Monday, July 1, 2013

AMANAH DAN TANGGUNGJAWAB.



Sesungguhnya Kami telah memberikan amanah kepada langit, bumi dan gunung-gunung, maka semuanya enggan memikul amanah itu dan mereka khuatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanah itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh. (QS. Al-Ahzab : 72).
Kepercayaan memegang amanah amat penting dalam pelbagai aspek kehidupan. Manusia sendiri sejak awal sudah diberikan amanah, tanggungjawab dan kepercayaan oleh Allah  SWT untuk menjadi khalifah di muka bumi. Misi kepercayaan ini yang dipikul manusia itu tidak lain adalah untuk memakmurkan dan memelihara perdamaian.
Namun demikian,  memelihara kepercayaan yang diberikan itu tidaklah mudah. Bahkan sebagaimana dijelaskan pada ayat di atas, memelihara amanah itu sangat berat. Kerananya banyak orang yang tidak kuat, akhirnya ia khianat atau ingkar terhadap amanah itu. Allah sendiri sebenarnya sudah mengetahui bahawa sebahagian orang selalu ingkar terhadap amanah itu.
Dalam kitab Tafsir Ibnu Katsir dijelaskan tentang pengertian amanah dalam ayat itu, iaitu menjalankan tugas-tugas keagamaan. Dan tugas-tugas keagamaan ini merangkumi seluruh aspek kehidupan.
Amanah sebenarnya adalah suatu kepercayaan yang ditanggung oleh seseorang untuk mewujudkan kepercayaan atau membuktikan dalam kenyataan dan prilakunya. Sehingga kalau manusia boleh bersikap dan berperilaku amanah,  dunia ini akan aman dan damai. Tetapi, kerana manusia selalu zalim atau mengkhianati amanah atau kepercayaan yang dipegangnya sendiri, maka dunia ini sering kacau     akibat orang yang bersangkutan tidak amanah.
Kerana itu, jika seseorang pemimpin sudah tidak bersikap amanah lagi, maka sewajarnya yang bersangkutan dan  yang dipimpinnya sedang menuju saat kehancuran. Sekuat mana manusia menutup ketidakjujurannya, suatu saat akan terbongkar juga. Sekali  diketahui bahawa ia tidak boleh dipercayai lagi, maka orang tersebut sukar untuk mendapat kepercayaan sekali  lagi.
Biasanya, Allah menguji amanah kepada hamba-Nya itu pada tiga persoalan. Pertama  soal tahta atau jawatan, kedua soal wanita dan ketiga pada harta. Sumber kerusakan di muka bumi ini juga sering bermula dari tiga pokok persoalan ini.
Seorang yang berkuasa atau pemimpin, kalau tidak amanah  dengan jawatannya, mungkin ia juga tidak amanah pada yang lain. Misalnya, kepada isterinya  ia suka  dalam diam-diam berbuat serong dengan wanita lain. Akibat penyelewengannya itu, ia mungkin juga tidak betah dalam mengelola kewangan keluarganya.
Akhirnya dapat kita simpulkan, jika seseorang tidak dapat dipercayai untuk sesuatu urusan, besar  kemungkinan ia telah melakukan khianat atau dusta secara akumulatif pada aspek kehidupan lainnya.
Sekian, wassalam.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...