Sunday, February 17, 2013

GAGAL JADI BOS.

9 Alasan Kenapa Anda Gagal MenJadi Bos.

Anda  sudah bekerja sebaik mungkin, sudah menapak  liku karier dari bawah, tetapi mengapa promosi jabatan yang Anda impikan tidak juga jatuh ke tangan Anda? Menurut Alison Green, seorang konsultan karier yang juga penulis buku Managing to Change the World: The Nonprofit Manager's Guide to Getting Results, mengupas tentang 9 masalah umum yang mungkin menjadi punca alasannya:

1. Penampilan Anda kurang meyakinkan. Penampilan itu menjadi faktor penentu? Rasanya tidak adil, namun begitulah adanya. Mungkin Anda sudah berkerja sekuat tenaga untuk mengenakan business attire yang terkesan paling formal, atau profesional. Namun, boleh sahaja hal itu mempengaruhi cara orang memahami Anda, dan peluang apa yang ditawarkan pada Anda. "Pakaian" yang terbaik datang dari pembawaan Anda sendiri, berupa kepercayaan diri, kemampuan memotivasi, dan keperibadian cemerlang lainnya.

2. Anda tidak bijak mengelola waktu. Sebagai pengurus, Anda tidak hanya harus mencatat semua pekerjaan atau kejayaan yang telah mereka lakukan, tetapi juga pekerjaan orang lain. Jika Anda tidak mampu mengelola sesuatu projek atau tugas-tugas Anda sendiri, mustahil anak buah Anda memiliki keyakinan bahawa Anda akan mampu mengawasi kerja seluruh anggota pasukan?

3. Kurang cekap menanggapi percakapan yang sulit. Pengurus tentu akan sering menghadapi percakapan yang sulit. Mereka harus membuat  keputusan-keputusan yang tidak populer bagi  para pekerjanya, sambil tetap menegakkan standar dan konsekuensi yang ada. Anda tidak akan dipandang berpotensi sebagai pengurus jika Anda cenderung menjauhkan diri dari perbincangan yang sulit, atau sebaliknya, terlalu agresif dan bersifat konfrontasi.

4. Gemar bermain dengan fitnah. Sebagai atasan, seharusnya Anda tidak memihak, dan selalu bersikap objektif. Sikap tidak memihak itu harus ketara. Jika Anda sudah melanggar batas sempadan profesional di dalam pejabat, akan sukar untuk membangun kembali batas sempadan  tersebut sebagai seorang pengurus.

5. Tidak tahu bagaimana membuat prioriti
. Waktu bekerja, Anda pasti akan menerima beranika  tawaran atau peluang untuk melakukan suatu projek. Menerima semua tawaran tersebut adalah tidak mungkin. Anda harus mampu mengenalpasti projek yang paling penting, kerana harus meluangkan waktu dan sumber daya untuk melakukannya, dan kemudian tetap fokus pada tujuan. Jika membuat prioriti itu  sahaja sudah  menjadi suatu kesulitan, masalahnya tentu akan menjadi semakin sukar.


6. Tidak mampu membina hubungan dengan atasan Anda sendiri. Mengelola hubungan tidak hanya bersifat ke bawah sahaja, tetapi juga ke atas. Kemampuan Anda untuk membina hubungan ke atas akan semakin penting ketika Anda semakin menapaki tangga jabatan. Untuk itu Anda perlu melatih  cara berkomunikasi, menyelaraskan diri dengan harapan-harapan yang diberikan oleh atasan, dan memenuhi keperluan atasan dengan cara yang dia kehendaki secara profesional. Jika Anda tidak memiliki kemampuan ini, jangan harap peranan yang lebih tinggi akan Anda perolehi.

7. Anda gemar menggerutu. Sebagai atasan, Anda harus memiliki kematangan dalam bersikap, khususnya dalam memahami bahawa kebijakan-kebijakan organisasi yang dirasa mengganggu atau merugikan keselesaan pekerja sebenarnya diberlakukan untuk memberikan yang terbaik bagi organisasi itu. Anda juga memerlukan penilaian tersebut untuk meningkatkan kepedulian secara profesional, yang dilakukan melalui saluran yang tepat, dan bukannya membahaginya dengan sesiapa sahaja yang bersedia mendengarkan.

8. Anda hanya ingin melakukan tugas-tugas Anda sendiri. Setiap orang pasti memiliki 'job description' sendiri sesuai posisi atau divisinya. Hanya memenuhi tugas-tugas Anda sahaja tidak akan cukup membuat Anda dipromosikan. Dalam penilaian hasil kerja, pencapaian Anda tersebut hanya dianggap "meet expectation". Promosi akan diberikan kepada mereka yang bekerja melebihi harapan, dan selalu mencari cara-cara untuk memperbaiki hubungan kerja secara terus-menerus. 

9. Tidak memastikan bahawa pencapaian Anda "dilihat". Bukannya ingin menonjolkan kemampuan diri Anda, atau menunjukkan bahawa Anda mampu berprestasi. Tetapi jika tidak ada orang yang mengetahui pencapaian-pencapaian tersebut, penghargaan yang Anda harapkan tidak akan Anda terima. Jangan ragu untuk menunjukkan prestasi Anda tersebut kepada atasan Anda, entah itu berupa tinjauan dari pelanggan, atau cara Anda memecahkan sesuatu masalah di pejabat yang boleh menghindarkan organisasi dari kerugian.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...