Thursday, January 30, 2014

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SMK AYER LANAS 2014.

Rabu (29 Jan. 2014) : SMK Ayer Lanas dengan kerjasama PIBG telah mengadakan sambutan Maulidul Rasul di Dewan Besar SMKAL. Majlis bermula pada pukul 8 pagi dengan perarakan yang di anggotai oleh semua warga SMKAL dan wakil ibubapa.  Antara acara lain yang diadakan untuk meraikan maulidul rasul SMKAL tahun ini ialah bacaan ayat-ayat suci oleh qari dari Pondok Al Fattah, Tomboro, Jawa Timur, Indonesia, forum, kuiz, persembahan nasyid dan selawatan Ya Hanana. Majlis berakhir sekitar pukul 2 petang dengan jamuan kenduri untuk semua pelajar dan warga kerja SMKAL.

 Menunggu arahan...
 Taklimat untuk perarakan...

 Kadet Polis
 Puteri Islam
 PERTENA
 We love Rasulullah...
 Helo, line clear ?
 Ambil markah perarakan...
 JPAM
 Kadet Polis bersemangat sekali...
 Snap untuk siapa terr...

 Sudah sampai...
 Steady Pra U Lanas...
 Sukanyaaa dia....
 Qari jemputan dari Pondok Tomboro, Jatim, Indonesia.
 Forum maulidul rasul...
 Antara tetamu yang hadir...
 Ya Hanana...
 Yahabibi Ya maulana...
 Cenderahati untuk ahli panel forum...
 Terima kasih...
 Nak lagiii....
 Yesss, ...
 Masa untuk selawatan
 Bersama-sama berselawatan tanda berakhir sebuah majlis...
 Ambil... santapan khidmatun nabsih...
Selamat menjamu selera...

Wassalam.

Monday, January 27, 2014

PESANAN AYAH DI FB YANG TAK SEMPAT DIBACA ANAKNYA

"Baca dan hayatilah anak-anakku, semuga menjadi  teladan buat kamu semua !"

Mesej terakhir ayah
Mesej menyedihkan terakhir ayah kepada
seorang anak di Facebook.
Seorang pemuda duduk di hadapan laptopnya. Login facebook. Benda pertama sekali dia check adalah inbox. Hari ini dia terlihat sesuatu yang dia terlepas pandang selama ini. Bahagian ‘OTHER’ di inboxnya. Ada satu, dua mesej. Mesej pertama, spam. Mesej kedua dibukanya. Mesej 3 bulan yang lepas tarikhnya.
 
Ditatap isinya,
“Salam.
Ini kali pertama abah cuba guna facebook. Abah cuba tambah kamu sebagai kawan tapi tak dapat. Abah pun tak faham sangat benda ni.
Abah cuba hantar mesej ini kepada kamu. Maaf, abah tak biasa sangat menaip. Ini pun kawan abah yang ajarkan. 
Ingat tak bila pertama kali kamu ada henfon? Masa tu kamu tingkatan 4. Abah kesian semua anak-anak sekarang ada henfon. Jadi, abah hadiahkan pada kamu satu. Dengan harapan, kamu akan call abah kalau kamu ada nak kongsi masalah tentang asrama atau sekolah atau apa-apa saja. Tapi, kamu hanya call abah seminggu sekali. Tanya tentang duit makan dan belanja. Abah terfikir juga, topup RM10 tapi call abah tak sampai 5 minit boleh habis ke prepaid tu? 
Masa kamu kecil dulu, abah ingat lagi bila kamu dah boleh bercakap. Kamu asyik panggil, ‘Abah, abah, abah’. Abah seronok sekali anak lelaki abah panggil abah. Panggil mama. Abah seronok dapat bercakap dengan kamu walaupun kamu mungkin tidak ingat dan tak faham apa abah cakapkan di umur kamu 4, 5 tahun. Tapi, percayalah. Abah dan mama cakap dengan kamu banyak sangat. Kamulah penghibur kami di saat kami berduka. Walaupun hanya dengan keletah gelak tawa si kecil.
Bila kamu sekolah rendah. Abah ingat lagi kamu selalu bercakap dengan abah ketika membonceng motor dengan abah setiap pergi dan balik sekolah. Macam-macam kamu ceritakan pada abah. Tentang cikgu, sekolah, kawan-kawan. Abah jadi makin bersemangat bekerja keras cari duit untuk biaya kamu ke sekolah. Sebab kamu seronok sekali. Gembira. Ayah mana tidak gembira anak suka ke sekolah belajar. 
Bila kamu sekolah menengah. Kamu ada kawan-kawan baru. Kamu balik dari sekolah, kamu masuk bilik. Kamu keluar bila masa makan. Kamu keluar dengan kawan-kawan. Kamu mulai jarang bercakap dengan abah. Kamu pandai. Akhirnya masuk asrama. Di asrama, jarak antara kita makin jauh. Kamu cari kami bila perlu. Kamu biarkan kami bila tak perlu. 
Abah tahu, naluri remaja. Abah pun pernah muda. Akhirnya, abah dapat tahu kamu ada kekasih. Ketika di universiti, sikap kamu sama sahaja ketika di sekolah menengah. Jarang hubungi kami. Bila balik cuti, kamu dengan henfon kamu. Kamu dengan laptop kamu. Kamu dengan internet kamu. Kamu dengan dunia kamu. Abah tertanya-tanya juga sendiri. Adakah kawan istimewa itu lebih penting dari abah dan mama? Adakah abah dan mama cuma diperlukan bila kamu nak nikah sahaja sebagai pemberi restu? Adakah kami ibarat tabung pada kamu sahaja? 
Hakikatnya, kamu jarang berbicara dengan abah lagi. Ada pun boleh dibilang dengan jari. Berjumpa tapi tak berkata-kata. Sebumbung tapi seperti tak bersua. Bertegur bila cuma hari raya. Tanya sepatah, jawab sepatah. Dileter, kamu tarik muka. Dimarah, kamu tak balik cuti. 
Malam ni, abah sebenarnya rindu sangat pada kamu.
Bukan mahu berleter, mengungkit atau membangkit. Cuma abah dah terlalu tua. Abah dah di hujung 60 an. Kudrat abah tidak sekuat dulu lagi.
Abah tak minta banyak… 
Kadang-kadang, abah cuma mahu kamu berada di sisi abah. Berbicara tentang hidup kamu. Luahkan apa yang terpendam dalam hati kamu. Menangis pada abah. Mengadu pada abah. Bercerita pada abah seperti kamu kecil-kecil dulu.
Apapun. Maafkan abah atas curhat abah ini.
Jagalah solat. Jagalah hati. Jagalah iman. 
Mungkin kamu tidak punya waktu berbicara dengan abah. Namun, jangan pula kamu tidak punya waktu berbicara dengan Tuhan. Usah letakkan cinta di hati pada seseorang melebihi cinta kepada Tuhan. Mungkin kamu terabaikan abah. Namun jangan kamu mengabaikan Tuhan.
Maafkan abah atas segalanya.”
Pemuda menitiskan air mata. Dalam hati perit tidak terkira. Mana tidaknya. Tulisan ayahandanya itu dibaca setelah 3 bulan beliau pergi buat selama-lamanya. Di saat tidak mungkin lagi mampu memeluk tubuh tua ayahnya.

Dikutip dari Media suara insan.

MANUSIA MINUM SUSU ANJING.

Apabila manusia itu dibelenggu kemiskinan, apa sahaja cara akan digunakan demi untuk mencari makanan untuk mengenyangkan perut yang sedang lapar.
 
Seorang kanak-kanak berusia lapan tahun di Bangladesh, menjadikan ruang internet gempar apabila fotonya sedang meminum susu dari seekor ibu anjing tersebar luas.
Kejadian itu berlaku di sebuah daerah di bahagian utara Bangladesh yang dikenali sebagai Gaibandha.
 
Shakil Ahmed dilahirkan dalam sebuah keluarga yang miskin dan dia sering kelaparan apabila ibunya meninggalkannya di rumah untuk bekerja sebagai pembantu rumah.
Tabiat Shakil bermula dengan meminum susu daripada ibu anjing peliharaannya sendiri, walaupun ditegur ibu bapa dan jiran, Shakil tetap melakukannya.
Biarpun kini, anjing peliharaannya itu telah mati, Shakil masih tidak dapat berhenti daripada meminum susu anjing.
Dia kini meminum susu anjing daripada ibu anjing yang ditemuinya di jalanan.
 
 ~mynewshub

Sunday, January 26, 2014

CARA MANDI WAJID.


MANDI WAJIB |
 
 Ramai Yang Tidak Sah Mandi Wajibnya? Jangan Pandang Remeh Bab ni..... Assalamualaikum, Berkongsi sedikit ilmu… dari JAKIM. Mandi wajib ...yg betul….. Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul. Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir. Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini. “Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul,” tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur . Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang mlakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah. Rukun mandi wajib ada 3 perkara. Pertama, niat. Kedua , menghilangkan najis di badan.Ketiga , meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Niat mandi wajib: “Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala.” Atau ” Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.” Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan. Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.” Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”. Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah. Mengenai rukun mandi wajib yang ke2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan , menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan. Sementara rukun mandi wajib yang ke3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir , meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu2 yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh. Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi. Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?.. Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah. Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut. Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza. Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam. Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak(wiladah) . Mandi wajib boleh dilakukan di mana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik. Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat. Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh. Panduan Tambahan : 1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo’a. 2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah ‘olahraga’. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do’a. 3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan ‘kata kunci’, “Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii” (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku). (HR Ahmad).- ( DOA TENGOK CERMIN ). 4. Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur. 5. Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih. 6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi. Rahsia 13 Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang sudah tahu atau panduan bagi yang baru tahu…… 1. Niat Sembahyang Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat. 2. Berdiri Betul Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur. 3. Takbir-ratul Ihram Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur. 4. Fatihah Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur. 5. Ruqu’ Sebagai tikar kita di dalam kubur. 6. I’tidal Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur. 7. Sujud Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM. 8. Duduk antara 2 Sujud Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur. 9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar. 10.Tahhiyat Akhir Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur. 11.Selawat Nabi Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur. 12.Salam Memelihara kita di dalam kubur. 13.Tertib Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T. Dari Abdullah bin ‘Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda : “Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu ” FRIDAY the 13th ” jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!” Wassalam. “Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat…” Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa’at kepada manusia lain…
-----------------------------------------------/
Artikel ini dicopy paste dari FB Diana Amir,s

Wednesday, January 22, 2014

TAUBAT NASUHA.

 
Manusia merupakan makhluk Allah yang bahkan disebutkan sebagai tempat salah dan lupa. Tidak ada manusia yang tidak pernah melakukan kesalahan, dan oleh kerana itu  Allah menyediakan kemudahan atau sarana taubat . Tidak ada manusia yang tidak pernah melakukan kesalahan, dan kerananya Allah  akan menggantikan kaum yang tidak pernah berbuat kesalahan. Seandainya kaum itu ada.

Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda yang maksudnya:
 
Demi Dzat yang jiwaku berada di tanganNya, seandainya kalian tidak pernah berbuat dosa, Allah akan menggantikan kalian engan mendatangkan kaum yang mereka berbuat dosa kemudian memohon ampun kepada Allah, maka Allah pun mengampuni mereka. (HR. Muslim)

 Allah Subhanahu wa Ta’ala menyeru kita untuk bertaubat:
 
Wahai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat nasuha (QS. At-Tahrim : 8)

Sebab Allah menghendaki hamba-Nya memperoleh ampunan dan syurga.

 
Dan Allah menyeru kalian kepada syurga dan ampunan dengan izin-Nya (QS. Al-Baqarah : 221)

          Bagi orang yang berdosa ada dua titik ekstrim. Titik ekstrim pertama adalah mereka yang merasa dosanya terlalu besar hingga putus asa dari ampunan Allah. Maka, ia pun tidak berhenti-henti bertaubat kerana kekhuatiran taubatnya tidak diterima oleh Allah SWT. Ekstrim kedua adalah mereka yang merasa dosa-dosanya mudah terhapus, hanya dosa-dosa kecil, sehingga membuatnya berterus-terusan dalam dosa demi dosa. Kalau bertaubat pun, ia hanya melakukan taubat sambal belacan sahaja. Sekarang berhenti, nanti atau besok kembali mengulangi berbuat dosa. Tidak pernah sungguh-sungguh dalam melakukan taubat nasuha.

Contoh untuk ekstrim pertama, lihatlah bagaimana kisah seorang yang telah membunuh 99 nyawa. Saat ia bertanya kepada seorang ahli agama apakah dia masih memiliki kesempatan  untuk bertaubat, ternyata jawaban yang diberi adalah tidak bisa. Lalu ahli agama itu pun dibunuh sebagai orang ke-100 yang mati di tangannya. Walau bagaimanapun, niatnya untuk bertaubat tidak pernah pudar. Seterusnya, ketika bertemu seorang alim yang lain, ia pun mengajukan pertanyaan yang sama. Orang alim ini menjawab bahawa dosanya boleh diampuni dengan bertaubat nasuha. Dan sebagai usaha untuknya bertaubat nasuha, ia disyorkan agar berhijrah ke suatu daerah yang kondusif bagi melakukan taubatnya. Dalam perjalanan menuju ke daerah tersebut, ia meninggal dunia. Hingga berdebatlah malaikat rahmat dan malaikat azab, orang ini menjadi urusan siapa. Keduanya lalu mengadukan perselisihan ini kepada Allah yang berkahir dengan ampunan bagi pembunuh yang benar-benar berniat bertaubat ini. Subhaanallah!

Contoh lain ialah suatu peristiwa yang dialami oleh seorang wanita dari Juhanah. Ia yang tengah hamil datang kepada Rasulullah SAW. Di hadapan Rasulullah SAW.ia mengaku telah berzina dan kini ia hamil. Wanita itu bertaubat dan meminta ditegakkan hudud (rajam) atasnya. Rasulullah SAW. menyuruh wanita tersebut kembali untuk menjaga kandungannya sampai bayinya lahir. Setelah bayinya lahir wanita itu datang lagi kepada Rasulullah SAW. Rasulullah SAW. memintanya untuk kembali sampai anaknya tak lagi minum susunya. Kemudian setelah tamat masa menyusu, wanita itu datang lagi meminta dirajam. Akhirnya ia dirajam.

 Rasulullah menshalatkan jenazahnya. “Ya Rasulullah, engkau mensholatinya padahal ia telah berbuat zina?” tanya Umar bin Khattab meminta penjelasan. Maka Rasulullah SAW. bersabda yang maksudnya:
 
Sesungguhnya dia telah bertaubat. Seandainya taubatnya dibagikan kepada 70 penduduk Madinah, taubat itu pasti mencukupinya. Apakah kamu menjumpai seseorang yang lebih utama daripada seorang yang mengorbankan dirinya untuk Allah Ta’ala? (HR. Muslim)

 Manakala yang berkaitan dengan dosa kecil pula,  kita sering terjebak dengan sikap yang meremehkannya. Saat kita ghibah, bercanda yang sudah masuk kategori porno, bahkan bergaul dengan lawan jenis yang tidak islami, kita beralasan “itu kan dosa kecil, tidak apa-apa”. Padahal orang yang meremehkan dosa ia tidak sedar bahawa mereka sedang berhadapan dengan siapa.  Allah SWT. yang Maha Besar dan Maha Keras adzab-Nya. Jika kita mahu memahami dan mengerti dengan baik,  bahawa sesungguhnya, tidak ada dosa kecil jika dosa itu dilakukan secara terus menerus.

لا صغيرة مع الإصرار
Tidak ada dosa kecil selagi terus dikerjakan (HR. Dailami)

Ibarat sebuah titik noda, dosa kecil pun akan mengotori hati. Semakin banyak dosa semakin banyak pula noda di hati.

 Satu perkara lagi yang perlu kita ingati, iaitu dosa yang tidak kita sedari. Oleh kerana itulah mengapa Rasulullah SAW. mengajarkan kita untuk berdoa di waktu pagi dan petang, memohon perlindungan dari syirik yang kita ketahui dan memohon ampun dari syirik yang tidak kita sedari. Dan oleh kerana itulah juga  mengapa, Rasulullah menganjur agar kita beristighfar, meminta ampun kepada Allah, tidak kurang dari 70 kali dalam sehari semalam. Selain menghapus dosa kecil dan dosa yang tidak kita sedari, istighfar dan taubat juga menyempurnakan amalan kita.
 
Mengapakah setelah sholat, dzikir pertama yang kita baca adalah istighfar? Agar kesalahan atau kelalaian kita dalam sholat diampuni Allah dan supaya sholat kita menjadi sempurna.

 Oleh hal yang demikian, marilah kita sambut seruan Allah untuk bertaubat sebelum kita terlambat. Allah menyediakan waktu taubat kita terbentang hingga sakaratul maut datang.

Rasulullah SAW. bersabda yang marhumnya:

Sesungguhnya Allah menerima taubat hamba selagi ia belum sekarat (HR. Tirmidzi, Ahmad, Thabrani, Ibnu Hibban, dan Abu Ya’la)
Allah membentangkan tangan-Nya di malam hari agar orang yang berbuat maksiat di siang hari bertaubat, dan Allah membentangkan tangan-Nya di siang hari agar orang yang berbuat maksiat di malam hari bertaubat. (Demikian itu tetap terjadi) sampai matahari terbit dari barat. (HR. Muslim).


Sekian sahaja, semuga beroleh manfaat semua orang.

Wassalam.




KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD SAW.


 
KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD SAW.
 
Tarikh : 9hb. Zulhijjah Tahun 10 Hijriah
Tempat : Lembah Uranah, Gunung Arafah.
 
Wahai manusia, dengarlah baik baik apa yang hendakku katakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini, dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanah kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.
Janganlah sakiti sesiapa pun, agar orang lain tidak menyakiti kamu pula.Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu, dan dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba', oleh itu segala urusan yang melibatkan riba' di batalkan mulai sekarang.
 
Berwaspada lah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara perkara besar, maka berjaga jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara perkara kecil.
 
Wahai manusia , sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri kamu, mereka juga mempunyai hak di atas kamu.Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu ata mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang tidak kamu sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
 
Wahai manusia dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini,sembahlah ALLAH, dirikan sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan,dan tunaikan zakat dan harta kekayaan kamu, kerjakan ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak saorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan Beramal Solleh.
 
Ingatlah, bahawa kamu akan mengadap ALLAH pada suatu hari untuk di pertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku. Wahai maanusia, tidak ada lagi Nabi dan Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah disampaikan kepada kamu.
 
Sesunguhnya, aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikut kedua keduanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya, itulah Al-Quran dan Sunnahku. hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikannya kepada orang lain, dan hendaklah orang lain itu menyampaikan pula kepada yang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang mendengar terus dariku.
 
Saksikan ya-ALLAH, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMU kepada hamba hambaMU.
 

Tuesday, January 21, 2014

YANG MUNGKIN ANAK TIDAK KETAHUI TENTANG AYAHNYA.

kasih sayang seorang ayah terhadap anaknya
 BISMILLAHIRRAHMANILRRAHIM...

Kali ini, saya akan berkongsi beberapa hal yang mungkin sebelum ini tidak diketahui  anak tentang ayahnya. Perkara tersebut antara lainnya :

1. Ayah berkehendakkan anak-anaknya mempunyai lebih banyak kesempatan daripada dirinya, menghadapi lebih sedikit kesulitan, lebih tidak tergantung pada siapapun, dan ayah selalu memerlukan kehadiran anaknya.

2. Ayah membiarkan anaknya menang dalam sesuatu permainan ketika anaknya masih kecil, tetapi ayah tidak ingin kamu membiarkannya menang ketika kamu sudah besar.

3. Ayah jarang berada di album foto keluarga, sebab dia yang selalu mengambil gambar.

4. Ayah selalunya merasa sedikit sedih ketika melihat anak-anaknya pergi bermain dengan kawan-kawannya, kerana  ayah sedar itu adalah akhir masa kecil mereka.

5. Ayah mulai merancang kehidupan anaknya ketika tahu bahawa ibu mengandungmu, tetapi apabila anda dilahirkan, ia mula membuat semakan..

6. Ayah membantu untuk membuat impian anaknya  menjadi kenyataan malah dia juga dapat meyakinkan anaknya untuk melakukan hal-hal yang mustahil, seperti berenang di air setelah ia melepaskannya.

7. Ayah mungkin tidak tahu jawaban segala sesuatu, tetapi ia membantu kamu mencarinya.

8. Ayah mungkin tampak selalu garang di matamu, tetapi di mata teman-temanmu dia tampak baik dan menyayangi.

9. Ayah lambat mendapat teman, tetapi dia bersahabat seumur hidup

10. Ayah benar-benar senang membantu seseorang, tetapi ia tidak suka meminta bantuan.

11. Bila ayah di dapur, dia seperti penjelajahan ilmiah. Dia punya rumus-rumus dan formula  tersendiri, dan hanya dia sendiri yang mengerti bagaimana menyelesaikan persamaan-persamaan rumit itu. Dan hasilnya?… .mmmmhhh…tidak terlalu mengecewakan.

12. Ayah kurang tahu bagaimana mendorong ayunan cukup tinggi untuk membuat anaknya riang tetapi tidak takut.

13. Ayah sangat senang membelikan anaknya makanan selepas ia pulang kerja, walaupun dia tak dapat sedikitpun bahagian dari makanan tersebut.

14. Ayah selalu berdoakan agar anak-anaknya menjadi orang yang sukses di dunia dan akhirat, walaupun kita jarang bahkan kurang sekali mendoakan untuknya.

15. Ayah akan memberimu tempat duduk terbaik dengan mengangkatmu dibahunya, ketika melihat sesuatu perarakan.

16. Ayah tidak akan memanjakan anaknya ketika  sakit, tetapi ia tidak akan tidur semalaman untuk bersiap siaga saat diperlukan.

17. Ayah percaya setiap orang harus menepati waktu. Oleh sebab itu dia selalu lebih awal menunggumu.

18. Ayah akan melupakan apa yang ia inginkan, agar dia dapat memberikan apa yang anaknya perlukan.

19. Seorang ayah akan menghentikan apa sahaja yang sedang dikerjakannya, kalau anaknya ingin berbicara.

20. Ayah selalu berfikir dan bekerja keras untuk membayar yuran dan buku persekolahan, meskipun kamu tidak pernah memikirkannya, bagaimana ia mendapatkannya.

21. Ayah mengangkat beban berat dari bahumu dengan merengkuhkan tangannya disekeliling beban itu.

22. Ayah akan berkata, “Tanyakan sahaja pada ibumu,” ketika dia ingin berkata, “Tidak”.

23. Ayah tidak pernah marah, tetapi mukanya akan sangat merah padam ketika anak menginap di rumah teman tanpa izin.

24. Ayah mungkin juga tidak pernah marah, kecuali ketika anak lelakinya tertangkap menghisap rokok di bilik mandi.

25. Ayah mengatakan, tidak apa-apa mengambil sedikit resiko asal kamu sanggup kehilangan apa yang kamu harapkan.

26. Pujian terbaik bagi seorang ayah adalah ketika dia melihat anaknya melakukan sesuatu hal yang baik  seperti apa yang dicita-citakannya.

27. Ayah lebih bangga pada prestasimu, daripada prestasinya sendiri.

28. Ayah hanya akan merasa kehilangan ketika pertama kali anaknya pergi merantau meningalkan rumah,  kalau dia sampai memeluk anaknya itu, mungkin ia tidak pernah berpisah.

29. Ayah tidak suka menitiskan air mata. Ketika anaknya lahir dan dia mendengar anaknya itu menangis untuk pertama kalinya, dia sangat suka sehingga keluar air dari matanya (...sekali lagi ini bukan tangisan kedukaan).

30. Ketika kita masih kecil, ayah memeluk anaknya untuk mengusir rasa takut anaknya.

31. Ketika anak-anak kesayangan ayahnya di rantau tidak menghantar kabar   berita  walau hanya satu bulan, ayahnya menjadi gelisah dan kekadang tidak dapat tidur sepanjang malam.

32. Ayah pernah berkata, “Kalau kau ingin mendapatkan pedang yang tajam dan berkualiti tinggi, jangan mencarinya dipasar apalagi di kedai bundle, tetapi datang dan pesanlah terus dari tukang besinya. Begitupun dengan cinta dan kawan dalam hidup, jika kau ingin mendapatkan cinta sejatimu kelak, maka minta dan pesanlah pada Yang Menciptakannya, iaitu Allah SWT.”

33. Untuk masa depan anak lelakinya Ayah berpesan, “Jadilah lebih kuat dan tegar daripadaku, pilihlah ibu untuk anak-anakmu kelak wanita yang lebih baik dari ibumu, berikan yang lebih baik untuk menantu dan cucu-cucuku, daripada apa yang telah ku beri padamu”.

34. Dan untuk masa depan anak gadisnya ayah berpesan, “Jangan lemah walaupun kau seorang wanita, jadilah selaku bidadari kecilku dan bidadari terbaik untuk ayah anak-anakmu kelak. Laki-laki yang lebih dapat melindungimu melebihi perlindungan Ayah, tetapi jangan pernah kau gantikan posisi Ayah di hatimu.”

35. Ayah bersikap keras, bahawa anak-anakmu kelak harus bersikap lebih baik daripada kamu dulu.

36. Ayah boleh membuatmu percaya diri, kerana ia percaya padamu.

37. Akhir sekali, Ayah tidak mencuba menjadi yang terbaik, tetapi dia hanya mencuba melakukan yang terbaik.

kasih sayang seorang ayah terhadap anaknya


Sunday, January 19, 2014

AWAL SESUATU ITU SULIT.

 

 Wahai teman dan tolan, marilah kita berkongsi sedikit cerita- cerituk "rahsia kesenangan di sebalik kesusahan dan ujian Allah s.wt." . Mungkin cerita ini boleh kita ambil iktibar buat diri saya sendiri dan untuk semua yang membaca...


"...bala, bencana, musibah, ujian yang melanda kita ... ini semua bertujuan untuk menguji sejauh mana keimanan, kesabaran,  dan keyakinan kita kepada Allah SWT. Mungkin kita sering menganggap bahawa orang yang ditimpa ujian ini, adalah golongan orang yang berdosa . Sebenaranya ujian ini juga berlaku pada orang yang taat padaNya. Ini semua untuk menguji keimanan kita, benarlah sabda Nabi SAW:  “Apabila Allah menyayangi sesuatu kaum maka diujinya, bagi sesiapa yang redha maka baginya keredhaan itu, dan bagi sesiapa yang marah baginya kemarahan itu”..Sedarlah… tidak akan datang kelapangan melainkan selepas kesabaran dan tiada kesenangan melainkan selepas merasai kesusahan, ” Maka sesungguhnya bersama kesusahan itu ada kemudahan”, (Insyirah:5.)

Mari kita ambil contoh teladan dari kisah Nabi Allah Ayub AS yang  Allah telah mencabut kenikmatan yang diperolehinya,dalam tempoh 18 tahun, beliau menderita tidak mampu bergerak, kehabisan harta, kehilangan dan kematian anak, tetapi apa yang berlaku pada beliau?, beliau terus bersabar dan Allah memuji beliau atas kesabarannya:
 
 " Sesungguhnya Kami dapati dia (Ayub) seorang yang sabar. Dia sebaik-baik hamba. Sungguh dia sangat taat (kepada Allah)”( Sad:44).
 
 Bersama-sama dengan pujian itu, Allah SWT. mengembalikan kepadanya kesihatan, dan menganugerahkan kepada beliau anak yang ramai.  Benarlah bahawa janji Allah disebalik kesulitan itu terselit seribu kemudahan. Tetapi ingatlah!... semua ini hanya untuk hamba-hambanya yang beriman dan percaya kepada kelebihan dan kasih saying Allah SWT.
 
 Orang yang benar-benar beriman, mereka akan menunggu kelapangan, kemudahan dan kemenangan dari Allah SWT.
 
 Mereka tidak akan berputus asa, tidak merasa lemah, atau bertindak mengikut hawa nafsu mereka, sebaliknya mereka sentiasa muhasabah diri di samping kesusahan yang ditempuhi. Mereka juga sering mencari sebab untuk menyelamatkan diri, menyerahkan segala urusan hanya pada Khaliqnya, merasa cukup dengan berada di bawah lindungan Allah SWT.. Sesungguhnya Allah SWT. bersama dengan orang-orang yang berbuat kebaikan.

Antara kata-kata Mustafa Sodiq Rafie’ -rahimahul Allah-:“Diumpamakan bencana itu dengan sebiji telur, ia memenjarakan isinya, dan Dia menjaganya, memeliharanya dan menolongnya mencapai tahap kesempurnaan, tiada lain baginya kecuali sabar menunggu
 tempohnya, dan redha untuk sampai kepada ghoyahnya,
 kemudian dibiayainya telur itu,
maka keluarlah satu makhluk darinya”...

Kesimpulan dari keseluruhan kisah tersebut:
 
        Kita harus banyak bersabar ...  sentiasa semat di dalam hati bahawa sesungguhnya setiap ujian atau kesusahan yang kita lalui hanyalah ujian  dari Allah SWT  untuk memberikan kita kesenangan.. dengan syarat kita perlu bersabar... 
 
Janji Allah dalam Surah At-Talaq (ayat 7):
 
"Allah akan memberi kelapangan selepas kesempitan”. 
 
 Bersama-samalah kita hayatilah dan renungi makna ayat-ayat di atas. supaya kita dapat merasai ketenangan jiwa ketika menghadapi kesusahan. 
 
Sekian, wassalam.
 
 



Wednesday, January 15, 2014

LANGIT TIDAK SELALU CERAH.


Sungguh bahagianya rasa hati, seandainya segala yang  kita diimpikan akan terlaksana tanpa ada penghalangnya. Namun, itu hanya sekadar ungkapan yang khusus tercipta untuk para penghuni syurga, bukan pengembara di dunia. Sedangkan kita masih berstatus pengembara itu.

Hari itu aku gagahkan kaki melangkah maju setapak cuba melewati satu denai kehidupan. Tetapi ternyata denai itu tidak begitu mudah untuk diredahi. Ada onak dan duri mencucuk kaki di pertengahan jalan yang terpaksa membuat aku duduk sebentar untuk mencabutnya. Sakitnya aku rasa hingga ke lubuk hati yang paling dalam, namun aku masih juga cuba mengagahi untuk mendapatkan 'burung Cenderawasih' yang berselindung di sebalik denai itu. Cenderawasih yang aku kejar sekian lama.


WAKTU YANG LEWAT


Masa terus berlalu tatkala aku cuba mencabut duri itu. Kekadang timbul di benak hati ini, mengapa perlu aku melalui denai berduri itu, sedangkan ada denai yang lapang menanti dengan 'burung Cenderawasih' yang memukau mata . Adakah perlu aku menunggu di persimpangan yang berduri  itu hingga Cenderawasih itu keluar sendiri?  Pastinya, terlalu lama untuk aku menanti duri itu mati dimamah musim panas dan mengering hingga menampakkan unggas yang aku kejar awalnya .

BERTENAGAKAH AKU?


Kekadang hati ini diterjah dengan jutaan persoalan. Persoalan yang menjadi pelanggan setia adalah 'cukup kuatkah diri aku ini untuk mengharungi denai berduri itu?'  Rasa risau dan bimbang turut sama menempa sebagai pakej tambahan pada pertanyaan ini. Mungkin sahaja aku bukan insan yang layak mendapatkan Cenderawasih di Taman Berduri itu. Mungkin ada insan lain yag lebih sesuai. Mungkin dan mungkin lagi. Layakkah aku menjadi putera pembebas Unggas Kayangan itu?

TEKANAN PENONTON


Ramai penonton yang berkata aku tidak layak memiliki 'burung Cenderawasih'. Semuanya kerana pakaianku yang selekeh sahaja. Tanpa ada kelengkapan baju besi atau kalis peluru yang mahal beserta senjata. Aku terus dipinta menyiapkan kelengkapan pertahanan yang mantap sebelum bergerak ke denai berduri itu. Adakah itu perlu? Adakah itu wajib bagiku menyediakan Kelengkapan yang paling canggih dan mahal untuk ke denai itu? Tidak cukupkah dengan sepasang baju yang biasa-biasa sahaja ?

UNDUR DIRI.


Mungkin itu satu daripada jalannya. Mungkin juga tidak. Boleh sahaja aku berundur daripada denai berduri itu mencari denai yang hanya berkemucup sahaja, yang tiada sakitnya serta masa mencabutnya biasa-biasa sahaja. Atau mungkin aku harus sabar menanti keluarnya Unggas itu begitu sahaja. Bak kata orang ' Yang susah dapat, susah nak lepas'. Namun hati ini rasa terlalu lemah dan tidak berdaya. Rasanya ingin sahaja aku singgah di denai lain yang berdekatan.

ISTIKHARAH


Pilihan. Itu ertinya istikharah. Semoga aku diberi petunjuk oleh Allah.Semoga Dia Yang Maha Melihat dapat melorongkan aku ke jalan yang terbaik. Kerana aku masih dalam kekeliruan dan keserabutan yang nyata. Dalam misi mencari sesuatu yang tidak pasti, ternyata langit tidak selalu cerah seperti yang  aku inginkan...

 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...