Wednesday, February 20, 2013
BOLA SEPAK : ASAL-USUL KAD KUNING DAN MERAH.
Setiap pemain bola sepak yang melakukan pelanggaran semasa permainan berlangsung akan dilayangkan sama ada kad kuning ataupun kad merah. Kad kuning atau kad merah dilayangkan berdasarkan kepada jenis kesalahan yang pemain lakukan. Pernahkah kita terfikir dari manakah asal-usul peraturan ini ? Bola sepak wujud dan dipertandingkan sejak dari abad 19, namun penggunaan kad kuning dan kad merah mula diperkenalkan serta dilaksanakan pada abad 20. Kisah ini bermula pada Piala Dunia 1966. Pada pertemuan suku akhir antara tuan rumah England dengan Argentina berkebetulannya pengadil perlawanan tersebut berasal dari Germany, iaitu Rudolf Kreitlein. Akibat melakukan melakukan suatu pelanggaran keras, kapten bola sepak Argentina, Antonio Rattin, harus dikeluarkan oleh pengadil Kreitlein. Masalah perbezaan bahasa menyebabkan hal tersebut menjadi sukar. Pengadil yang berasal Germany ini hanya tahu berbahasa German dan Inggeris, sementara itu Rattin tidak faham apa yang dikatakan oleh pengadil itu.
Hasilnya, Rattin tidak keluar meninggalkan padang permainan. Ketika itu, pengadil yang turut bertugas, Ken Aston, kemudian masuk ke padang. Dengan sedikit bahasa Sepanyol dia merayu Rattin untuk keluar meninggalkan padang. Setelah kes ini, Ken Aston kemudian berfikir bahawa harus ada satu bentuk komunkasi yang bersifat universal yang boleh diguna pakai oleh semua orang, ketika pengadil memberi amaran kepada pemain atau mengeluarkan pemain dari padang permainan. Oleh hal demikian ini, pengadil tidak perlu membuat penjelasan dengan bahasa yang tidak difahami oleh pemain. Suatu hari, Ken Aston berhenti di jalan raya. Melihat lampu lalu lintas, tiba-tiba sahaja muncul satu idea di kepalanya. Jawabannya ialah : Kad berwarna,, merah dan kuning. Bila berlaku pelanggaran dan harus diberi amaran, maka kad kuning harus dilayangkan. Sementara kad merah pula untuk pelanggaran yang serius dan pemain yang melakukannya harus dibuang padang.
Ken Aston terus mengirim usul tersebut kepada Persatuan Bola Sepak Dunia, FIFA. Dan idea tersebut setuju untuk diguna pakai. Maka pada Piala Dunia 1970, kad kuning dan kad merah, buat pertama kali telah diguna pakai dalam pertandingan tersebut. Ironinya, sepanjang perlawanan Piala Dunia 1970 tidak ada seorang pun yang dikenakan kad merah. Hanya kad kuning sahaja yang sempat dilayangkan. Ada satu lagi hal unik lainnya, walaupun idea penggunaan kad ini datang dari pengadil Inggeris, negara itu tidak serta merta menerapkan penggunaannya dalam liga mereka. Penggunaan kad kuning dan merah hanya digunakan dalam liga Inggeris pada tahun 1976. Hal ini adalah disebabkan oleh pengadil yang terlalu mudah mengeluarkan kad dan keadaan ini diprotes oleh ramai pemain. Oleh sebab itu penggunaan kad kuning dan merah ini pernah diberhentikan penggunaannya pada tahun 1981 dan tahun 1987.
*dipetik dari : AP
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment