Islam mengajarkan kepada umatnya untuk berbahasa, tulisan maupun lisan, secara baik. Ini kerana penggunaan bahasa yang baik akan mendatangkan kebaikan, tidak sahaja kepada orang lain tetapi juga kepada dirinya sendiri.
Sebaliknya penggunaan bahasa yang buruk atau kasar juga akan mendatangkan keburukan atau kejahatan, yang pada akhirnya akan kembali dan dirasakan oleh dirinya sendiri. “Jika kamu berbuat baik, bererti kamu berbuat baik bagi dirimu sendiri. Dan jika kamu berbuat jahat, maka kejahatan itu bagi dirimu sendiri”. (QS Al-Isra’: 7).
Sebaliknya penggunaan bahasa yang buruk atau kasar juga akan mendatangkan keburukan atau kejahatan, yang pada akhirnya akan kembali dan dirasakan oleh dirinya sendiri. “Jika kamu berbuat baik, bererti kamu berbuat baik bagi dirimu sendiri. Dan jika kamu berbuat jahat, maka kejahatan itu bagi dirimu sendiri”. (QS Al-Isra’: 7).
Bahasa atau perkataan yang baik diibaratkan oleh Allah dalam Surah Ibrahim ayat 24-25, ibarat sebatang pohon yang baik. Akarnya kuat, sehingga mampu menyimpan air dan menahan tanah dari sebarang hakisan.
Cabang-cabangnya menjulang ke langit, sehingga menjadi tempat berteduh dan memberikan kesejukan dan kenyamanan kepada orang yang berada di sekitarnya. Dan pada setiap musim mengeluarkan buahnya untuk dinikmati bukan sahaja oleh manusia tetapi makluk Allah lainnya.
Belajar dari ibarat tersebut, seorang muslim harus sentiasa memperhatikan kualiti penggunaan bahasaya, sama ada dari aspek isi maupun cara penyampaiannya. Kepada siapa ia berbicara, apakah kepada orang tua, guru, teman, atau orang yang belum dikenal sekalipun, ia harus dapat menjaga ucapannya.
Dalam melakukan dakwah, Islam sangat menekankan penggunaan bahasa yang baik, iaitu bersikap hikmah dan bijaksana, nasihat dan berolah pendapat yang baik (QS An-Nahl: 125). Rasulullah tidak pernah mencerca kaum musyrik dengan bahasa yang kasar dan angkuh mereka yang menolak dakwahnya. Sebaliknya beliau memohonkan keampunan dan kebaikan bagi mereka kerana mereka tidak tahu.
Tingkat keimanan kita ditentukan salah satunya oleh penggunaan bahasa dalam segala aspek kehidupan. Kalau kita tidak mampu berbahasa secara baik, kalau ucapan kita akan membuat orang lain sakit hati, marah, merasa kecil hati, dipinggirkan ataupun dipermalukan, maka Islam menganjurkan kita lebih baik diam.
Betapa banyak persahabatan menjadi permusuhan dan betapa banyak kawan menjadi lawan hanya akibat daripada penggunaan bahasa yang tidak sepatutnya.
Maka memang tepatlah sabda Rasulullah, “Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam”. (HR Bukhari dan Muslim). Atau dalam sabdanya yang lain, “Semoga Allah memberi rahmat orang yang baik bicaranya dan dengannya ia memperoleh keuntungan atau diam dan dengannya ia selamat.”
Abu al-Hasan Ali al-Nashri al-Mawardi mengemukakan empat syarat dalam berbicara, iaitu:
(1) ada perlunya berbicara,
(2) pada waktu dan tempatnya,
(3) berbicara secukupnya, dan
(4) diungkapkan dengan bahasa yang baik.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment