Wednesday, March 28, 2012

IKLAN : JAWATAN KOSONG

Permohonan Adalah Dipelawa Bagi Mengisi Kekosongan Jawatan :

MAKMUM SOLAH BERJEMAAH 5 WAKTU

Pendapatan Lumayan : 27 x ganda Pahala x 5 kali sehari

Jam Kerja                   : Lebih kurang 20 minit, 5 kali sehari

Elaun Perjalanan        : 1 langkah 1 pahala dan 1 langkah terhapus  
                                     1 dosa 


Bonus dan Dividen    : Diberi jika mengikuti khutbah Juma'at, kuliah
                                     Maghrib dan Subuh.


Kelayakan: 1. Islam
                   2. Baligh
                   3. Berakal
                   4. Perempuan dan lelaki
                   5. Tidak gila
                   6. Tidak uzur syar'ie

Tempat temuduga : Masjid atau Surau

Waktu Temuduga : Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib dan Isya'

Tarikh Temuduga : Sebelum mati / kiamat

Tarikh Tutup        : Mati / kiamat 


                        "SELAMAT BERAMAL IBADAT" 







Tuesday, March 27, 2012

LELAKI PALING ISTIMEWA IALAH...

MUHAMMAD BIN ABDULLAH BIN ABDUL MUTTALIB



Berikut ini petikan beberapa hadith yang menerangkan ciri-ciri fizikal insan yang kita telah banyak terhutang budi dengannya, insan yang kita cinta, insan yang kita kasih, insan yang kita ikut, iaitu Rasulullah SAW.



Hadith 1:
Jabir bin Samurah radhiAllahu `anhu berkata:
“Aku melihat Rasulullah pada suatu malam yang diterangi bulan purnama. Pada waktu itu, Baginda memakai pakaian berwarna merah. Aku memandang Baginda dan bulan silih berganti. Bagiku, Baginda lebih indah daripada bulan purnama” (HR at-Tirmidzi)
Hadith 2:
Anas bin Malik radhiAllahu `anhu berkata:
“Rasulullah bukanlah orang yang terlalu tinggi, namun bukan juga terlalu pendek, (kulitnya) tidak putih pucat juga tidak sawo matang, (rambutnya ikal) tidak terlalu kerinting dan tidak juga lurus. Baginda diutus oleh ALLAH menjadi Rasul pada usia empat puluh tahun. Baginda diwafatkan oleh ALLAH dalam usia enam puluh tahun, dalam keadaan tidak sampai 20 helai uban yang terdapat di kepala dan janggutnya.” (HR al-Bukhari, Muslim, at-Tirmidzi)
Hadith 3:
Anas bin Malik radhiAllahu `anhu berkata:
“Rasulullah adalah seorang yang mempunyai tubuh yang sedang, tidak tinggi dan tidak rendah, bentuk tubuhnya bagus. Rambutnya tidak kerinting dan tidak lurus. Warna kulit Baginda putih kemerahan. Jika berjalan, pergerakannya condong ke hadapan.” (HR al-Bukhari dan at-Tirmidzi)
Hadith 4:
Al-Bara’ bin `Azib radhiAllahu `anhu berkata:
“Rasulullah merupakan seorang lelaki yang bertubuh sederhana (tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah), jarak antara kedua-dua bahunya lebar (bahunya bidang). Rambut yang lebat terurai ke bahu sampai ke telinganya. Apabila Baginda memakai pakaian berwarna merah, aku tidak pernah melihat seorang pun yang lebih tampan daripadanya.” (HR at-Tirmidzi, al-Bukhari, Muslim, Abu Daud)
Hadith 5:
Al-Bara’ bin `Azib radhiAllahu `anhu berkata:
“Aku tidak pernah melihat orang yang memiliki rambut yang menyentuh sehingga bawah telinga (antara cuping telinga dan bahu), dengan memakai pakaian yang berwarna merah, yang lebih tampan daripada Rasulullah. Baginda memiliki rambut yang mencecah kedua-dua bahunya. Kedua-dua belah bahu Baginda bidang. Baginda bukanlah seorang yang rendah dan bukan juga tinggi.” (HR Muslim, Abu Dawud dan at-Tirmidzi)
Hadith 6:
Ali bin Abi Talib radhiAllahu `anhu berkata:
“Rasulullah tidak tinggi dan tidak rendah. Telapak tangan dan kakinya terasa tebal (dagingnya) namun lembut. Kepalanya besar, tulang sendi besar. Terdapat bulu yang jelas dari dada sehingga pusatnya. Apabila Baginda berjalan, pergerakannya condong ke hadapan seolah-olah sedang turun dari tempat yang tinggi. Tidak pernah aku lihat orang yang setanding dengan Baginda, samada sebelum (Baginda lahir) mahupun selepas (Baginda meninggal dunia)” (HR at-Tirmidzi)
Hadith 7:
Ali bin Abi Talib radhiAllahu `anhu bercerita tentang sifat Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam:
Rasulullah tidak terlalu tinggi dan tidak juga terlalu pendek. Baginda bertubuh sederhana dalam kalangan kaumnya. Rambutnya tidak kerinting bergulung dan tidak juga lurus kaku, melainkan ikal beralun. Badannya tidak gemuk, bentuk wajahnya tidak bulat, tetapi bujur telur.
Kulitnya putih kemerah-merahan. Matanya hitam pekat dan bulu matanya lentik. Tulang sendinya gagah, bahunya bidang. Badannya bersih daripada bulu dan rambut, tetapi mempunyai bulu yang memanjang dari dada sampai pusat. Telapak tangan dan kakinya terasa tebal.
Apabila Rasulullah berjalan, pergerakannya kelihatan tegap (kakinya diangkat dengan kekuatan), seolah-olah Baginda sedang turun dari tempat yang tinggi. Apabila Baginda berpaling, kedua-dua bahunya berpaling serentak (seluruh badannya turut berpaling). Di antara kedua-dua bahunya, terdapat khatamun-nubuwwah, iaitu tanda kenabian nabi. Rasulullah merupakan seorang manusia yang hatinya paling pemurah. Baginda adalah orang yang kata-katanya paling jujur.
Manusia yang perangainya paling lembut dan paling ramah dalam pergaulan. Sesiapa yang melihatnya buat kali pertama, pasti akan menaruh rasa hormat dan segan kepadanya. Sesiapa yang berkenalan dengan Baginda tentu nanti akan mencintainya. Orang yang menceritakan sifat Rasulullah, tentunya akan berkata “Belum pernah aku melihat seseorang yang setanding dengannya, samada sebelum kelahirannya ataupun sesudah Baginda meninggal dunia.” (HR at-Tirmidzi)
Hadith 8:
Hasan bin Ali berkata, “Aku pernah bertanya mengenai sifat Rasulullah kepada pakcikku yang bernama Hind bin Abu Halah (yang memiliki nama samaran Abu `Abdullah). Hind bin Abu Halah adalah orang yang banyak mengetahui sifat Rasulullah. Aku sangat berharap Hind dapat menceritakan beberapa sifat Rasulullah kerana aku mahu mencontohi Baginda. Inilah yang dikisahkan oleh Hind:
“Rasulullah adalah seorang lelaki yang berwibawa. Wajahnya cerah berseri bagaikan rembulan yang bersinar pada malam hari. Baginda lebih tinggi daripada orang yang sederhana dan lebih rendah daripada orang yang tinggi. Kepalanya besar (padan dengan dadanya yang bidang dan tubuhnya gagah).
Rambutnya beralun. Apabila rambut bahagian depannya terurai, Baginda membuat belahan dua. Jika tidak membelah dua, hujung rambutnya dibiarkan sampai cuping telinga, namun tidak melepasi had itu. Rasulullah menjadikan rambutnya sebagai wafroh (rambut tidak lebih telinga). Warna kulitnya putih kemerah-merahan.
Dahinya luas. Keningnya panjang melengkung bagaikan dua busur panah yang terpisah. Di antara kedua-dua keningnya, ada urat yang kelihatan memerah ketika sedang marah. Hidung Rasulullah mancung, di hujung hidungnya ada cahaya yang memancar, sehinggakan orang yang melihatnya betul-betul, akan menyangka hidung Baginda lebih mancung (daripada yang sebenarnya).
Janggutnya tebal, kedua-dua pipinya mulus, mulutnya lebar. Giginya agak jarang, namun teratur rapi. Bulu dadanya halus. Lehernya indah, tegak dan kuat.
Bentuk tubuhnya sederhana, badannya berisi seimbang, perut dan dadanya sama rata. Dadanya lebar, kedua-dua bahunya bidang dan tulang sendinya besar. bahagian badannya yang tidak ditumbuhi rambut kelihatan bersih bercahaya.
Dari pangkal leher sampai pusat, bulu yang tebal tumbuh seperti garisan. Kedua-dua puting susu dan perutnya bersih. Kedua-dua bahu dan dada bahagian atas berbulu halus.
Kedua-dua ruas tulang tangannya panjang, telapak kakinya lebar. Kedua-dua telapak tangan dan kakinya terasa tebal, jari-jarinya panjang, lekukan telapak kakinya (bahagian tengah) tidak menyentuh tanah. Kedua-dua kakinya halus sehingga air tidak melekat di kulit kakinya.
Apabila Rasulullah berjalan, kakinya diangkat dengan kesungguhan. Baginda melangkah dengan mantap dan berjalan dengan tenang dan tawadhu`. Jika Baginda berjalan, pergerakannya cepat seolah-olah Baginda sedang turun dari tempat yang tinggi. Apabila dipanggil, Baginda akan memalingkan kedua-dua bahunya serentak.
Pandangan matanya terarah ke bawah. Baginda menundukkan kepala menatap ke arah bumi lebih lama daripada memandang ke langit.
Apabila ada sahabat berjalan, Rasulullah akan berjalan di belakangnya. Apabila bertemu dengan orang lain, Baginda yang akan terlebih dahulu memberi salam.” (HR at-Tirmidzi)
Itulah antara beberapa hadith yang dimuatkan di dalam Syama’il Muhammadiah berkenaan rupa bentuk fizikal Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam. Nombor-nombor hadith yang dinyatakan di atas tidak mengikut susunan seperti dalam kitab tersebut.

Sumber: http://muzir.wordpress.com/

Ada Akaun PayPal ?

BUY  AND  SELL  ONLINE
 Akaun PayPal

Assalamualaikum, salam sejahtera.. Tahu tak apa itu Paypal dan kenapa ramai orang cakap kita perlu ada akaun PayPal? Untuk pengetahuan semua, PayPal boleh diumpamakan sebagai sebuah “bank online” dalam rangkaian internet. PayPal banyak digunakan untuk membuat pembayaran dan penerimaan wang secara online di mana-mana sahaja di seluruh dunia. Kini PayPal menjadi sistem pembayaran online yang terkenal dan terbesar di dunia.
"PayPal is the safer, easier way to pay and get paid online. The service allows anyone to pay in any way they prefer, including through credit cards, bank accounts, PayPal Smart Connect or account balances, without sharing financial information."
Aku rasa setiap blogger atau pengguna internet mesti ada akaun Paypal. Memudahkan kita menjual dan membeli belah secara online. Kadang-kadang aku tengok sesetengah barang lebih murah dijual di kedai-kedai online luar negara. Aku pernah beli wallet berharga $10 (RM30) dari US. Di pasaran Malaysia jenis wallet yang sama aku tengok harganya lebih kurang RM50 hingga RM60. Kenapa perlu bayar lebih?
Bagi blogger pula, ramai yang cakap domain dan hosting di Malaysia ni mahal. Tak mampu nak bayar. Dah tu, cari la domain dan hosting dengan syarikat luar negara. Ada yang jual dengan harga yang jauh lebih murah. Kenapa perlu bayar lebih? Untuk bayar boleh guna akaun Paypal sebab syarikat luar negara majoritinya ada sediakan sistem pembayaran melalui PayPal.

Cara Buat Akaun PayPal

Langkah pertama, buka laman web PayPal dan tekan pada link “Sign Up”. Kemudian korang akan dibawa ke satu halaman yang memaparkan antaramuka seperti berikut:
Daftar akaun PayPal
Di sini korang perlu buat pilihan jenis akaun PayPal yang sesuai dengan korang. Setiap jenis akaun ada perbezaannya. Tapi aku recommend daftar akaun PayPal jenis “Premier” untuk rasa lebih best. Yang mana dah ada akaun Personal tu boleh upgrade bila-bila masa.
  • Personal – Untuk membeli belah secara online.
  • Premier – Untuk perniagaan secara perseorangan yang melibatkan urusan menjual dan membeli secara online.
  • Business – Untuk perniagaan besar yang melibatkan syarikat.
Kemudian korang boleh teruskan langkah-langkah pendaftaran dengan mengisi borang. Isi borang selengkapnya dengan maklumat-maklumat yang diminta. Bila tiba di langkah yang memerlukan korang buat pengesahan akaun menggunakan kad kredit/kad debit, korang boleh skip proses tu (boleh buat lain kali) dan terus ke dasboard akaun PayPal yang dah siap register.

Cara Verify Akaun PayPal

Bagi akaun yang belum buat pengesahan, perkataan “Unverified” akan terpapar di bahagian status akaun. Bagi akaun yang dah buat pengesahan dengan kad kredit/kad debit ianya akan dipaparkan status “Verified”.

Untuk verify akaun PayPal, korang perlu ada kad kredit atau paling busuk pun kad debit. Ada akaun Maybank? Kalau ada tapi masih guna kad Maybank yang biasa, boleh upgrade kad Maybank korang tu jadi kad debit. Kemudian verify PayPal dengan kad debit Maybank.
Bila dah ada akaun PayPal yang dah verified, bolehlah korang shopping online sesuka hati. Untuk mereka yang guna bank selain Maybank aku tak berapa pasti macam mana cara untuk verify PayPal sebab dulu aku guna kad debit Maybank je. Tapi rasanya kad debit bank lain pun dah boleh guna untuk verify akaun PayPal. Try Google dulu. Apa-apa masalah boleh tanya di bahagian komen ye.


Artikel asal - http://anarm.net/blog.

Monday, March 26, 2012

BILA KEPALA DAH TERSUMBAT, HASILNYA...

Semasa peperiksaan sedang berlangsung, segala-galanya boleh berlaku. Bagi calon yang 'habis' sifat kerajinanannya, maka terjadilah bermacam-macam perkara - soalan suruh buat lain, si dio ni buat cerita lain. Ini kes 'otak sumbat' - baca terlebih sikit takut terlajak pandai.
Ini BUKAN kes pandai melukis, TAPI bila otak sumbat - lena adalah jalan terbaik baginya.
Yang ini pulak, kes terlebih sayang kat cigu, so cigu sumber inspirasi.
Ini adalah antara gambar kandid yang gue ambil saat peperiksaan sedang berlansung. Rasa-rasanya kalau ex pelajar Pra U SMKAL, tentu mereka kenal gambar sapa hok calon ni lukis. Sebenarnya, calon ni sedang menjawab soalan Bahasa Melayu kertas 2. Masa untuk menjawab kertas ini - 3jam.
GANAZZZ... SEMPAT MELUKIS LAGI...UH..UH...

CATATAN 3 JAM PERJALANAN

Ini adalah catatan perjalanan dari Tanah Merah ke Kok Lanas, Machang yang mengambil masa sekitar 3 jam. Peristiwa berlaku antara 2.30 petang hingga 5.30 petang, Sabtu (17/3/2012). Jarak yang pendek, tetapi mengambil masa yang panjang. 'Jem' habis. Gue ngantar anak ke Tahfiz Pulau Condong dan Tahfiz Sains Kok Lanas. Dalam perjalanan pergi dan balik, gue terperangkap dalam kesesakan teruk di kedua-dua belah lorong -bermula dari  trafik light Batu Hitam, Tanah Merah hingga ke Jejantas di Machang. Perkara biasa berlaku di musim cuti dan buka sekolah. Bertambah-tambah jika ada kemalangan jalan raya. Hal yang paling jelas, lebuh raya yang semmmmput.

Ni, kat Maahad Tahfiz Pulau Condong

 Ni , kat Maahad Tahfiz Sains Kok Lanas

 Ni pulak, kes korner tak lepas. Tidak berhati-hati membawa padah.

Tuesday, March 20, 2012

SUBHANALLAH - TIADA KATA UNTUK DIUANGKAPKAN.


  SEANDAINYA orang cacat seperti itu mampu melakukan sesuatu bagaimana dengan kita yang lengkap anggotanya.

-BEGITULAH...Inilah dikatakan, Hendak seribu daya, tak hendak seribu cerita.
 

Saturday, March 17, 2012

BILAKAH IZRAIL MEMULAKAN TUAGASNYA ?


https://encrypted-tbn1.google.com/images?q=tbn:ANd9GcQ2ajl6BfOBO3L2Z9zXIeyd80l2tn_Yzc1DPsC2lZ7hm9DkDSMm 

Penciptaan  Izrail
Izrail, salah satu nama malaikat yang diketahui umat Islam. Tugasnya sudah tentu mencabut nyawa selain beribadah kepada Allah, tuhan semesta alam. Mungkin ramai yang tertanya bagaimanakah Izrail mampu mencabut nyawa makhluk yang terlalu banyak di muka bumi Allah ini bukan? Ya, dia mampu mengambil nyawa kerana kekuasaan untuk mencabut nyawa yang telah Allah berikan padanya sama banyak dengan makhluk yang Allah ciptakan.
Dikisahkan, ketika Allah mencipta Al-Maut (kematian) dan menyerahkan kepada Izrail, maka berkata malaikat Izrail, “Wahai Tuhanku, apakah Al-Maut itu?”. Maka Allah menyingkap rahsia Al-Maut itu dan memerintah seluruh malaikat menyaksikannya. Setelah seluruh malaikat menyaksikannya Al-Maut itu, maka tersungkurlah semuanya dalam keadaan pengsan selama seribu tahun. Setelah para malaikat sedar kembali, bertanyalah mereka, “Ya Tuhan kami, adakah makhluk yang lebih besar dari ini?” Kemudian Allah SWT berfirman: “Akulah yang menciptakannya dan Akulah yang lebih agung daripadanya. Seluruh makhluk akan merasakan Al-Maut itu”.
Kemudian Allah memerintahkan Izrail mengambil Al-Maut. Walau bagaimanapun, Izrail khuatir jika tidak terdaya untuk mengambilnya sedangkan Al-Maut lebih agung daripadanya. Kemudian Allah memberikannya kekuatan, sehinggalah Al-Maut itu menetap di tangannya. Malaikat Izrail diberi kemampuan yang luar biasa oleh Allah hingga barat dan timur dapat dijangkau dengan mudah olehnya.

https://encrypted-tbn1.google.com/images?q=tbn:ANd9GcTtmgmQJ9j4Qd3iOhYt9nxD_v-rHHiut-3_iAShZAq1ezyWSAN8 

Tanda-tanda kematian seseorang
100 hari sebelum kematian:
Ini adalah tanda pertama dari Allah kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.
40 hari sebelum kematian:
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arasy Allah. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih akan merasakan seakan-akan bingung seketika.
7 hari sebelum kematian:
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba- tiba ianya berselera untuk makan.
3 hari sebelum kematian:
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di antara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
1 hari sebelum kematian:
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.
Tanda akhir sebelum kematian:
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Apabila Izrail mencabut nyawa

Baginda Rasullullah S.A.W bersabda, “Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai ke lutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu.”
Sambung Rasullullah S.A.W. lagi, “Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail akan menebarkan sayapnya yang disebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada disekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail. Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail akan menebarkan sayap disebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang disekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya”.
Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata:
“Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah”.
Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada Allah dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu. Lalu Allah berfirman yang bermaksud:
“Wahai malaikat maut, kamu cabutlah rohnya dari arah lain”.
Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan:
“Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan”.
Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata:
“Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu”.
Apabila gagal malaikat maut, mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata:
“Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir”.
Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata:
“Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah”.
Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah. Kemudian Allah berfirman yang bermaksud:
“Wahai malaikatKu, tulis Asma-Ku ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu”.
Sebaik saja mendapat perintah Allah maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma Allah. Setelah melihat Asma Allah dan terbitnya rasa cintanya kepada Allah maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.

Tempat tinggal roh
Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A: “Roh itu menuju ketujuh tempat”:
1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam Neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya sampai hari Kiamat.
Telah bersabda Rasullullah S.A.W: “Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya”:
1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah. 


sumber:syahirul.com


Friday, March 16, 2012

IBU KUNCINYA IALAH...



IBU SEGALA KUNCI



~Semuanya sudah ada di tangan.
~Anda hanya perlu membukanya... dan anda akan lihat sinarnya yang cukup mengasyikkan.




  • Kunci kemuliaan adalah taat kepada Allah dan rasulnya

  • Kunci rezeki adalah berusaha disertai istighfar dan ketakwaan

  • Kunci syurga adalah mengesakan Allah swt (Tauhid)

  • Kunci iman adalah merenungkan ayat-ayat allah dan tanda-tanda kebesaran yang ada pada makhluk-makhluknya.

  • Kunci kebaikan adalah kejujuran

  • Kunci kehidupan hati adalah merenungkan Al-Quran, berdoa di malam hari dan meninggalkan perbuatan dosa

  • Kunci ilmu pengetahuan ialah tidak malu bertanya dan mendengar dengan baik

  • Kunci kemenangan dan kejayaan adalah sabar

  • Kunci kebahagiaan adalah Taqwa

  • Kunci bertambahnya nikmat adalah bersyukur

  • Kunci mencintai akhirat adalah zuhud terhadap duniawi

  • Kunci agar permintaan diqabulkan oleh Allah adalah berdoa...
  • Thursday, March 15, 2012

    HANYA UNTUK SESUAP NASI


    Berkorban apa sahaja,
    Hatta ataupun nyawa,
    Inilah tandanya kita,
    Susahnya mencari harta.

    http://a1.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc7/425222_247547538673359_100002543449286_522578_1135185861_n.jpg

    Saturday, March 10, 2012

    CABLE HDMI (High-Definition Multimedia Interface)


    Apa Itu Kabel HDMI ?

    Kabel HDMI (High-Definition Multimedia Interface) berguna untuk menyampaikan data audio dan video secara digital, sesuai untuk  layar berkualiti  HD (High-Definition). Keunggulan HDMI dari kabel Component / RCA, adalah kualiti tinggi pada hasil konversi audio dan video yang melalui kabel HDMI tersebut. Selain itu HDMI juga hanya menggunakan satu port, sedang pada kabel Component memerlukan tiga port untuk mengkonversikan audio dan video.
    Perkembangan Kabel HDMI Image
    HDMI memiliki beberapa versi kabelnya, iaitu:
    • HDMI 1.0, muncul pada Disember 2002, dengan bit rate maksimum 4.9Gbps. Boleh melakukan pemutaran video hingga 165 Mp/sec.
    • HDMI 1.1, dikeluarkan Mei 2004, feature sama dengan 1.0 hanya menambahkan sistem perlindungan pada Audio DVD.
    • HDMI 1.2, sekitar Ogos 2005.
    • HDMI 1.3,  muncul pada 22 Jun 2006, dengan kualiti resolusi gambar yang bagus kerana bandwith yang digunakan lebih tinggi.
    • HDMI 1.3a, dilancarkan pada 10 November 2006, sama dengan versi 1.3 hanya perbaikan pada kualiti suara(audio).
    Perkembangan Kabel HDMI Image
    HDMI 1.3a telah mendukung output audio dari Dolby TrueHD dan DTS-HD Master Audio, yang merupakan format codec audio pada DVD HD dan Blu-ray Disc. Dengan menggunakan HDMI 1.3a, anda akan merasakan sensasi audio yang jernih dari DVD HD dan Blu-ray Disc. Resolusi display mencapai maksima 1440p untuk ditampilkan pada layar lebar (Wide).
    Kabel HDMI memiliki beberapa jenis/bentuk, bergantung dari hardware atau gadget yang digunakan. Untuk HDMI Micro kebanyakan digunakan pada Handycam HD dan Smartphone, sedangkan HDMI Mini umumnya terdapat pada Tablet PC dan beberapa gadget portable lain.
    Perkembangan Kabel HDMI Image
    Seiring kemajuan teknologi, kini telah hebat filem yang berkualiti 3D. Perusahaan-perusahaan besar LCD pun kini telah mengeluarkan type TV LCD yang mendukung 3D. Untuk mengejar kehebatan ini, hadir HDMI versi 1.4 yang mendukung gambar berkualiti 3D. Pada siri 1.4 juga sangat mendukung “extremely high HD resolutions”, untuk menampilkan filem dengan resolusi sama seperti yang diterapkan pada Pawagam Cinema.
    Dukungan resolusi 4K x 2K oleh HDMI versi 1.4, secara efektif merupakan 4x pixel yang sempurna dari  1080p yang ada kini. Warna yang dihasilkan sangat tepat, kerana mendukung SYCC601, Adobe RGB, dan Adobe YCC601 saat anda melihat foto pada Televisi Digital.
    Perkembangan Kabel HDMI Image
    Kelebihan lain dari HDMI versi 1.4 adalah terdapat saluran Ethernet yang memungkinkan untuk mengirim dan menerima data dengan kecepatan Ethernet (+ 100Mbps), hingga tidak diperlukan lagi kabel LAN/Ethernet secara terpisah.
    Selain tingkatan versi HDMI yang membezakan kualiti  video – audionya, bahan dan panjang kabel juga mempengaruhi kualiti yang dihasilkan dari kabel HDMI.
    Secara amnya, kabel HDMI dengan bahan yang tebal dan padat memiliki kualiti yang lebih baik.


    ~semuga berguna...

    Blip.Me, Ubah Android dan iPhone Jadi Walkie-Talkie Virtual Percuma  

    Anda pengguna  Android/iPhone? Apakah Anda ingin mengubahnya menjadi walkie-talkie? Kalau begitu, gunakan saja aplikasi Blip.Me. Sebabnya dengan aplikasi ini,  Android ataupun iOS yang Anda gunakan, sekejap bakal bertukar menjadi Walkie-Talkie virtual yang mampu menumpahkan segala kerinduan Anda berkomunikasi dengan siapapun yang Anda kehendaki seperti menggunakan Walkie-Talkie biasa pada umumnya.
    Blip.Me, Ubah Android dan iPhone Jadi Walkie Talkie Virtual Gratis
 Image
    Dengan kata lain, Blip.Me adalah aplikasi percuma yang menyenangkan, yang dapat menjadikan Android atau iOS Anda menjadi walkie-talkie virtual. Dan dengan aplikasi ini, Anda juga boleh mengirimi  mesej suara ke seseorang yang tidak memiliki  Android/iPhone ataupun bahkan yang tidak memiliki aplikasi Blip.Me sekalipun. Selain itu, juga memungkinkan Anda untuk mengirim  mesej suara dengan menggunakan data plan Anda yang tidak memakan banyak ruang pada memori internal smartphone Anda.
    Selamat mencuba...





    Wednesday, March 7, 2012

    TAHNIAH PELAJAR STPM SMK AYER LANAS 2011.

    ~Hasil jerih-perih belajar pada tahun 2010/2011 telah membuahkan hasil yang lumayan. Tiada kata-kata yang paling indah, selain sekuntum senyuman tanda kepuasan yang teramat sangat. Kejayaan memperoleh
    5 A, sesuatu yang cukup membanggakan bukan sahaja diri sendiri, tetapi juga bagi semua guru tingkatan 6.
        
    SMK Ayer Lanas, sekali lagi berjaya melahirkan pelajar STPM yang mendapat 5A, 4A, 3A dalam semua subjek. Hal ini demikian, kerana kerja keras para pelajar dan guru dalam menterjemahkan SMKAL juara sokmo.

    ANALISA KEPUTUSAN STPM 2011 SMKAL
    Pelajar SMK Ayer Lanas yang mengambil STPM pada tahun 2011 seramai 131 orang. Dari jumlah tersebut  seorang mendapat 5A, 2 orang mendapat 4A + 1B , 4 orang mendapat 3A + 2B dan 1 orang mendapat 3A + 1B + 1C. Peratus kelulusan keseluruhan adalah 96.18%.

    Pencapaian STPM 2011 SMK Ayer Lanas berdasarkan matapelajaran secara kasarnya adalah seperti berikut:

    ~ Pengajian Am                68.9 %
         
    ~Bahasa Melayu                90.2 %      (Gue punye bersama Pak Him, Matahir, Ela Yob, & Lah german)

    ~Sejarah                             67.4 %     

    ~Ekonomi                          63.5 %      

    ~Geografi                          73. 07 %    

    ~Pengajian Perniagaan      34.0 %       

    ~Kesusasteraan Melayu     6.7 %         

    ~Pendidikan Seni Visual   51..6 %      

     Thank, cikgu... berjaya aku dapat 5A.
     ....puas...
     Lah German...stress...oh..no..
    ....masing-masing sibuk....
    .





    PERHIMPUNAN YANG MAHA HEBAT.

    HURA-HARA YANG MAHA DAHSYAT
        
    Apabila semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya,
    lalu mereka tinggal dalam gelap gelumap.
    Berlakulah huru-hara yang teramat dahsyat:
    ~ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.
    ~ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala . Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya dihari Kiamat, PASTI seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.
    ~ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kautsar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar sebulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.
    ~ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali:

    7 Golongan Yang Mendapat Teduhan Arasy.
    ⅰ- Pemimpin yang adil.

    ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

    ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.

    ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

    ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata:
          “Aku takut pada Allah”.

    ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

    ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya
           kerana takutkanNya

    Arasy Allah.
    
    ~ Oleh kerana tersangat lama menunggu di Padang Mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.
    ~ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.
    ~ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8  malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba di bumi.
    ~ ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.
    ~  Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

    Timbangan Amal.
    ~ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.
    ~ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.
    ~ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.
    ~ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.
    ~ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.
    ~ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.
    ~ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.
    ~ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.
    ~ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

    Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :
    (ⅰ)- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
    (ⅱ)- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
    (ⅲ)- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
                 (Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

    ~ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

    Titian  Sirat.
    ~ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi titian sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.
    ~ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.
    ~  Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

    Pesanan Muktamat.
    Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
      Sedekah/amal jariahnya.
       Doa anak²nya yang soleh.
       Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

    sumber daripada : Amar Sufi/
    Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

    Tuesday, March 6, 2012

    GAMBARAN KIAMAT DAN PADANG MASHYAR

    KIAMAT PASTI DATANG!!!

    ~ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.
    ~ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.
    ~ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.
    ~ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.
    ~ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.
    ~ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

    ANTARANYA, TERMASUK 10 GOLONGAN MANUSIA BERIKUT:

    1.    Mereka diusir berupa kera. Mereka adalah manusia yang suka mengadudomba.

    2.   Mereka diusir berupa babi. Mereka adalah manusia yang suka memakan barang yang haram.

    3.  Mereka dihalau dalam keadaan terbalik kaki di atas dan kepala di bawah. Mereka adalah dari  golongan yang suka berdusta.

    4.  Mereka dihalau dalam keadaan bisu dan pekak serta tidak berakal. Mereka adalah dari golongan yang riak bangga diri dan sombong.

    5.   Mereka dihalau dalam keadaan mengunyah lidah sendiri sedang lidahnya itu menjulur ke bawah sampai ke dadanya dan dari mulutnya keluar nanah yang menjijikkan. Mereka adalah ahli pidato yang ucapannya berlainan dengan perilakunya.

    6.   Mereka dihalau dalam keadaan tersalib di pohon kurma dari neraka. Mereka adalah manusia yang berusaha mengajak orang ramai untuk menyokong pemimpin yang tidak jujur.

    7.  Mereka dihalau dalam keadaan terpotong tangan dan kakinya. Mereka adalah orang-orang yang mengganggu jiran-jiran.

    8.  Mereka dihalau dalam keadaan buta. Mereka adalah dari golongan yang curang dalam menetapkan hukum.

    9.  Mereka dihalau dalam keadaan busuknya lebih busuk daripada bau bangkai. Mereka adalah orang yang gemar melepaskan nafsu syahwat dan menolak perkara wajib seperti zakat, puasa, solat, ... tidak menjalankan kerja dakwah dan sebagainya.

    10.   Mereka dikumpulkan dalam keadaan memakai pakaian besi yang panas. Mereka ini adalah manusia yg syirik kepada Allah swt.


    ......bersambung.....


    Monday, March 5, 2012

    SUSUK DARI PERSPEKTIF ISLAM

    Pakailah pakaian yang sunnah iaitu pakaian yang tidak melewati mata kaki, sekalipun orang-orang sekitar kita menganggap kita aneh, kerana itulah sunnatullah bagi para penegak sunnah; mereka akan dicemooh, dianggap asing, dijauhi. Namun bersabarlah diatas sunnah, nescaya Anda termasuk dalam sabda Nabi Shalallaahu ‘alaihi wasallam : “Islam ini awal kali munculnya dalam keadaan asing, dan akan kembali asing sebagaimana awal munculnya. Maka beruntunglah orang-orang yang asing.” (HR. Muslim)



    SUSUK ialah memasukkan sesuatu benda ke dalam tubuh dengan cara tertentu untuk tujuan tertentu. Biasanya susuk dipasang untuk tujuan kecantikan, kekuatan, awet muda dan penunduk. Pemakaian susuk biasanya melibatkan campur tangan jin yang dipuja bagi menjaga kawasan anggota yang dipakai susuk, Susuk dipakai pada muka bagi tujuan tarikan kecantikan pada pinggang, betis, alat-alat sulit bagi tujuan kecantikan.

    Ianya dipasang oleh bomoh-bomoh tertentu menggunakan alat-alat yang tertentu. Biasanya sebelum memasukkan susuk, bomoh-bomoh akan melakukan pemujaan-pemujaan terhadap jin. Susuk yang dimasukkan ke dalam tubuh itu biasanya terdiri daripada logam seperti perak, berlian, besi, suasa, tembaga dan sebagainya.

    Orang yang memakai susuk akan memiliki wajah yang cantik yang luar biasa, kekuatan yang luar biasa dan umur yang sentiasa muda.

    Pemakaian susuk amat seksa dan menyakitkan pemakai ketika ianya dipakai dan selepas dipakaikan berminggu-minggu lamanya si pemakai bekurung di dalam rumah akibat kesan daripada pemakaian itu seperti mengalami bengkak-bengkak, gatal-gatal dan sebagainya.

    Setiap susuk yang di pasang biasanya dikenakan bayaran tertentu dan harga bayarannya boleh mencecah ke puluhan ribu ringgit.

    Semakin lama umur susuk di dalam badan seseorang semakin kuat pemakainya, semakin tua si pemakainya maka semakin cantik wajahnya dan semakin kuat kudratnya.
    Keanggunan wajah orang yang memakai susuk ini sungguh menakjubkan serta kejelitaannya boleh memukau sesiapa sahaja yang melihat wajahnya.

    Amalan memakai susuk ini diamalkan oleh orang-orang jahiliah dan sejarah susuk ini bermula dari zaman Firaun di mana seorang tua yang berumur ratusan tahun kelihatan muda seperti umur belasan tahun kerana susuk yang dipakainya.


    SUSUK & SIHIR DARI PERSPEKTIF ISLAM
    Pemakaian susuk,biasanya melibatkan ilmu sihir. Susuk juga dipakai di tempat tertentu seperti muka, badan, malah kemaluan dan jika ada yang mendakwa menggunakan ayat al-Quran, jelas bertentangan dengan Islam. Melihat kepada apa yang didakwa (menggunakan ayat al-Quran), ia sama seperti bomoh melakukan jampi tetapi mendakwa menggunakan ayat al-Quran.

    Tentang pembelajaran ilmu sihir, al-Quran mengatakan:-

    "Mereka belajar suatu ilmu yang membahayakan diri mereka sendiri dan tidak bermanfaat buat mereka." (al-Baqarah: 102)

    Rasulullah s.a.w. menilai sihir sebagai salah satu daripada dosa besar yang boleh menghancurkan sesuatu bangsa, dan dapat merendahkan derajat pelakunya di dunia ini lagi. Justeru itu Nabi bersabda:-

    "Jauhilah tujuh perkara besar yang merosak. Para sahabat bertanya: Apakah tujuh perkara itu, ya Rasulullah? Jawab Nabi, iaitu:
    1) menyekutukan Allah;
    2) sihir;
    3) membunuh jiwa yang diharamkan oleh Allah SWT kecuali kerana hak;
    4) makan harta riba;
    5) makan harta anak yatim,
    6) lari dari peperangan;
    7) menuduh perempuan-perempuan baik yang beriman dan terjaga."
    -(Riwayat Bukhari dan Muslim)

    Sebahagian ahli fiqh menganggap, sihir itu bererti kufur, atau membawa kepada kufur. Sementara ada juga yang berpendapat; ahli sihir itu wajib dibunuh demi melindungi masyarakat dari bahaya sihir.

    Al-Quran juga telah mengajar kita supaya kita suka berlindung diri kepada Allah dari kejahatan tukang sihir, yaitu firmanNya:

    "(Dan aku berlindung diri) dari kejahatan tukang meniup simpul." (al-Falaq: 4)

    Peniup simpul salah satu cara dan ciri yang dilakukan ahli-ahli sihir. Dalam salah satu hadis dikatakan:-

    "Barangsiapa meniup simpul, maka sungguh ia telah menyihir, dan barangsiapa menyihir maka sungguh dia telah berbuat syirik." (Riwayat Thabarani dengan dua sanad; salah satu rawi-rawinya adalah thiqah).

    Susuk ini ada persamaannya dengan peniup simpul ini, iaitu dijampi susuk itu dan kemudiannya di masukkan ke dalam tubuh.

    Jelas, bahawa pemakaian susuk amat mampu mempengaruhi seseorang itu agar mempercayai adanya kuasa lain selain kuasa Allah. Ini juga telah diharamkan melalui hadith-hadith yang sohih sebagaimana pengharaman kepercayan kepada tangkal dan menggantungnya.

    Pemakai susuk akan mula percaya dan seterusnya bergantung kepada susuk digunakan dalam kehidupan hariannya. Ketika itu, jelas mereka dalam keadaan syirik dan menanggung dosa besar.

    Islam tidak menghalang umatnya kelihatan cantik, malah menggalakkan umatnya menghias diri, namun ia perlu mengikut cara dibenarkan dan tidak membabitkan perbuatan syirik seperti memakai susuk mahupun pembedahan plastik dan botox.

    KESIMPULANNYA

    Botox atau pembedahan plastik yang dibenarkan ialah jika tidak dilakukan akan mendatangkan mudarat kesihatan kepada individu, mengembalikan kecacatan kepada bentuk kejadian manusia normal. Manakala susuk tidak dibenarkan sama sekali.

    Tujuan yang tidak dibenarkan adalah untuk kelihatan lebih cantik dari apa yang dianugerahkan, pembedahan mendatangkan lebih bahaya dan memudaratkan.

    Syarat pembedahan kosmetik dibenarkan Islam: memiliki keperluan tidak bercanggah syariat untuk melakukan pembedahan; untuk tujuan kesihatan semata-mata dan tiada niat lain; mesti diakui doktor Islam dan pakar dalam bidang itu; doktor yakin pembedahan boleh berjaya dilakukan tanpa risiko bahaya dan mudarat; mendapat persetujuan pesakit dan wali.

    Peraturan umum kecantikan Islam: tidak mengubah ciptaan Allah; tidak memudaratkan diri seperti kesakitan pada tubuh atau bertambah beban kewangan; tiada unsur penipuan atau untuk membanggakan diri; tidak membazir; tiada unsur najis; tidak menyerupai jantina berlainan; tidak menyerupai orang kafir dan fasik; wanita hanya berhias untuk suami dan mahramnya sahaja.

    WOOOOOWWWWW...JANGAN SAMAN.

    Tolong cek, jangan...
    Blah....blah....blah....


    TRANFORMASI UNTUK PELAJAR TINGKATAN 6 2012/2013/

    Kurikulum Baharu Tingkatan 6 Sesi 2012/2013

    Untuk maklumat, pada 4 Januari 2012 yang lalu, jemaah menteri dalam mesyuaratnya telah meluluskan Kurikulum Baharu Tingkatan 6 yang  melibatkan perubahan Sistem Pentaksiran STPM. Hal ini merupakan satu inovasi dalam kurikulum dan sistem pentaksiran STPM. Pelaksanaannya akan bermula pada penggal kedua nanti iaitu untuk pelajar-pelajar Tingkatan 6 Rendah sesi 2012. Kurikulum baharu ini merupakan antara transformasi pendidikan yang dilakukan oleh kerajaan. Hal ini bersesuaian dengan keperluan pelajar-pelajar Tingkatan 6 yang lebih matang kerana mereka akan melangkahkan kaki ke universiti. Jadi, pedagogi, yang digunakan sebelum ini ditukar kepada andragogi yang lebih sesuai untuk pelajar-pelajar Tingkatan 6.
    Dengan terlaksananya kurikulum  ini, Kementerian Pelajaran diandaikan akan dapat melahirkan pelajar yang lebih berdaya saing, berfikiran analitikal, inovatif, kreatif dalam menghadapi cabaran dunia globalisasi. Selain itu, sistem ini akan berupaya untuk memberikan nafas baharu kepada pelajar dengan menyediakan satu suasana dan sistem pembelajaran yang lebih sesuai untuk pelajar-pelajar Tingkatan 6 atau Pra-U ini dan  dirasakan dapat menarik perhatian para lepasan SPM untuk melanjutkan pengajian mereka ke Tingkatan 6.
    Kurikulum baharu ini  tidak melibatkan perubahan kepada sistem persekolahan yang diamalkan pada masa ini. Sistem  ini cuma melibatkan perubahan kurikulum dan sistem pentaksirannya  . Pelajar-pelajar Tingkatan 6 akan mengikuti pengajian selama 3 penggal iaitu Penggal 1, 2, dan 3. Para pelajar pula akan menduduki peperiksaan berpusat bagi setiap penggal. Selain peperiksaan berpusat, pelajar-pelajar juga akan menghadapi Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) pada penggal ke-2 dan ke-3. Keputusan peperiksaan bagi setiap penggal pula akan diumumkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia selepas penggal berakhir. Selepas penggal ke-3 berakhir, Gred Purata Keseluruhan akan dikeluarkan oleh MPM. Bagi pelajar-pelajar yang berhasrat untuk membaiki gred purata mata pelajaran masing-masing, mereka dibenarkan untuk berbuat demikian pada Penggal ke-2 atau ke-3. Pelajar-pelajar  dikehendaki membuat pembayaran sebanyak RM50.00 bagi setiap mata pelajaran untuk menduduki peperiksaan itu semula.   
    Berdasarkan kurikulum  ini, para pelajar akan lebih berfokus dalam pengajian mereka. Isi kandungan pelajaran yang dipelajari dalam setiap penggal akan diuji dan dinilai dalam penggal itu sahaja. Perkara ini samalah seperti kurikulum yang diamalkan di kolej matrikulasi dan di universiti, cuma perbezaannya ialah mereka menggunakan sistem semester, tetapi Tingkatan 6 menggunakan sistem penggal. Bagi guru-guru Tingkatan 6 pula, mereka perlu memfokuskan pengajaran mereka dalam setiap penggal berdasarkan topik-topik yang telah ditetapkan oleh MPM dalam Sukatan Pelajaran yang terbaharu itu. Selain itu, guru-guru diberikan kuasa untuk membuat penilaian terhadap kerja kursus atau kertas penyelidikan pelajar dan markah tersebut akan dihantar melalui atas talian kepada MPM. Hal ini dirasakan dapat meningkatkan tahap profesionalisme dan integriti guru dalam menjayakan transformasi sistem baharu Tingkatan 6 ini. 


        Di samping itu, guru-guru perlulah memberikan penekanan terhadap pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang baharu iaitu berasaskan kuliah dan tutorial bagi menjadikan proses pembelajaran itu suatu pengalaman yang menarik dan berkesan di samping mampu melahirkan murid yang berfikiran kritis, analitis dan mempunyai minda teroka yang tinggi. 

       
     

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...