Saturday, February 15, 2014

GAJAH MENGAMUK DI AYER LANAS: SATU TERKORBAN.

Ayer Lanas(Sabtu:15/2/2014): Seorang kanak-kanak lelaki berusia 6 tahun terkorban, sementara ibunya mengalami cedera parah akibat amukan sekumpulan gajah liar di kawasan ladang getah berhadapan dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Lanas pagi ini. Beberapa orang penduduk  yang sedang berkerja di lokasi tersebut lari menyelamatkan diri masing-masing.
          Menurut seorang penduduk yang terselamat dari ancaman tersebut, iaitu tok bilal Ayer Lanas menyatakan bahawa dia terpaksa terjun ke kawasan berlumpur di tepi Sungai Lanas untuk menyelamatkan diri. Dia sempat juga dipijak oleh seekor gajah, tetapi selamat kerana tenggelam ke dalam lumpur yang dalam di situ. Apabila gajah tersebut berlalu, dia pun melarikan dirinya dengan menggunakan motor yang terletak berhampiran tempat tersebut. Manakala menurut seorang lagi pendudukan yang terselamat menyatakan bahawa dia cukup bernasib baik kerana sempat melarikan diri dari amukan gajah liar tersebut. Gajah liar tersebut menurut penduduk sebelum datang dari Legeh melintasi lebuh raya Jeli melalui kawasan Kampung Rahmat.
          Berikut gambar penduduk yang terselamat:

Mangsa yang dipijak gajah berhenti mengadu peristiwa tersebut.
 

Mangsa menceritakan pengalaman yang menakutkan pada salah seorang guru SMK Ayer Lanas.
Inilah kawasan di depan SMK Ayer Lanas yang dikatakan tempat gajah liar mengamuk.
Seorang lagi mangsa yang selamat menceritakan pengalamanya kepada Pengetua SMKAL.
Gajah liar dikatakan masih berkeliaran di kawasan ini.


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...