Sunday, February 23, 2014

MASALAH AIR DI KELANTAN.

Syarat Kelantan kepada SPAN

KERAJAAN Pas Kelantan meletakkan beberapa syarat kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) sebelum bersetuju menyerahkan konsesi itu kepada anak syarikat SPAN iaitu Perbadanan Aset Air Berhad (PAAB) untuk tujuan penstrukturan semula bekalan air di negeri itu.
Antara syarat itu ialah SPAN perlu memaklumkan kepada kerajaan Pusat agar menghapuskan hutang pinjaman bekalan air berjumlah kira-kira RM56 juta yang dibuat kerajaan negeri dari tahun 1990 hingga 1999.
Sumber dalaman kerajaan Pas Kelantan memberitahu, kerajaan Pusat juga diberikan syarat agar turut menghapuskan hutang sebanyak RM506 juta daripada RM784 juta yang dipinjam pada tahun 1999 untuk meningkatkan kualiti paip dan membina loji rawatan air di setiap jajahan.
“Baki  RM278 juta lagi akan dibayar melalui penyerahan asset bekalan air kepada PAAB. Selain itu, syarikat Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) akan mendapat ‘captial expenditure’ (CAPEX) atau perbelanjaan yang mewujudkan faedah pada masa depan daripada tawaran itu.
“Secara automatiknya kerajaan negeri akan terlepas dari hutang kepada kerajaan Pusat yang mana nilai itu telah digunakan oleh AKSB sebelum ini untuk kerja bekalan air yang tidak memberi kepuasan kepada pengguna atau rakyat Kelantan.
“Contohnya, program Pengurangan Air Tidak Berhasil (NRW) bernilai RM130 juta pada 2009 gagal mencapai matlamat,” katanya.
Menurut sumber itu lagi, kontraktor dan broker mendapat untung dari perjanjian berkenaan dan mereka melepaskan tanggungjawab kepada kerajaan Pusat selepas gagal menyelesaikannya.
Loji air yang bermasalah, katanya, akan dipikul oleh PAAB dan andai tidak dapat diselesaikan sebelum tiba Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU 14) kerajaan Pusat akan dipersalahkan.
Dalam keadaan ini, kerajaan Pusat dan UMNO dijadikan sebagai kambing hitam oleh kerajaan Pas Kelantan dalam mencapai matlamat dan misi mereka.
Menurut sumber itu, SPAN yang bertindak sebagai badan mengawal selia industri air negara, seharusnya mengenakan syarat supaya AKSB diaudit semula sebelum semua projek dimigrasikan kepada PAAB.
“Selepas audit semula dilakukan, dedahkan aktiviti penyelewengan dan salah tadbir dalam AKSB untuk pengetahuan rakyat yang selama ini sering menggagungkan mereka,” katanya.


Read more: http://malaysiagazette.com/

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...