Kisah ini hanyalah untuk dikongsi bersama.
Anak: Abi...Abi.. boleh adik tanya satu soalan?
Abi: Hmmm....nak tanya apa?
Anak: Abi...berapa pendapatan Abi sejam bekerja di pejabat?
Abi: Itu bukan urusan Adik, buat apa sibuk-sibuk nak tanya? Si Abi mula menengking.
Anak: Adik saja nak tahu… bi... Tolonglah beritahu berapa pendapatan Abi sejam bekerja di pejabat? Si anak mula merayu pada Abinya.
Abi: Kira-kira 30 ringgit sejam.. Kenapa nak tahu? Jerkah Abinya lagi.
Anak: Oh..30 ringgit.. Adik menundukkan wajahnya.
Anak: Abi.. boleh tak bagi Adik pinjam 10 ringgit ?
Abi mula menjadi berang dan berkata, "Oh, itu ke sebabnya Adik tanya pasal pendapatan abi? Adik nak buat apa dengan duit tu? Mintak sampai 10 ringgit? Nak beli mainan lagi?? Abi penat-penat kerja cari wang, Adik senang-senang nak membazir ya.. Sudah, pergi masuk bilik.. tidur! Dah pukul berapa nih...!!" Si anak itu terdiam dan perlahan-lahan dia kembali ke biliknya. Si Abinya duduk di sofa sambil memikirkan mengapa anaknya yang sekecil itu meminta duit sampai 10 ringgit.
Kira-kira 2 jam kemudian, Si Abinya kembali tenang dan terfikir kemungkinan besar anaknya benar-benar memerlukan duit untuk keperluan sekolah kerana anaknya tidak pernah meminta wang sebegitu banyak sebelum ini. Dengan perasaan bersalah, si Abi melangkah menuju ke bilik anaknya.Didapati anaknya itu masih belum tidur.
"Adik benar-benar perlukan 10 ringgit? Nah.. ambil ni" Si Abi mengeluarkan sekeping wang note berwarna merah. Si anak itu segera bangun dan tersenyum girang. "Terima kasih banyaklah Abi!" Lalu dia mengangkat bantalnya dan mengeluarkan sekeping note 10 ringgit yang sudah renyuk terhimpit oleh bantal. Bila ternampak duit itu, si abi kembali berang. "Kenapa adik mintak duit lagi sedangkan Adik dah ada duit sebanyak itu?? Dari mana Adik dapat duit tu??" Adik tunduk... dia tidak berani berkata apa-apa, dia sekadar merenung abinya.
Setelah sekian lama, sambil menggenggam kemas wang renyuk itu, dia menerangkan....."Duit ni Adik kumpul dari belanja sekolah yang Abi kasi hari-hari. Adik minta lagi 10 ringgit kat Abi sebab Adik tak cukup duit..." "Tak cukup duit nak beli apa??"Jerkah Abinya lagi. "Abi.... sekarang Adik dah ada 30 ringgit.. Nah..Abi ambil duit ni. Adik nak beli sejam dari masa Abi di pejabat tu. Adik nak Abi balik kerja lebih awal esok. Adik rindu nak makan malam dengan Abi.."
Jelas Adik tanpa memandang wajah ayahnya...
*Berpada-padalah dalam urusan kerja...
No comments:
Post a Comment