Wednesday, December 14, 2011

KONFLIK PAKISTAN DAN AMERIKA SYARIKAT BERTERUSAN.

Hubungan  antara Amerika Syarikat dan Pakistan bertambah memburuk, selepas kejadian  terkorbannya 24 tentera Pakistan akibat serangan udara Amerika Syarikat November lalu.

Kemarin, Islamabad telah memberi peringatan akan menembak jatuh setiap pesawat perisikan Amerika yang menyusup ke wilayah udara Pakistan, sebagai sebahagian daripada peraturan pertahanan yang baru.

Seorang pegawai  tentera senior Pakistan mengatakan kepada NBC News, bahawa setiap benda asing yang memasuki wilayahnya, termasuk pesawat tak berawak Amerika, akan dianggap sebagai musuh.

Setelah peristiwa serangan helikopter NATO terhadap sebuah pos pemeriksaan tentera yang mengorbankan 24 tentera Pakistan pada November lalu, Islamabad menutup penyeberangan perbatasan, dimana NATO biasanya menggunakan laluan tersebut untuk pengiriman bahan bakar dan perlengkapan lainnya bagi pasukan mereka di Afghanistan.

Pakistan juga akan lebih memperkuat pertahanan udara mereka di sepanjang perbatasan Afghanistan.

Tercatat paling kurang  pesawat tak berawak milik Amerika telah melakukan lebih dari 300 serangan di Pakistan sejak tahun 2004. Padahal pesawat-pesawat itu menggunakan landasan udara Shamsi di Pakistan. Namun, Amerika kini telah diusir dari pangkalan udara Shamsi, dan kemungkinan besar akan berpindah dan beroperasi dari basis di Afghanistan.
[muslimdaily.net]

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...