Thursday, December 8, 2011

Kemalangan Termahal

Kemalangan Termahal di Jalan Raya

http://l3.yimg.com/bt/api/res/1.2/URFkoq024FUODb8KuwwZtg--/YXBwaWQ9eW5ld3M7Zmk9aW5zZXQ7aD0zMDA7cT04NTt3PTIyOA--/http://media.zenfs.com/id_ID/News/Kapanlagi/0000380633.jpgOleh kerana egois atau ingin membuktikan kereta siapa yang paling cepat dan dan superior, barangkali hanya ini satu-satunya terjadi di jalan raya di Jepun. Kemalangan ini melibatkan kereta-kereta termahal dan termashyur di dunia. Peristiwa perlanggaran beruntun ini sekali imbas begitu menggelikan.
Kejadian kemalangan ini adalah salah satu tragedi kecelakaan supercar paling buruk dan paling mahal sepanjang masa ketika yang melibatkan 14 kereta mewah serentak, termasuk 8 Ferrari, 3 Mercedes-Benz, Lamborghini, Toyota Prius dan jenis Toyota lainnya di jalan tol Chugoku di Shimonoseki, barat daya Jepun, Ahad (4/11).
Dalam kemalangan tersebut  tidak ada korban jiwa dilaporkan dan kesepuluh pemandunya menderita  beberapa cedera ringan.
"Kecelakaan itu terjadi ketika pengemudi Ferrari merah beralih dari laluan kanan ke kiri dan tergelincir," ujar Mitsuyoshi Isejima, pegawai eksekutif keselamatan lalu lintas Yamaguchi, Jepun kepada Bloomberg News.
"Ini adalah gathering para narsisis," kata Isejima, yang menyatakan bawa pemandu yang terlibat insiden kemalangan berusia antara 37 hingga 60 tahun.
Saksi  yang berada di lokasi kejadian mengatakan kepada wartawan bahawa rombongan Ferrari, termasuk beberapa F360s dan Testarossa putih melaju kencang hingga di atas 140 - 160 km/jam (85 mph - 100 mph). Media tempatan memperkirakan bahawa jumlah keseluruhan kerugian supercar yang terlibat kemalangan nilainya mencapai sekitar 300 juta yen atau sekitar US$ 3.850,000 atau 2,850,000 euro.
"Aku belum pernah melihat hal seperti itu," kata letnan Eiichiro Kamitani, petugas peronda jalan raya kepada pejabat berita AFP. "Ferrari jarang bergerak dalam jumlah besar seperti itu," menutup ucapannya.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...