Walaupun larangan ini telah jelas, terbukti dalam perjalanan sejarah kaum Muslimin, khususnya kota Mekah dan Ka’bah, pernah terjadi pelanggaran yang sangat memilukan dan menodai Ka’bah secara khususnya, iaitu terjadinya perampokan batu Hajar Aswad.
Hajar Aswad merupakan batu termulia. Batu termulia yang berasal dari Syurga. Dalam hal ini, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :
“Hajar Aswad turun dari syurga, dalam kondisi berwarna lebih putih dari air susu. Kemudian, dosa-dosa anak Adam-lah yang membuatnya sampai berwarna hitam.” [Hadits sahih riwayat at Tirmidzi. ].
Tentang keutamaannya yang lain, baginda shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :
“Sesungguhnya batu ini akan punya lisan dan dua bibir akan bersaksi bagi orang yang menyentuhnya di hari Kiamat dengan cara yang benar.” [HR al Hakim dan Ibnu Hibban, ].
Dari Ibnu ‘Umar, saya mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
“Sesungguhnya mengusap keduanya (Hajar Aswad dan Rukun Yamani) akan menghapus dosa.” [ Hadits shahih riwayat an Nasaa-i. ].
Hajar Aswad, waktu dahulunya berbentuk satu bongkahan. Namun setelah terjadinya perbuatan khianat, iaitu perompakan yang terjadi pada tahun 317H. Perbuatan ini berlaku pada masa pemerintahan al Qahir Billah Muhammad bin al Mu’tadhid dengan cara mencungkil batu tersebut dari tempatnya.Kini batu Hajar Aswad menjadi lapan bongkahan kecil. Batu yang berwarna hitam ini berada di sisi selatan Ka’bah.
Pada masa Abu Thahir, Sulaiman bin Abu Said al Husain al Janabi, tokoh golongan Qaramithah , telah menggegarkan dunia Islam dengan melakukan kerusakan dan peperangan terhadap kaum Muslimin.
Kota yang suci, Mekah dan Masjidil Haram tidak terlepas dari kejahatannya. Dia dan pengikutnya melakukan pembunuhan, perompakan dan merusak rumah-rumah. Bila sahaja terdengar namanya, orang-orang akan berusaha lari untuk menyelamatkan diri.
Kisah ini berlaku pada musim haji tahun 317H . Rombongan haji dari Iraq pimpinan Mansyur ad Dailami bertolak menuju Mekah dan sampai dalam keadaan selamat. Namun, tiba-tiba pada hari Tarwiyah ( 8 Dzul Hijjah), orang-orang Qaramithah (salah satu mazhad Syiah Isma’iliyah) telah melakukan huru-hara di tanah Haram.
Mereka merompak harta-harta jamaah haji dan menghalalkan untuk memeranginya. Banyak jamaah haji yang menjadi korban, bahkan, walaupun jamaah haji yang berada di dekat dengan Ka’bah.
Sementara itu, Abu Thahir , iaitu pemimpin orang-orang Qaramithah ini, (semoga mendapatkan balasan yang sepadan dari Allah) berdiri di pintu Ka’bah dengan pengawal-pengawalnya, menyaksikan pedang-pedang pengikutnya bermaharajalela, melibas mencabut nyawa-nyawa manusia. Dengan bongkak nya ia berkata :
“Saya adalah Allah. Saya bersama Allah. Sayalah yang menciptakan makhluk-makhluk. Dan sayalah yang akan membinasakan mereka”.
“Saya adalah Allah. Saya bersama Allah. Sayalah yang menciptakan makhluk-makhluk. Dan sayalah yang akan membinasakan mereka”.
Manusia yang ramai pada waktu itu berlarian menyelamatkan diri. Sebahagian dariapada jamaah haji ada yang berpegang pada kelambu Ka’bah. Namun, mereka tetap menjadi korban pedang-pedang kaum Syi’ah Qaramithah. Mereka menebasnya tanpa belas kasihan. Hal yang sama berlaku juga pada orang-orang yang sedang tawaf, tidak luput dari pedang-pedang mereka. Dalam kalangan yang terkorban itu termasuk juga di dalamnya sebahagian ahli hadits.
Apabila selesai melakukan kejahatannya yang tidak terkira terhadap para jamaah haji, Abu Thahir memerintahkan pasukannya untuk menguburkan jasad-jasad yang terkorban olehkeganasannya tersebut ke dalam telaga air Zam Zam. Manakala sebahagian lainnya lagi, di kuburkan di tanah Haram dan di sekitar lokasi Masjidil Haram.
Kubah telaga air Zam Zam beliau hancurkan. Abu Thahir juga memerintahkan agar pintu Ka’bah dibongkar dan melepas kiswah nya. Tindakan kejam dia selanjutnya ialah merobek-robek nya di hadapan para pengikutnya. Dia meminta kepada salah seorang pengikutnya untuk naik ke atas Ka’bah dan mencabut talang Ka’bah. Namun tiba-tiba, orang tersebut terjatuh dan mati di situ juga. Abu Thahir pun melupakan niatnya untuk mengambil talang Ka’bah. Kemudian, tindakan dia seterusnya ialah dia memerintahkan orang-orangnya untuk mencungkil batu Hajar Aswad dari tempatnya. Seorang lelaki memukul dan mencungkilnya.
Dengan nada suara mencabar, Abu Thahir bersuara dengan keras :
“Mana burung-burung Ababil? Mana babu-batuan dari Neraka Sijjil?”
“Mana burung-burung Ababil? Mana babu-batuan dari Neraka Sijjil?”
Peristiwa perampokan batu Hajar Aswad ini telah membuat Amir Mekah dan keluarganya dengan didukung sejumlah pasukan mengejar mereka. Amir Mekah berusaha memujuk Abu Thahir supaya mahu mengembalikan batu Hajar aswad ke tempatnya semula. Amir Mekah tersebut telah menawarkan seluruh harta yang dimilikinya untuk menebus batu Hajar Aswad itu. Namun begitu Abu Thahir tidak sedikit pun berminat dengan tawaran tersebut. Malah Amir dan anggota keluarga dan pasukannya menjadi korban berikutnya. Abu Thahir pun melenggang pulang menuju kedaerahnya dengan membawa Hajar Aswad dan harta-harta rampasan dari jamaah haji. Batu dari Jannah ini, dibawa pulang bersama ke daerahnya, iaitu Hajr (Ahsa), dan berada di sana selama 22 tahun.
Menurut Ibnu Katsir, golongan Qaramithah berkelakuan membabi buta seperti itu, kerana mereka sebenarnya kuffar zanadiqah. Mereka bersekongkol kepada regim Fathimiyyun yang telah meluaskan penguasaannya pada tahun-tahun itu di wilayah Afrika. Pemimpin mereka bergelar al Mahdi, iaitu Abu Muhammad ‘Ubaidillah bin Maimun al Qadah. Sebelum itu dia seorang Yahudi, yang berkerja sebagai tukang emas. Dia secara tiba-tiba telah mengaku memeluk Islam, dan mendakwa berasal dari kalangan syarif (keturunan Nabi Muhammad). Banyak orang dari suku Barbar yang mempercayainya. Hingga pada akhirnya, dia dapat memegang tampuk kekuasaan sebagai ketua negara di wilayah tersebut. Orang-orang Qaramtihah menjalin hubungan baik dengannya. Mereka (Qaramithah) akhirnya menjadi semakin kuat dan terkenal.
Perbuatan Abu Thahir al Qurmuthi, orang yang memerintahkan melakukan perampokan Hajar Aswad ini, oleh Ibnu Katsir dikatakan :
“Dia telah melakukan kekufuran di Masjidil Haram, yang tidak pernah dilakukan oleh orang sebelumnya dan orang sesudahnya”. [Al Bidayah wan Nihayah, 11/191. Ibnu Katsir mengisahkan peristiwa ini di halaman 190-192].
“Dia telah melakukan kekufuran di Masjidil Haram, yang tidak pernah dilakukan oleh orang sebelumnya dan orang sesudahnya”. [Al Bidayah wan Nihayah, 11/191. Ibnu Katsir mengisahkan peristiwa ini di halaman 190-192].
Setelah tempoh 22 tahun Hajar Aswad dalam penguasaan Abu Thahir, batu Hajar Aswad itu pun kemudian dikembalikan, iaitu pada tahun 339H.
Sewaktu mengungkapkan kejadian pada tahun 339 H tersebut, Ibnu Katsir menyebutnya sebagai tahun berkah, kerana pada bulan Zulhijah tahun tersebut, Hajar Aswad dikembalikan ke tempat semula. Peristiwa kembalinya Hajar Aswad sangat menggembirakan seluruh kaum Muslimin.
Sebelum daripada itu, berbagai usaha dan upaya telah dilakukan untuk mengembali batu termulia tersebut sudah dilakukan. Contohnya, Amir Bajkam at Turki pernah menawarkan 50 ribu Dinar sebagai tebusan Hajar Aswad. Tetapi, tawaran ini tidak meluluhkan hati Abu Thahir, pimpinan Qaramithah waktu itu.
Kaum Qaramithah ini berkilah:
“Kami mengambil batu ini berdasarkan perintah, dan akan mengembalikannya berdasarkan perintah orang yang bersangkutan”.
“Kami mengambil batu ini berdasarkan perintah, dan akan mengembalikannya berdasarkan perintah orang yang bersangkutan”.
Pada tahun 339 H, sebelum batu Hajar Aswad itu dikembalikan ke Mekah, orang-orang Qaramithah mengusung Hajar Aswad ke Kufah, dan menggantungkannya pada tujuh tiang Masjid di Kufah. Hal ini demikian agar orang-orang dapat menyaksikannya. Lalu, saudara Abu Thahir mengeluarkan satu ketetapan yang berbunyi :
“Kami dahulu mengambilnya dengan sebuah perintah. Dan sekarang kami mengembalikannya dengan perintah juga, agar pelaksanaan manasik haji umat Islam berjalan dengan lancar”.
“Kami dahulu mengambilnya dengan sebuah perintah. Dan sekarang kami mengembalikannya dengan perintah juga, agar pelaksanaan manasik haji umat Islam berjalan dengan lancar”.
Akhirnya, Hajar Aswad dikirim ke Mekah di atas satu tunggangan tanpa ada halangan. Dan akhirnya sampai di Mekah pada bulan Dzul Qa’dah tahun 339H.
Diceritakan oleh sebahagian orang, bahawa pada saat perampokan Hajar Aswad, orang-orang Qaramithah terpaksa mengangkut Hajar Aswad di atas beberapa ekor unta. Punuk-punuk unta sampai terluka dan mengeluarkan nanah. Tetapi, waktu mengembalikannya hanya memerlukan satu tunggangan sahaja, tanpa terjadi hal-hal aneh dalam perjalanan tersebut.
Sumber :
-diedit semula dari majalah as-sunnah edisi 09/1427H/muslim.com
-diedit semula dari majalah as-sunnah edisi 09/1427H/muslim.com
No comments:
Post a Comment