yang halal adalah menjadi suatu kewajiban bagi setiap mukmim. Oleh itu Islam menuntut supaya umatnya banyak bersabar dan jangan mudah berputus asa dalam mencari rezeki tetapi hendaklah berusaha bersungguh-sungguh, berdoa dan bertawakal kepada Allah SWT. kerana rahmat Allah adalah sangat luas dan Allah tidak akan mensia-siakan doa dan usaha hamba-Nya.
Sesungguhnya kemiskinan dan kesempitan hidup adalah satu ujian daripada Allah begitu perlu direnungkan juga bahawa pendapatan (rezeki) yang sedikit serta mencukupi keperluan hidup di dunia itu sebenarnya adalah lebih baik daripada (rezeki) yang banyak tetapi melalaikan. Di sinilah pentingnya keberkatan rezeki yang bakal menentukan kebahagian hidup manusia di dunia dan akhirat.Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya roh al-Qudus telah datang kepada aku memberitahu bahawa seseorang itu tidak akan mati selagi tidak sempurna rezeki Allah kepadanya. Maka takutlah kepada Allah dan berusahalah dengan baik; dan lambatnya datang sesuatu rezeki itu janganlah menjadi pendorong kepada kamu untuk melakukan usaha mencari rezeki berbentuk maksiat kerana sesungguhnya rezeki Allah tidak akan dapatdiperolehi melainkan dengan cara ketaatan.”  H.R. Ibn Majah dan at-Tabrani

Apabila anda membaca artikel ini, niat kena lah betul. Kalau niat anda tak betul, sia-sia sahajalah perbuatan anda. Setiap amal seseorang adalah di kira daripada niatnya. Sekiranya niatnya betul, maka betullah perjalanannya. Dalam hal ini, niat anda untuk kaya mestilah betul dan waspada sekali.
Apa salahnya jika anda niatkan kaya untuk manfaat seluruh alam, untuk kebaikan keluarga anda, masyarakat sekeliling anda, negeri anda dan seluruh dunia? Selagi kaya anda, selagi banyak anda boleh sumbangkan untuk kebaikan sejagat, lagi banyak anda boleh berderma, berfisabilillah, berjihad dan bantu-membantu sesama anda. Nabi Muhammad s.a.w. ada bersabda bahawa “Tiap sesuatu bermula dengan niat…”

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...