Wednesday, April 27, 2011
GURU DIDENDA RM2000 ???
Syok jugak baca berita nih. Guru didenda RM2,000 kerana cederakan guru besar. Guru ini telah menumbuk muka dan menyepak paha guru besarnya. Sepatutnya ditambah pula dengan 'flying kick' sama, baru ada umphh...dapatlah rasa penjara lama sikit.
Kalau guru ini bertindak sebegini, maksudnya kesabarannya telah habis angkara guru besar. Ini kerana ramai juga guru besar dan pengetua menjadi 'over' kerana jawatannya.
Seorang guru didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan mencederakan guru besar, empat tahun lalu.
Majistret Norazah Idris turut memerintah Norazman Abdul Wahab, 43, dari Jalan Datuk Kumbar di sini dipenjara empat bulan jika gagal membayar denda tersebut.
Mengikut pertuduhan, Norazman didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas Halim Saad, 52, dengan menumbuk muka dan menyepak pahanya di pejabat Sekolah Kebangsaan Gerigis Jalan Langgar di sini kira-kira pukul 8.30 pagi pada 20 Disember 2006.
Dia didakwa di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Guru-guru besar dan pengetua kena ingat juga, kerana guru-guru pun ramai yang sewel la ni. Ingat tu!!!
Ingat sebelum kena, berhemah di mana-mana.
Label:
d'kutip dr.ekele.net
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment