Sunday, February 23, 2014
TITIS-TITIS AIR MATA.
“Dan mereka menyungkur atas muka mereka sambil menangis dan mereka bertambah khusyuk.” (QS Al Israa[17]:109)
Acapkali, ketika sesuatu terjadi di luar perkiraan kita, harapan dan kemahuan yang lalu tidak tercapai ,barulah manusia kembali mengingati Allah SWT.. Menyedari dirinya tidak mampu untuk berbuat apa-apa, jika Allah sudah berkehendak. Waktu itu biasanya manusia akan menangis atau berkeinginan untuk menangis. Namun, keadaan seperti itu tidak berlangsung lama, bila muncul sinar harapan atau keinginannya yang mula berputik, maka mereka pun mulalah tertawa dan lupa lagi kepada Sang Pemberi Harapan tersebut, iaitu Allah SWT..
Begitu amat biasa sekali, manusia menangis, mengalirkan airmatanya, ketika merasa harapannya hancur, tujuannya gagal, cita-citanya terkabur, dan impiannya berantakan. Atau, apabila yang telah dilakukannya mengalami kebuntuan.
Menangis adalah cara Allah menunjukkan Kekuasaan dan keMaha BesaranNya. Air mata itu mungkin sahaja diciptakan untuk menyedarkan manusia agar sentiasa mengingatNya. Titis-titis air bening dari kelopak mata itu berlaku adalah kerana teguran Allah SWT. terhadap riak kenistaan yang kerap kita mewarnai kehidupan ini.
Seumpama Allah menurunkan hujan dari gumpalan awan untuk membasahi bumi dari kekeringan hingga tumbuh pepohon segar dan buah yang ranum. Seperti itulah kemungkinan tangis manusia akan membasahi kekeringan hati dan melelehkan kerak kegersangan iman agar menghadirkan kembali wajah Allan SWT. yang mengiringi setiap langkah selanjutnya.
Sewajarnyalah, tangisan meluluhkan bongkah bongkah keangkuhan dalam dada, hingga timbul kesedaran bahawa sesungguhnya, hanya Dia yang berhak berlaku sombong. Air mata itu akan melelahkan pandangan mata dari meremehkan orang lain dan semakin menjernihkan kacamata untuk lebih bias melihat keMaha Perkasaan dan Kekuasaan Allah. Titis titis bening itu akan membersihkan debu debu pengingkaran yang menyesakkan kelopak mata, yang membuat kita seringkali lupa bersyukur atas nikmat pemberianNya.
Dan adalah suatu kemestian pula, mengalirkan air mata membuat hati tetap basah oleh rasa tawaduk, qana’ah, dan juga cinta terhadap sesama. Air mata menjadi penyedar bahawa apa pun yang kita usahakan semuanya bergantung padaNya. Tidak ada yang patut disombongkan pada diri di hadapan sesama manusia, apatah lagi di hadapan Allah SWT. Air mata akan mengiringi kita pada kekhusyukan.
Bersyukurlah bila masih bias menitiskan air mata. Namun, air mata tidak mempunyai pengertian apa-apa, seandainya titis terakhirnya juga tidak membawa sebarang perubahan apapun dalam langkah amalan kita. Tidak akan ada hikmahnya, bila kesombongan masih menjadi pakaian utama menyelimuti kita.
Wassalam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment