Sedar ataupun tidak, pada hakikatnya kita semua adalah seorang pelajar. Mulai dari kecil kita telah menjadi seorang pembelajar sejati. Belajar mengenal bahasa ibu, dan mengamalkanya; belajar mengenai gerakan, dan melakukannya; belajar mengenal alam, dan memakmurkannya; dan belajar dan terus belajar yang lain.
Ketika usia beranjak dewasa, kita terus belajar. Belajar mengenali perubahan fungsi dan tanggungjawab, dan belajar untuk menjadi seorang yang berkeperibadian matang. Mengenali dan mempelajari perubahan fungsi dan tanggungjawab ketika beralih peranan dari seorang pelajar ke seorang pekerja, dari seorang bujang atau gadis kepada seorang suami atau isteri, dan belajar dari hanya seorang suami menjadi seorang suami dan bapa ayah bagi anak-anak. Isteri bagi suami dan ibu bagi anak-anak.
Dan kadang-kadang proses pembelajaran itu sering terjadi tanpa kita sedari, kadangkala kita tidak mengerti bahawa sesungguhnya kita telah dan harus melalui proses pembelajaran tersebut.
Manusia terus melalui proses perubahan, dunia terus berputar, dan lingkungan kita pun terus berubah, satu-satunya cara untuk kita dapat terus bertahan dan menjadi sukses adalah dengan belajar. Belajar bukan cuma di bangku-bangku kelas tetapi juga di lingkungan kita, dalam kehidupan seharian, dan dengan orang-orang yang mungkin tidak memiliki gelar guru ataupun pensyarah, dan boleh sahaja belajar dari benda yang telah mati dan juga dari pengamatan terhadap keadaan sekitar.
Dunia ini adalah institusi pendidikan besar, sekolah kehidupan, dan universiti kehidupan. Dan kita ini pada asasnya adalah pelajar, pelajar sekolah kehidupan.
Ada beberapa hal mungkin yang perlu kita dijadikan catatan bersama mengenai kompetensi asas seorang pelajar sekolah kehidupan seperti kita.
Sedarilah bahawa sesungguhnya kita adalah seorang pelajar. Dan sebagai seorang pelajar janganlah pernah puas dengan apa yang kita miliki sekarang, jangan pernah merasa cukup dengan apa yang kita miliki sekarang. Seorang pelajar seharusnya terus merasa haus dengan ilmu dan terus menerus belajar.
Seorang pelajar yang baik seharusnya tidak memiliki sifat sombong kerana kesombongan akan membuat kita merasa lebih berbanding orang lain, dan hal ini menyebabkan kita berpaling dari pelajaran.
“Kesombongan adalah menolak kebenaran dan meremehkan manusia”
Sedarilah bahawa sesungguhnya dunia dan diri kita terus berubah. Sebuah frasa yang sering kali diungkapkan orang, “dunia ini selalu dan terus berubah, satu-satunya hal yang tidak berubah adalah perubahan itu sendiri”. Perubahan di dunia ini tidak henti-henti, wajid, stabil Dan berterusan. Kerana itu, sesiapa sahaja yang tidak ingin dan tidak mampu untuk mengikuti perubahan, maka bersiap-siagalah untuk terlindas oleh perubahan tersebut.
Penemuan-penemuan baru, metode-metode baru, strategi-strategi baru, alat-alat baru, teori-teori baru, sumber daya manusia baru, dan lain sebagainya, intinya adalah semua perkara di dunia ini terus berkembang, bukan hanya sekadar berubah. Apabila tidak ditanggapi dengan baik, orang-orang yang bertahan dengan dirinya dan masa lampaunya akan tertinggal di belakang.
Begitu juga dengan peranan kita dalam menanggapi perubahan sosial budaya dan lingkungan persekitaran kita. Sebuah ilustrasi yang sederhana, apabila seorang anak yang sedang beranjak ke alam dewasa dan besar, tetapi diperlakukan seperti anak kecil, maka itu akan merosakkan dirinya, orang tuanya dan keluarganya serta persekitarannya. Hasilnya akan melahirkan pemberontakan, perlawanan dan lain-lainnya. Hakikatnya memang perlakuannya harus berbeza dan unik. Oleh hal yang demikian itu perlunya pembelajaran tentang pengajaran terhadap anak remaja
Cuba kita imbas tentang Imam Syafi’i yang mengajarkan kita mengenai unsur perubahan dalam kehidupan, di mana beliau membuat Qaul Qadim ketika di Baghdad dan melahirkan Qaul Jadid ketika berpindah ke Mesir.
Oleh itu, perubahan itu adalah sesuatu perkara yang tidak boleh tidak, dan kita harus terus waspada dengan perubahan itu untuk dapat mempelajarinya dan mencari ilmu untuk menghadapi perubahan-perubahan tersebut.
Sedarlah bahawa hasil dari pembelajaran adalah perubahan. Inti dari belajar adalah adanya perubahan. Kita benar-benar dikatakan telah belajar jika telah menghasilkan perubahan dalam diri kita. Seseorang yang dari hari ke hari berada dalam kondisi yang sama sahaja, mereka itu adalah orang yang tidak pernah belajar.
Kita seharusnya belajar, dengan perubahan status yang kita miliki, dari seorang bujang menjadi berpasangan, seharusnya melahirkan perubahan bersikap dalam diri kita. Setelah mengikuti pelbagai latihan, seharusnya ada kesinambungan kerja yang berubah, dan ada keterampilan yang bercambah. Setelah tertempa ujian dalam kehidupan, seharusnya ada unsur religi yang meningkat. Dan seterusnya. Pembelajar sejati menjadikan perubahan ini bersifat positif, permanen dan berterusan.
Kita boleh mengevaluasi apakah kita telah benar-benar belajar atau belum dengan mengevaluasi seberapa besar perubahan yang ada dalam diri kita.
Ketahui bahawa proses pembelajaran terbaik adalah sebelum kita mengamalkannya di lapangan. Kadang-kadang akibat dari sedikitnya persiapan kita, proses pembelajaran terjadi ketika kita sedang berproses. Contohnya seperti kita baru belajar mengenai cara-cara memandu kereta, padahal kita sudah memiliki kereta, belajar mengenai hak dan kewajiban sebagai suami-isteri padahal kita sudah menikah, belajar mengenai kesihatan anak setelah anak lahir, dan lain sebagainya.
Tempat terbaik belajar adalah sebelum kita terjun atau terlibat secara langsung dalam suatu aktiviti. Imam Bukhari ada membuat sebuah bab khusus dalam kumpulan haditsnya dengan judul “Keutamaan Ilmu Sebelum Iman dan Amal”.
Tetapi walau bagaimanapun, masih termasuk dalam kategori wajar “belajar seiring dengan amalan” daripada "tidak belajar sama sekali”
Sesungguhnya, dunia ini hanya tempat belajar, ujian, dan amalan. Dan sesungguhnya akhirat adalah tempat kita memungut hasil dari segala yang kita pelajari, kita lulus dan segala amalan yang kita lakukan semasa di dunia. Sesungguhnya orientasi kehidupan kita seharusnya ditujukan pada tempat kembali kita kelak.
“Dan sesungguhnya orang yang paling cerdas adalah orang yang mempersiapakan untuk hari akhirnya”
No comments:
Post a Comment