CARA MENGHASILKAN JERUK DAUN ANGGURCara membuat jeruk daun-daun anggur sama dengan cara membuat jeruk daun-daun sutera. Secara ringkas seperti berikut:
1. Sediakan daun-daun anggur yang berumur antara 3 - 5 minggu. Basuh dengan bersih dan tuskan.
2. Susun daun-daun anggur seperti kita menyusun
3. Sediakan bekas untuk menjeruk. Sebaiknya bekas kaca yang terang dan ada penutup. Contoh, bekas nescafe yang telah kosong. Basuh dengan bersih dan tuskan.
4. Jerang air garam hingga mendidih. Padamkan api dan biarkan air hingga suam.
5. Masukkan daun-daun anggur yang telah disusun ke dalam bekas.
6. Masukkan air suam ke dalam bekas hingga daun-daun anggur hampir tenggelam.
7. Masukkan jus lemon ke dalam bekas yang berisi daun-daun anggur dan air suam hingga tenggelam daun-daun anggur. Kemudia, tutup rapat.
8. Simpan hingga seminggu. Sekarang, anda sudah boleh menggunakannya.
#Ni aku kutip dari Abdul Wahab Arbain blogspot. Cukup menarik kerana rumah aku ada pohon anggur ni. Kalu ada sapa-sapa nak anak anggur, aku boleh bagi free je.
- Ceritanya, ada kawe aku ambil batang anggur, dia buat benih, lepas tu dia jual kat pasar tani ,sepohon anak anggur paling murah RM20 - kalu hak molek sampai sepohon RM60. Aku bagi free, dia buat duit, basa kaki bisnes.
No comments:
Post a Comment