Sunday, January 19, 2014

AWAL SESUATU ITU SULIT.

 

 Wahai teman dan tolan, marilah kita berkongsi sedikit cerita- cerituk "rahsia kesenangan di sebalik kesusahan dan ujian Allah s.wt." . Mungkin cerita ini boleh kita ambil iktibar buat diri saya sendiri dan untuk semua yang membaca...


"...bala, bencana, musibah, ujian yang melanda kita ... ini semua bertujuan untuk menguji sejauh mana keimanan, kesabaran,  dan keyakinan kita kepada Allah SWT. Mungkin kita sering menganggap bahawa orang yang ditimpa ujian ini, adalah golongan orang yang berdosa . Sebenaranya ujian ini juga berlaku pada orang yang taat padaNya. Ini semua untuk menguji keimanan kita, benarlah sabda Nabi SAW:  “Apabila Allah menyayangi sesuatu kaum maka diujinya, bagi sesiapa yang redha maka baginya keredhaan itu, dan bagi sesiapa yang marah baginya kemarahan itu”..Sedarlah… tidak akan datang kelapangan melainkan selepas kesabaran dan tiada kesenangan melainkan selepas merasai kesusahan, ” Maka sesungguhnya bersama kesusahan itu ada kemudahan”, (Insyirah:5.)

Mari kita ambil contoh teladan dari kisah Nabi Allah Ayub AS yang  Allah telah mencabut kenikmatan yang diperolehinya,dalam tempoh 18 tahun, beliau menderita tidak mampu bergerak, kehabisan harta, kehilangan dan kematian anak, tetapi apa yang berlaku pada beliau?, beliau terus bersabar dan Allah memuji beliau atas kesabarannya:
 
 " Sesungguhnya Kami dapati dia (Ayub) seorang yang sabar. Dia sebaik-baik hamba. Sungguh dia sangat taat (kepada Allah)”( Sad:44).
 
 Bersama-sama dengan pujian itu, Allah SWT. mengembalikan kepadanya kesihatan, dan menganugerahkan kepada beliau anak yang ramai.  Benarlah bahawa janji Allah disebalik kesulitan itu terselit seribu kemudahan. Tetapi ingatlah!... semua ini hanya untuk hamba-hambanya yang beriman dan percaya kepada kelebihan dan kasih saying Allah SWT.
 
 Orang yang benar-benar beriman, mereka akan menunggu kelapangan, kemudahan dan kemenangan dari Allah SWT.
 
 Mereka tidak akan berputus asa, tidak merasa lemah, atau bertindak mengikut hawa nafsu mereka, sebaliknya mereka sentiasa muhasabah diri di samping kesusahan yang ditempuhi. Mereka juga sering mencari sebab untuk menyelamatkan diri, menyerahkan segala urusan hanya pada Khaliqnya, merasa cukup dengan berada di bawah lindungan Allah SWT.. Sesungguhnya Allah SWT. bersama dengan orang-orang yang berbuat kebaikan.

Antara kata-kata Mustafa Sodiq Rafie’ -rahimahul Allah-:“Diumpamakan bencana itu dengan sebiji telur, ia memenjarakan isinya, dan Dia menjaganya, memeliharanya dan menolongnya mencapai tahap kesempurnaan, tiada lain baginya kecuali sabar menunggu
 tempohnya, dan redha untuk sampai kepada ghoyahnya,
 kemudian dibiayainya telur itu,
maka keluarlah satu makhluk darinya”...

Kesimpulan dari keseluruhan kisah tersebut:
 
        Kita harus banyak bersabar ...  sentiasa semat di dalam hati bahawa sesungguhnya setiap ujian atau kesusahan yang kita lalui hanyalah ujian  dari Allah SWT  untuk memberikan kita kesenangan.. dengan syarat kita perlu bersabar... 
 
Janji Allah dalam Surah At-Talaq (ayat 7):
 
"Allah akan memberi kelapangan selepas kesempitan”. 
 
 Bersama-samalah kita hayatilah dan renungi makna ayat-ayat di atas. supaya kita dapat merasai ketenangan jiwa ketika menghadapi kesusahan. 
 
Sekian, wassalam.
 
 



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...