Monday, January 13, 2014
KERANA KAU SEORANG WANITA
Tidak semua wanita yang menutup aurat itu solehah
Tapi wanita solehah itu pasti menutup aurat.
Jika hidup ini sebuah pilihan
Kenapa hanya sedikit wanita yang memilih untuk menjadi wanita sholehah yang hidupnya dikagumi dunia dan di nanti syurga?
Jika Allah Subhanahu Wa Ta'ala menjadikan Islam itu mudah
Bukan berarti hal Wajib boleh menjadi Sunnah
Dan jika menutup aurat itu wajib
maka, bukan bermakna wanita boleh semaunya mengatakan aku belum bersedia,
Tahu arti kata wajib menurut Islam bukan?
Bila dijalankan mendapat “Pahala”
Bila ditinggalkan “berdosa”
Wajib tetap haruslah dilaksanakan dan dosa tetap ditulis
Dan ini Ketetapan Allah
“Dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung kedadanya”
(Qs. An-Nuur : 31)
Aku memang tak sepandai seperti seorang perdana menteri
Yang dengan dalihnya boleh apa yang dikehendaki
Yang dengan janjinya sesiapa sahaja boleh kaya
“Kaum laki – laki adalah pemimpin bagi kaum wanita”
Kerana kamu seorang wanita
Apakah kamu memang tak pandai menggugat dan bersuara
Bukan kerana kau tidak mempunyai keberanian yang menyala
Bukan kerana kau menutup mata
Bukan kerana kau menutup telinga
Dan bukan pula kerana kau seorang wanita
Kau tahu kenapa kawan?
Kerana kau lebih suka bertindak dengan realiti dan aksi yang nyata
Kerana kau lebih suka menanggapi semua dengan lemah lembut
Kerana kau lebih suka mendekat dengan tajamnya rasa
Kau tahu kenapa kawan?
Kerana kau seorang wanita
Apa kau memang tak pandai bersolek seperti yang dilakukan kebanyakan kaum hawa
Yang biasa menampilkan perhiasan
Hingga membuat kaum adam terbuai dosa
Kau tahu kenapa kawan?
Kerana kau seorang wanita yang dimuliakan dalam Al-Quran
Untuk mengulurkan menutup auratnya hingga ke dada
Yang boleh ditampakkan hanya kepada muhrim-muhrimnya
Kau tahu kenapa kawan?
Kerana Islam sangat menghormati wanita
Katakanlah kawan :
Kamu seorang wanita
Yang akan selalu belajar mengikuti jejak ketegaran dan kesabaran Khadijah
Wanita muslim pertama yang bersyahadat pada Allah dan Rasul-Nya
Saudariku...
Jadilah engkau seperti kupu-kupu
Ringan perawakan
Indah dipandang
Sedikit bergantung kepada yang lain
Terbang dari satu bunga ke bunga lain
Dari satu taman ke taman lain
Lihatlah
Ia tidak mengeluh atas hidupnya yang sebentar
Tapi dalam hidupnya yang begitu singkat
Ia telah menebarkan keindahan dan membuat orang yang melihatnya senang
Atau jadilah engkau seperti lebah
Yang selalu makan sesuatu yang baik dan mengeluarkan yang baik pula
Jika ia hinggap diatas tangkai
tidak mematahkan
menyentuh nektar tapi tidak merusaknya
mengeluarkan madu
Terbang dengan rasa cinta
Dan hinggap dengan tali kasih
Itulah ibarat wanita yang lembut
Perempuan sejati
Yang kehadiran dan kedatangannya membawa keindahan dan sejuta manfaat
Tidak ada yang tersakiti orang lain melalui perbuatan maupun lisannya
Jaga auratmu yaa Ukti
Agar terjaga pula hatimu
Kerana auratmu adalah bahagian dari keimananmu.
Subhanallah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment