Sunday, July 7, 2013
MARHABAN YA RAMADHAN.
Marhaban dimaksudkan untuk menyambut atau menghormati tetamu (yang bererti selamat datang)”. Hal ini demikian sama dengan AHLAN WA SAHLAN yang juga dimaksudkan dengan “selamat datang”. Para ulama menggunakan kata marhaban untuk menyambut Ramadhan dan bukannya ahlan wa sahlan, disebabkan adanya kelainan dalam pengertianya.
Ahlan diambil dari kata AHL yang berarti “keluarga”, sedangkan sahlan dari kata SAHL yang bererti “mudah” (sahl juga bererti “dataran rendah” kerana mudah dilalui oleh para pejalan kaki, tidak seperti tebing tinggi). Ahlan wa sahlan adalah ungkapan selamat datang yang di celahnya terdapat kalimat tersirat iaitu “(Anda berada di tengah) keluarga dan (melangkahkan kaki di) dataran rendah yang mudah”.
Marhaban diambil dari kata rahb yang berarti “LUAS atau LAPANG”, sehingga marhaban menggambarkan bahawa tetamu yang datang disambut dan diterima dengan dada yang lapang, penuh kegembiraan, serta dipersiapkan baginya ruangan yang luas untuk melakukan apa sahaja yang diinginkannya. Dari kata ini, terbentuk kata RAHBAH yang, antara lain, diertikan sebagai ruangan luas untuk kereta, guna memperoleh kebaikan atau keperluan bagi perjalanannya seterusnya. Marhaban Ya Ramadhan, “Selamat Datang Ramadhan”, bererti “kami menyambutmu dengan penuh kegembiraan dan kami persiapkan untukmu tempat yang luas agar engkau bebas melakukan apa sahaja, yang berkaitan dengan amalan mengasah dan mengasuh jiwa kami.”
Marhaban, kami bergembira dengan kedatanganmu,seperti sabda Rasul saw.:
“Seandainya umatku mengetahui (semua) keistimewaan Ramadhan, pasti mereka mengharap agar semua bulan menjadi Ramadhan.” Di bulan Ramadhan ada malam qadr, malam penentuan, yang akan menemui setiap orang yang mempersiapkan diri sejak dini untuk menyambutnya. Kebaikan dan kemuliaan yang dihadirkan oleh LILAT AL-QADR tidak mungkin akan diraih kecuali oleh orang-orang tertentu sahaja."
TETAMU AGUNG yang berkunjung ke satu tempat tidak akan datang menemui setiap orang di lokasi tersebut walaupun setiap orang di sana mendambakannya. Demikian juga dengan Lailat Al-Qadr. Itulah sebabnya bulan Ramadhan menjadi bulan kehadirannya, kerana bulan ini adalah bulan penyucian jiwa. Dan oleh sebab itulah pula Lailat Al-Qadr di katakan oleh rasul datang pada sepuluh malam terakhir bulan Ramadhan, kerana ketika itu diharapkan jiwa manusia yang berpuasa selama 20 hari sebelumnya telah mencapai satu tingkat kesedaran dan kesucian. Apabila jiwa telah siap, kesedaran telah mulai bersemi, dan Lailat Al-Qadr datang menemui seseorang, maka malam kehadirannya menjadi saat QADR dalam erti saat “menentukan” bagi perjalanan sejarah hidupnya di masa-masa mendatang. Saat itu, bagi yang bersangkutan, adalah saat “titik tolak” guna meraih kemuliaan dan kejayaan hidup di dunia dan di akhirat kelak. Sejak saat itu juga malaikat akan turun untuk menyertai dan membimbingnya menuju kebaikan sampai terbitnya fajar kehidupan di hari kemudian nanti .
Marhaban Ya Ramadhan, kami menyambutmu dan siap untuk melakukan apa sahaja demi memperoleh kemuliaan dan kebaikan itu.
Tahukah Anda, apa yang harus dipersiapkan? Jiwa yang suci dan tekad membara untuk memerangi nafsu, menghidupkan malamnya dengan sholat dan tadarus, dan siangnya dengan ibadah kepada Allah .
Sumber: FB
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment