Wednesday, February 26, 2014

MAJLIS JASAMU DIKENANG SMK AYER LANAS.

 Selasa (25/2/2014) : Kelab warga SMK Ayer Lanas dengan kerjasama seluruh anggotanya telah menganjurkan majlis Jasamu Dikenang. Majlis ini ialah bagi meraikan  Pengetua SMK Ayer Lanas En. Kamaludin Ismail yang telah dinaikkan pangkat sebagai Pengawai 'School Improvement Partnership Plus'. Beliau kini bertugas di PPD Jeli.
Kami seluruh warga SMK Ayer Lanas mengucap selamat bertugas.
Berikut adalah foto-foto sekitar majlis tersebut:
 Menanti acara bermula.
Memberi penerangan persiapan.
 Pasukan kompang menanti arahan.
Guru menanti tuan yang diraikan.
Dong dang dong dang...
Pengetua dan pembesar tujuh mula berangkat ke Dewan SMKAL.
Bunga manggar menyambut tetamu.
Tokoh yang diraikan bersama wakil PIBG, PK I dan PK Pra U Lanas.
Cenderahati penghargaan dari PK Pra U Lanas wakil Guru Pra U Lanas.
Tanda penghargaan dari GK Bahasa SMKAL En. Ahmad Wahad.
 
 

Sunday, February 23, 2014

TITIS-TITIS AIR MATA.


 “Dan mereka menyungkur atas muka mereka sambil menangis dan mereka bertambah khusyuk.” (QS Al Israa[17]:109)

Acapkali, ketika sesuatu terjadi di luar perkiraan kita, harapan dan kemahuan yang lalu tidak tercapai ,barulah manusia kembali mengingati Allah SWT.. Menyedari dirinya tidak mampu untuk berbuat apa-apa, jika Allah sudah berkehendak. Waktu itu biasanya manusia akan menangis atau berkeinginan untuk menangis. Namun,  keadaan seperti itu tidak berlangsung lama, bila muncul sinar harapan atau keinginannya yang mula berputik, maka mereka pun mulalah tertawa dan lupa lagi kepada Sang Pemberi Harapan tersebut, iaitu Allah SWT..

Begitu amat biasa sekali, manusia menangis, mengalirkan airmatanya, ketika merasa harapannya hancur, tujuannya gagal, cita-citanya terkabur, dan impiannya berantakan. Atau, apabila yang telah dilakukannya mengalami kebuntuan.

Menangis adalah cara Allah menunjukkan Kekuasaan dan keMaha BesaranNya. Air mata itu mungkin sahaja diciptakan untuk menyedarkan manusia agar sentiasa mengingatNya. Titis-titis air bening dari kelopak mata itu berlaku adalah kerana teguran Allah SWT. terhadap riak kenistaan yang kerap kita mewarnai kehidupan ini.

Seumpama Allah menurunkan hujan dari gumpalan awan untuk membasahi bumi dari kekeringan hingga tumbuh pepohon  segar dan buah yang ranum. Seperti itulah kemungkinan tangis manusia akan membasahi kekeringan hati dan melelehkan kerak kegersangan iman agar menghadirkan kembali wajah Allan SWT. yang mengiringi setiap langkah selanjutnya.

Sewajarnyalah, tangisan meluluhkan bongkah bongkah keangkuhan dalam dada, hingga timbul kesedaran bahawa sesungguhnya, hanya Dia yang berhak berlaku sombong. Air mata itu akan melelahkan pandangan mata  dari meremehkan orang lain dan semakin menjernihkan kacamata untuk lebih bias melihat keMaha Perkasaan dan Kekuasaan Allah. Titis titis bening itu akan membersihkan debu debu pengingkaran yang menyesakkan kelopak mata, yang membuat kita seringkali lupa bersyukur atas nikmat pemberianNya.

Dan adalah suatu kemestian pula, mengalirkan air mata membuat hati tetap basah oleh rasa tawaduk, qana’ah, dan juga cinta terhadap sesama. Air mata menjadi penyedar bahawa apa pun yang kita usahakan semuanya bergantung padaNya. Tidak ada yang patut disombongkan pada diri di hadapan sesama manusia, apatah lagi di hadapan Allah SWT. Air mata akan mengiringi kita pada kekhusyukan.

Bersyukurlah bila masih bias menitiskan air mata. Namun, air mata  tidak mempunyai pengertian apa-apa, seandainya titis terakhirnya juga  tidak membawa sebarang perubahan apapun dalam langkah amalan kita. Tidak akan ada hikmahnya, bila kesombongan masih menjadi pakaian utama menyelimuti kita.

Wassalam.

MASALAH AIR DI KELANTAN.

Syarat Kelantan kepada SPAN

KERAJAAN Pas Kelantan meletakkan beberapa syarat kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) sebelum bersetuju menyerahkan konsesi itu kepada anak syarikat SPAN iaitu Perbadanan Aset Air Berhad (PAAB) untuk tujuan penstrukturan semula bekalan air di negeri itu.
Antara syarat itu ialah SPAN perlu memaklumkan kepada kerajaan Pusat agar menghapuskan hutang pinjaman bekalan air berjumlah kira-kira RM56 juta yang dibuat kerajaan negeri dari tahun 1990 hingga 1999.
Sumber dalaman kerajaan Pas Kelantan memberitahu, kerajaan Pusat juga diberikan syarat agar turut menghapuskan hutang sebanyak RM506 juta daripada RM784 juta yang dipinjam pada tahun 1999 untuk meningkatkan kualiti paip dan membina loji rawatan air di setiap jajahan.
“Baki  RM278 juta lagi akan dibayar melalui penyerahan asset bekalan air kepada PAAB. Selain itu, syarikat Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) akan mendapat ‘captial expenditure’ (CAPEX) atau perbelanjaan yang mewujudkan faedah pada masa depan daripada tawaran itu.
“Secara automatiknya kerajaan negeri akan terlepas dari hutang kepada kerajaan Pusat yang mana nilai itu telah digunakan oleh AKSB sebelum ini untuk kerja bekalan air yang tidak memberi kepuasan kepada pengguna atau rakyat Kelantan.
“Contohnya, program Pengurangan Air Tidak Berhasil (NRW) bernilai RM130 juta pada 2009 gagal mencapai matlamat,” katanya.
Menurut sumber itu lagi, kontraktor dan broker mendapat untung dari perjanjian berkenaan dan mereka melepaskan tanggungjawab kepada kerajaan Pusat selepas gagal menyelesaikannya.
Loji air yang bermasalah, katanya, akan dipikul oleh PAAB dan andai tidak dapat diselesaikan sebelum tiba Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU 14) kerajaan Pusat akan dipersalahkan.
Dalam keadaan ini, kerajaan Pusat dan UMNO dijadikan sebagai kambing hitam oleh kerajaan Pas Kelantan dalam mencapai matlamat dan misi mereka.
Menurut sumber itu, SPAN yang bertindak sebagai badan mengawal selia industri air negara, seharusnya mengenakan syarat supaya AKSB diaudit semula sebelum semua projek dimigrasikan kepada PAAB.
“Selepas audit semula dilakukan, dedahkan aktiviti penyelewengan dan salah tadbir dalam AKSB untuk pengetahuan rakyat yang selama ini sering menggagungkan mereka,” katanya.


Read more: http://malaysiagazette.com/

Thursday, February 20, 2014

BERSARAPAN PAGI DENGAN OPTIMISTIK.



Mari kita luang sedikit masa, cuba bersama kita bayangkan gambaran satu hari dalam kehidupan Rasulullah SAW. Baginda bangun awal-awal sebelum fajar, ketika tirai gelap malam masih menyelimuti segala sesuatu. Saat baginda mulai bergerak, baginda berkata, "Segala puji bagi Allah yang telah mengembalikan semangat ku, memberikan aku kekuatan jasmani dan mengizinkan aku untuk memuliakan-Nya."

Seberat dan sehebat mana pun cabaran dan halangan yang bakal dihadapi, baginda menyambutnya dengan optimisme. Dan, perkara sekecil mana pun tidak luput disyukuri, termasuk kembalinya semangat untuk memulai hari.

Malah, terbit dan tenggelamnya matahari, adalah juga merupakan hal yang perlu kita syukuri.

 "Allah-lah yang menjadikan malam untuk kamu supaya kamu beristirahat padanya; dan menjadikan siang terang benderang. Sesungguhnya Allah benar-benar mempunyai anugerah yang dilimpahkan ke atas manusia, akan tetapi kebanyakan manusia tidak bersyukur. " (QS Al Mu'min [40]: 61)

Kehidupan kita adalah suatu keberkahan terbesar yang kita terima dari Allah. Wujud terima kasih kita adalah dengan memanfaatkan hidup sebaik-baiknya. Allah menawarkan kesempatan kejayaan bagi siapa sahaja yang ingin berjaya.  Intinya, sikap optimis harus selalu didahulukan.

Optimistis adalah suatu sikap yang selalu  berpandangan baik dalam menghadapi segala kemungkinan.  Optimis adalah lawan dari kata-kata putus asa.  Putus asa timbul akibat daripada tidak ada keinginan dalam hati dan kurang meyakini  akan rahmat Allah. Sikap optimistis merupakan suatu bentuk keyakinan akan kemurahan Allah dan anugerah-Nya  dan bahawa janji Allah adalah benar , sebenar-benarnya.

Orang yang mempunyai sikap optimistis ialah orang yang mempunyai tahap ketaatan yang tinggi dalam menegakkan semua yang dituntut oleh keimanannya. Dia berharap agar Allah tidak memalingkannya, menerima amalannya, dan tidak menolaknya, serta melipatgandakan pahala-Nya.

Allah telah berfirman: “Jika Allah menimpakan sesuatu kemudharatan kepadamu, maka tidak ada yang dapat menghilangkannya, kecuali Dia; dan jika Allah menghendaki kebaikan bagi kamu, maka tidak ada yang dapat menolak anugerah dari-Nya” (QS Yunus [10]:107)

Sebaliknya orang yang bersikap pesimis sering kali merasa bimbang apabila menghadapi permasalahan hidup. Sikap bimbang akan membawanya pada sikap tidak percaya diri, mudah menyalahkan orang lain, bahkan terkadang hal ini akan mengurangkan kadar keimanannya pada Allah SWT.

Jadi, bagaimanakah kita ingin mengolahkan sikap bimbang dan pesimis tersebut? Kita perlulah kembalikan semuanya pada Allah SWT. Bukankah Allah telah berfirman, iaitu setelah dating suatu kesulitan, selalu akan ada kemudahan?

Akhirnya, fikir-fikirkanlah semua !

SEGALA SESUATU BERMULA DENGAN NIAT.







Rasulullah SAW telah bersabda, maksudnya:
"Sesungguhnya, setiap amalan itu bermula dengan niat. Dan bagi setiap orang itu apa yang dia niatkan. Maka barangsiapa yang hijrahnya kerana Allah dan rasul-Nya, maka hijrahnya adalah kerana Allah dan rasul-Nya. Dan barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia atau perempuan yang ingin dikahwininya, maka hijrahnya adalah kerana apa yang dikehendaki."
(HR Bukhari dan Muslim)

Hadith di atas  adalah diantara hadith yang masyhur yang berlegar-legar dalam kalangan masyarakat kita, bahkan para ulama' biasanya memulakan segala tugasan mereka dengan berpandukan hadith ini. Disini disertakan secara ringkas huraian hadith diatas oleh Ibnu Rajab al-Hanbali di dalam kitabnya, Jami' al-Ulum wal Hikam yang mensyarahkan keseluruhan hadith dalam kitab Hadith 40 Imam Nawawi:

Imam Bukhari memulakan mukaddimah dalam Shahihnya dengan hadith ini (sebagaimana juga Imam Nawawi dalam Hadith 40) yang dimana ianya memperingatkan kepada kita semua bahawa setiap amalan yang dilakukan oleh seseorang semata-mata bukan untuk mencari keredhaan Allah maka dia tidak akan menerima imbalannya sama ada di dunia mahupun di akhirat.

Abdul Rahman bin Mahdi, salah seorang 'alim dalam bidang hadith berkata; "Jika aku hendak menyusun satu karangan di dalam bab-bab, aku pasti akan meletakkan hadith ini pada awal setiap bab tersebut". Beliau juga turut berkata, "Jika seseorang itu mahu mengarang tulisan, hendaklah dia bermula dengan hadith berkenaan tujuan dan niat".

Hadith ini membentuk satu prinsip asas dalam Islam dan merupakan paksi dalam persekitaran cara hidup kita.

Berkata Imam al-Syafi'i, "Hadith ini merupakan satu pertiga daripada ilmu pengetahuan, dan ia berkaitan dengan 70 cabang dalam bidang Fiqh (kefahaman agama yang betul)".

Berkata pula Imam Ahmad, "Asas dalam Islam adalah berpaksikan 3 hadith; satu diriwayatkan oleh Umar (Setiap amalan itu bermula dengan niat), satu diriwayatkan oleh 'Aisyah (Barangsiapa yang melakukan suatu amalan yang bukan daripada kami, maka ianya adalah tertolak) serta satunya yang diriwayatkan oleh Nu'man bin Bashir (Perkara yang halal dan perkara yang haram adalah jelas...)".

Hadith ini mengajarkan kepada kita akan prinsip bahawa penerimaan amalan kita (sama ada diterima atau tidak) adalah bergantung kepada niat disebaliknya. Jika niat tersebut adalah baik dan ikhlas untuk menggapai keredhaan Allah, maka ianya dikira sebagai satu amal soleh. Namun jika sebaliknya, amalan itu akan dikira sebagai sia-sia dan tidak diterima. Inilah antara perkara pertama yang harus diambil kira.

Syarat lain yang perlu diambil kira bagi memastikan sesuatu amalan itu untuk diterima adalah dengan menjadikan setiap satu amalan itu bertepatan dengan ajaran Islam yang sebenar sebagaimana yang telah diajarkan oleh Rasulullah SAW dan juga sebagaimana yang difahami dan diamalkan oleh golongan soleh terdahulu. Oleh sebab itu, Baginda SAW menyatakan,
 
"Barangsiapa yang melakukan sesuatu amalan yang bukan daripada kami, maka ianya tertolak". [HR Bukhari dan Muslim]
 
 
Wallahu'alam.
 Dikutip daripada BaitulSalaf

Tuesday, February 18, 2014

70 DOSA BESAR .



Berikut ini adalah 70 dosa besar yang wajib kita hindari:

Alasan dan dasar hukumnya dapat dilihat sendiri dalam kitab Al-Kabair (الكبائر) karya Adz-Dhahabi.

1. Menyekutukan Allah atau Syirik
2. Membunuh manusia
3. Melakukan sihir
4. Meninggalkan sholat
5. Tidak mengeluarkan zakat
6. Tidak berpuasa ketika bulan Ramadhan tanpa alasan yang kuat
7. Tidak mengerjakan Haji walaupun berkemampuan
8. Derhaka kepada Ibu Bapa
9. Memutuskan silaturahim
10. Berzina
11. Melakukan sodomi atau homoseksual
12. Memakan riba
13. Memakan harta anak yatim
14. Mendustakan Allah S.W.T dan rasul-Nya
15. Lari dari medan perang
16. Pemimpin yang penipu dan kejam
17. Sombong
18. Saksi palsu
19. Meminum minuman beralkohol
20. Berjudi
i21. Menuduh orang baik melakukan zina
22. Menipu harta rampasan perang
23. Mencuri
24. Merompak
25. Sumpah palsu
26. Berlaku zalim
27. Pemungut cukai yang zalim
28. Makan dari harta yang haram
29. Bunuh diri
30. Berbohong
31. Hakim yang tidak adil
32. Memberi dan menerima sogokan
33. Wanita yang menyerupai lelaki dan sebaliknya juga
34. Membiarkan isteri, anaknya atau anggota keluarganya yang lain berbuat perbuatan keji dan member kemudahan anggota keluarganya tersebut untuk berbuat perbuatan keji
35. Menikahi wanita yang telah bercerai agar wanita tersebut nantinya dapat kembali menikah dengan suaminya terdahulu
36. Tidak melindungi pakaian dan tubuhnya dari terkena hadas kecil seperti air kencing atau kotoran
37. Riak atau suka menunjuk-nunjuk
38. Ulama yang memiliki ilmu namun tidak mahu mengamalkan ilmunya tersebut untuk orang lain
39. Berkhianat
40. Mengungkit-ungkit pemberian
41. Mangingkari takdir Allah SWT
42. Mencari-cari kesalahan orang lain
43. Menyebarkan fitnah
44. Mengutuk umat Islam
45. Mengingkari janji
46. Percaya kepada sihir dan nujum
47. Durhaka kepada suami
48. Membuat patung
49. Menamparkan pipi dan meratap jika terkena bala
50. Menggangu orang lain
51. Berbuat zalim terhadap yang lemah
52. Menggangu jiran tetangga
53. Menyakiti dan memaki orang Islam
54. Derhaka kepada hamba Allah S.W.T dan menggangap dirinya baik
55. Memakai pakaian labuhkan pakaian
56. Lelaki yang memakai sutera dan emas
57. Seorang hamba (budak) yang lari dari Tuannya
58. Sembelihan untuk selain dari Allah S.W.T
59. Seorang yang mengaku bahawa seseorang itu adalah ayahnya namun dia tahu bahwa itu tidak benar
60. Berdebat dan bermusuhan
61. Enggan memberikan kelebihan air
62. Mengurangi timbangan
63. Merasa aman dari kemurkaan Allah S.W.T
64. Putus asa dari rahmat Allah S.W.T
65. Meninggalkan sholat berjemaah tanpa alasan yang kuat
66. Meninggalkan Sholat Jumaat tanpa alasan yang kuat
67. Merebut hak warisan yang bukan miliknya
68. Menipu
69. Mengintip rahsia dan membuka rahsia orang lain
70. Mencela Nabi dan para sahabat beliau

Sunday, February 16, 2014

SUKAN MERENTAS DESA SMK AYER LANAS 2014.

SMK Ayer Lanas (Sabtu: 15/2/2014):  Sek. Men. Keb. Ayer Lanas pagi ini telah mengadakan Sukan Merentas Desa yang disertai oleh 3 kategori iaitu peringkat menengah rendah, menengah atas dan peringkat Pendidikan Khas. Kategori tersebut dibahagikan kepada 4 rumah sukan  iaitu, Rumah Sukan Merah, Biru, Hijau dan Kuning. Acara bermula pada pukul 9 pagi dengan latihan merenggangkan otot-otot. Selepas itu merentas desa dimulai dengan pelepasan pertama dari kategori menengah atas dilakukan oleh Pengetua SMK Ayer Lanas.
                    Acara larian merentas desa selesai sekitar pukul 10.30 pagi. Pengumuman untuk pemenang dan  johan keseluruhan dilakukan di Dewan Besar AMK Ayer Lanas. Pada tahun 2014, Kejohanan Sukan Merentas Desa SMK Ayer Lanas, juara keseluruhannya jatuh kepada Rumah Sukan Merah, diikuti naib johannya Rumah Sukan Biru. Rumah Sukan Hijau mendapat tempat ketiga dan Rumah Sukan Kuning mendapat tempat keempat (tempat gobaak la tu...hehehe).

Berikut adalah gambar-gambar sekitar Kejohanan Merentas Desa SMK Ayer Lanas 2014 :

Guru Rumah Kuning memberi arahan...
Ambil kedatangan pelajar... 
 JPAM turut memberi sumbangan tenaga...
Arahan kepada petugas lapangan... 
 Guru bahagian keselamatan...
Peserta membuat latihan rengangan...
 Warn up dulu...
 Latihan rengankan otot-otot...
Garis permulaan...
 Pengetua SMK Ayer Lanas bersedia melepaskan peserta..
                                                         Merentas di garis permulaan
                                                                   Lari lari...ayuh lari...
                                    Di Dewan sambil menunggu majlis penyampaian hadiah...
                                                       Meraikan kemenangan...
                                                            Meraikan kehebatan...
                                                                     Akulah juara...
Rumah Merah juara keseluruhan...
                                                     Bravo, cili boo...kamilah juara...
Membersih kawasan dewan setelah selesai majlis...
Semuanya sudah selesai...
 
 
SELAMAT BERJAYA DAN BERTEMU LAGI...

Saturday, February 15, 2014

GAJAH MENGAMUK DI AYER LANAS: SATU TERKORBAN.

Ayer Lanas(Sabtu:15/2/2014): Seorang kanak-kanak lelaki berusia 6 tahun terkorban, sementara ibunya mengalami cedera parah akibat amukan sekumpulan gajah liar di kawasan ladang getah berhadapan dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Lanas pagi ini. Beberapa orang penduduk  yang sedang berkerja di lokasi tersebut lari menyelamatkan diri masing-masing.
          Menurut seorang penduduk yang terselamat dari ancaman tersebut, iaitu tok bilal Ayer Lanas menyatakan bahawa dia terpaksa terjun ke kawasan berlumpur di tepi Sungai Lanas untuk menyelamatkan diri. Dia sempat juga dipijak oleh seekor gajah, tetapi selamat kerana tenggelam ke dalam lumpur yang dalam di situ. Apabila gajah tersebut berlalu, dia pun melarikan dirinya dengan menggunakan motor yang terletak berhampiran tempat tersebut. Manakala menurut seorang lagi pendudukan yang terselamat menyatakan bahawa dia cukup bernasib baik kerana sempat melarikan diri dari amukan gajah liar tersebut. Gajah liar tersebut menurut penduduk sebelum datang dari Legeh melintasi lebuh raya Jeli melalui kawasan Kampung Rahmat.
          Berikut gambar penduduk yang terselamat:

Mangsa yang dipijak gajah berhenti mengadu peristiwa tersebut.
 

Mangsa menceritakan pengalaman yang menakutkan pada salah seorang guru SMK Ayer Lanas.
Inilah kawasan di depan SMK Ayer Lanas yang dikatakan tempat gajah liar mengamuk.
Seorang lagi mangsa yang selamat menceritakan pengalamanya kepada Pengetua SMKAL.
Gajah liar dikatakan masih berkeliaran di kawasan ini.


Wednesday, February 12, 2014

REALITI BELAJAR YANG SESUNGGUHNYA.


          Sedar ataupun tidak, pada hakikatnya kita semua adalah seorang pelajar. Mulai dari kecil kita telah menjadi seorang pembelajar sejati. Belajar mengenal bahasa ibu, dan mengamalkanya; belajar mengenai gerakan, dan melakukannya; belajar mengenal alam, dan memakmurkannya; dan belajar dan terus belajar yang lain.

Ketika usia beranjak dewasa, kita terus belajar. Belajar mengenali perubahan fungsi dan tanggungjawab, dan belajar untuk menjadi seorang yang berkeperibadian matang. Mengenali dan mempelajari perubahan fungsi dan tanggungjawab ketika beralih peranan dari seorang pelajar ke seorang pekerja, dari seorang bujang  atau gadis kepada seorang suami atau isteri, dan belajar dari hanya seorang suami menjadi seorang suami dan bapa ayah bagi anak-anak. Isteri bagi suami dan ibu bagi anak-anak.

Dan kadang-kadang proses pembelajaran itu sering terjadi tanpa kita sedari, kadangkala kita tidak mengerti bahawa sesungguhnya kita telah dan harus melalui proses pembelajaran tersebut.

Manusia terus melalui proses perubahan, dunia terus berputar, dan lingkungan kita pun terus berubah, satu-satunya cara untuk kita dapat terus bertahan dan menjadi sukses adalah dengan belajar. Belajar bukan cuma di bangku-bangku kelas tetapi juga di lingkungan kita, dalam kehidupan seharian, dan dengan orang-orang yang mungkin tidak memiliki gelar guru ataupun pensyarah, dan boleh sahaja belajar dari benda yang telah mati dan juga dari pengamatan terhadap keadaan sekitar.

Dunia ini adalah institusi pendidikan besar, sekolah kehidupan, dan universiti kehidupan. Dan kita ini pada asasnya adalah pelajar, pelajar sekolah kehidupan.

Ada beberapa hal mungkin yang perlu kita dijadikan catatan bersama mengenai kompetensi asas seorang pelajar sekolah kehidupan seperti kita.

Sedarilah bahawa sesungguhnya kita adalah seorang pelajar. Dan sebagai seorang pelajar janganlah pernah puas dengan apa yang kita miliki sekarang, jangan pernah merasa cukup dengan apa yang kita miliki sekarang. Seorang pelajar seharusnya terus merasa haus dengan ilmu dan terus menerus belajar.

Seorang pelajar yang baik seharusnya tidak memiliki sifat sombong kerana kesombongan akan membuat kita merasa lebih berbanding orang lain, dan hal ini menyebabkan kita berpaling dari pelajaran.

“Kesombongan adalah menolak kebenaran dan meremehkan manusia”
 
Sedarilah bahawa sesungguhnya dunia dan diri kita terus berubah. Sebuah frasa yang sering kali diungkapkan orang, “dunia ini selalu dan terus berubah, satu-satunya hal yang tidak berubah adalah perubahan itu sendiri”. Perubahan di dunia ini tidak henti-henti, wajid, stabil Dan berterusan. Kerana itu,  sesiapa sahaja yang tidak ingin dan tidak mampu untuk mengikuti perubahan, maka bersiap-siagalah untuk terlindas oleh perubahan tersebut.

Penemuan-penemuan baru, metode-metode baru, strategi-strategi baru, alat-alat baru, teori-teori baru, sumber daya manusia baru, dan lain sebagainya, intinya adalah semua perkara di dunia ini terus berkembang, bukan hanya sekadar berubah. Apabila tidak ditanggapi dengan baik, orang-orang yang bertahan dengan dirinya dan masa lampaunya akan tertinggal di belakang.

Begitu juga dengan peranan kita dalam menanggapi perubahan sosial budaya dan lingkungan persekitaran kita. Sebuah ilustrasi yang sederhana, apabila seorang anak yang sedang beranjak ke alam dewasa dan besar, tetapi  diperlakukan seperti anak kecil, maka itu akan merosakkan dirinya, orang tuanya dan keluarganya serta persekitarannya. Hasilnya akan melahirkan pemberontakan, perlawanan dan lain-lainnya. Hakikatnya memang perlakuannya harus berbeza dan unik. Oleh hal yang demikian itu perlunya pembelajaran tentang pengajaran terhadap anak remaja

Cuba kita imbas tentang Imam Syafi’i  yang mengajarkan kita mengenai unsur perubahan dalam kehidupan, di mana beliau membuat Qaul Qadim ketika di Baghdad dan melahirkan Qaul Jadid ketika berpindah ke Mesir.

Oleh itu, perubahan itu adalah sesuatu perkara yang tidak boleh tidak, dan kita harus terus waspada dengan perubahan itu untuk dapat mempelajarinya dan mencari ilmu untuk menghadapi perubahan-perubahan tersebut.

Sedarlah bahawa hasil dari pembelajaran adalah perubahan. Inti dari belajar adalah adanya perubahan. Kita  benar-benar dikatakan telah belajar jika telah menghasilkan perubahan dalam diri kita. Seseorang yang dari hari ke hari berada dalam kondisi yang sama sahaja, mereka itu adalah orang yang tidak pernah belajar.
 
Kita seharusnya belajar, dengan perubahan status yang kita miliki, dari seorang bujang menjadi berpasangan, seharusnya melahirkan perubahan bersikap dalam diri kita. Setelah mengikuti pelbagai latihan, seharusnya ada kesinambungan kerja yang berubah, dan ada keterampilan yang bercambah. Setelah tertempa ujian dalam kehidupan, seharusnya ada unsur religi yang meningkat. Dan seterusnya. Pembelajar sejati menjadikan perubahan ini bersifat positif, permanen dan berterusan.

Kita boleh mengevaluasi apakah kita telah benar-benar belajar atau belum dengan mengevaluasi seberapa besar perubahan yang ada dalam diri kita.

Ketahui bahawa proses pembelajaran terbaik adalah sebelum kita mengamalkannya di lapangan. Kadang-kadang akibat dari sedikitnya persiapan kita, proses pembelajaran terjadi ketika kita sedang berproses. Contohnya seperti kita baru belajar mengenai cara-cara memandu kereta, padahal kita sudah memiliki kereta, belajar mengenai hak dan kewajiban sebagai suami-isteri padahal kita sudah menikah, belajar mengenai kesihatan anak setelah anak lahir, dan lain sebagainya.

Tempat terbaik belajar adalah sebelum kita terjun atau terlibat secara langsung dalam suatu aktiviti. Imam Bukhari ada membuat sebuah bab khusus dalam kumpulan haditsnya dengan judul “Keutamaan Ilmu Sebelum Iman dan Amal”.

Tetapi walau bagaimanapun, masih termasuk dalam kategori wajar “belajar seiring dengan amalan” daripada "tidak belajar sama sekali”

Sesungguhnya, dunia ini hanya tempat belajar, ujian, dan amalan. Dan sesungguhnya akhirat adalah tempat kita memungut hasil dari segala yang kita pelajari, kita lulus dan segala amalan yang kita lakukan semasa di dunia.  Sesungguhnya orientasi kehidupan kita  seharusnya ditujukan pada tempat kembali kita kelak.

“Dan sesungguhnya orang yang paling cerdas adalah orang yang mempersiapakan untuk hari akhirnya”
 
 


Sunday, February 9, 2014

KETUA POLIS IPD JELI DI SMK AYER LANAS.


MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PERLANTIKAN PENGAWAS DAN PELANCARAN BULAN  PONTENG SIFAR SMK AYER LANAS 2014. 
  
            Ahad (9/2/2014) : Ketua Polis dari  Ibu  Pejabat Polis Daerah Jeli, DSP Sheik Azhar bin Sheik Omar, pagi ini telah berkenan untuk menyempurnakan Majlis Penyampaian Watikah Perlantikan Pengawas dan Pelancaran Bulan Ponteng Sifar Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Lanas. Turut hadir di majlis ini juga ialah Pengawai Perhubungan Sekolah, ASP Yazid bin Yahya, Ketua Balai Polis Ayer Lanas Sarjan Hasnolhai bin Hassan dan 5 anggota polis wanita lainnya.
 
            Ketua Polis dari IPD Jeli dalam ucapannya menyentuh sedikit sebanyak tentang masalah disiplin pelajar yang sedang berlaku di sekitar daerah Jeli dan negeri Kelantan. Beliau juga menjelaskan tentang peranan yang perlu dimainkan oleh pengawas sekolah. Sebelum merasmikan majlis tersebut, beliau juga mengucapkan tahniah kepada  pelajar yang telah dilantik menjadi pengawas sekolah, selamat menjalankan tugas dengan baik.
 
              Berikut adalah gambar-gambar sekitar Majlis Penyampaian Watikah Perlantikan Pengawas dan Pelancaran Bulan Ponteng Sifar.
 
 Ketua Polis IPD Jeli sedang memberi ucapan.
 Kemas dan segak...
 PK1, Pengetua serta pegawai polis Jeli.
 Pelajar khusyuk mendengar...
 Anggota polis wanita yang hadir...
 Perasmian majlis...
 Penyampaian watikah perlantikan pengawas...
 Penyampaian watikah perlantikan...
 Tugas dan tanggungjawab...
 Bergambar bersama...


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...