...kita adalah pengembara, musafir...
“jadilah kamu di dunia seakan-akan kamu sebagai orang asing atau penyeberang jalan” (diriwayatkan Bukhari dari Ibnu Umar)
ghuraba’ : pengembara : musafir : penumpang
Semua kita perlu berhati-hati dalam mengharungi perjalanan hidup ini...
Ketahuilah bahawa hidup kita ini hanya sementara...
Sekelumit cerita dalam sebuah persinggahan sebelum ke alam yang lebih kekal...
Alam akhirat yang kekal abadi...
Ketahuilah bahawa hidup kita ini hanya sementara...
Sekelumit cerita dalam sebuah persinggahan sebelum ke alam yang lebih kekal...
Alam akhirat yang kekal abadi...
“Jika berada di petang hari, janganlah kamu menunggu pagi hari. jika berada di pagi hari, janganlah kamu menunggu petang hari. Ambillah kesempatan sihatmu untuk menghadapi sakitmu dan ambillah kesempatan hidupmu untuk menghadapi kematianmu” (H.R Bukhari)
Beringatlah wahai sekelian manusia...
Mata yang sekadar pinjaman ini...
Pejam dan celik dan seterusnya masa berlalu begitu saja...
Apakah yang telah kita lakukan hari ini ???
Berfaedahkah apa yang kita perbuat ??? Untuk diri, agama dan segalanya keranaNya ???
Kediaman kita yang hakiki dan abadi adalah akhirat!!!
Hidup ini bukanlah lama dan selamanya...
Akhirat jualah tempat kembali kita nanti...
Jadi, padang perahu ialah di lautan, dan padang hati ialah di fikiran...
Usah berduka kita bersusah payah di dunia ini, supaya kita gapai kebahagiaan di akhirat ^^

“dan tidaklah kehidupan di dunia ini melainkan senda gurau dan main-main. dan sesungguhnya negeri akhirat itulah yang sebenarnya kehidupan, kalau sekiranya mereka ketahui” (surah al-ankabut : 64)
Jadi, sentiasalah bersikap seperti seorang pengembara...
Kata orang, kalau pandai meniti buih, selamat badan sampai ke seberang...
selalu bersedia menghadapi lagu kehidupan yang mendatang...
Kalau datang nampak muka, kalau pergi biarlah nampak belakang...
Lengkap dengan bekalan...
Menghargai waktu dan posisi...
Dan sentiasa bersiap untuk berangkat bila-bila masa sahaja...
...ALLAHUAKBAR...
No comments:
Post a Comment