Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda yang maksudnya:
Allah Subhanahu wa Ta’ala menyeru kita untuk bertaubat:
Sebab Allah menghendaki hamba-Nya memperoleh ampunan dan syurga.
Bagi orang yang berdosa ada dua titik ekstrim. Titik ekstrim pertama adalah mereka yang merasa dosanya terlalu besar hingga putus asa dari ampunan Allah. Maka, ia pun tidak berhenti-henti bertaubat kerana kekhuatiran taubatnya tidak diterima oleh Allah SWT. Ekstrim kedua adalah mereka yang merasa dosa-dosanya mudah terhapus, hanya dosa-dosa kecil, sehingga membuatnya berterus-terusan dalam dosa demi dosa. Kalau bertaubat pun, ia hanya melakukan taubat sambal belacan sahaja. Sekarang berhenti, nanti atau besok kembali mengulangi berbuat dosa. Tidak pernah sungguh-sungguh dalam melakukan taubat nasuha.
Contoh untuk ekstrim pertama, lihatlah bagaimana kisah seorang yang telah membunuh 99 nyawa. Saat ia bertanya kepada seorang ahli agama apakah dia masih memiliki kesempatan untuk bertaubat, ternyata jawaban yang diberi adalah tidak bisa. Lalu ahli agama itu pun dibunuh sebagai orang ke-100 yang mati di tangannya. Walau bagaimanapun, niatnya untuk bertaubat tidak pernah pudar. Seterusnya, ketika bertemu seorang alim yang lain, ia pun mengajukan pertanyaan yang sama. Orang alim ini menjawab bahawa dosanya boleh diampuni dengan bertaubat nasuha. Dan sebagai usaha untuknya bertaubat nasuha, ia disyorkan agar berhijrah ke suatu daerah yang kondusif bagi melakukan taubatnya. Dalam perjalanan menuju ke daerah tersebut, ia meninggal dunia. Hingga berdebatlah malaikat rahmat dan malaikat azab, orang ini menjadi urusan siapa. Keduanya lalu mengadukan perselisihan ini kepada Allah yang berkahir dengan ampunan bagi pembunuh yang benar-benar berniat bertaubat ini. Subhaanallah!
Contoh lain ialah suatu peristiwa yang dialami oleh seorang wanita dari Juhanah. Ia yang tengah hamil datang kepada Rasulullah SAW. Di hadapan Rasulullah SAW.ia mengaku telah berzina dan kini ia hamil. Wanita itu bertaubat dan meminta ditegakkan hudud (rajam) atasnya. Rasulullah SAW. menyuruh wanita tersebut kembali untuk menjaga kandungannya sampai bayinya lahir. Setelah bayinya lahir wanita itu datang lagi kepada Rasulullah SAW. Rasulullah SAW. memintanya untuk kembali sampai anaknya tak lagi minum susunya. Kemudian setelah tamat masa menyusu, wanita itu datang lagi meminta dirajam. Akhirnya ia dirajam.
Rasulullah menshalatkan jenazahnya. “Ya Rasulullah, engkau mensholatinya padahal ia telah berbuat zina?” tanya Umar bin Khattab meminta penjelasan. Maka Rasulullah SAW. bersabda yang maksudnya:
Manakala yang berkaitan dengan dosa kecil pula, kita sering terjebak dengan sikap yang meremehkannya. Saat kita ghibah, bercanda yang sudah masuk kategori porno, bahkan bergaul dengan lawan jenis yang tidak islami, kita beralasan “itu kan dosa kecil, tidak apa-apa”. Padahal orang yang meremehkan dosa ia tidak sedar bahawa mereka sedang berhadapan dengan siapa. Allah SWT. yang Maha Besar dan Maha Keras adzab-Nya. Jika kita mahu memahami dan mengerti dengan baik, bahawa sesungguhnya, tidak ada dosa kecil jika dosa itu dilakukan secara terus menerus.
لا صغيرة مع الإصرار
Ibarat sebuah titik noda, dosa kecil pun akan mengotori hati. Semakin banyak dosa semakin banyak pula noda di hati.
Satu perkara lagi yang perlu kita ingati, iaitu dosa yang tidak kita sedari. Oleh kerana itulah mengapa Rasulullah SAW. mengajarkan kita untuk berdoa di waktu pagi dan petang, memohon perlindungan dari syirik yang kita ketahui dan memohon ampun dari syirik yang tidak kita sedari. Dan oleh kerana itulah juga mengapa, Rasulullah menganjur agar kita beristighfar, meminta ampun kepada Allah, tidak kurang dari 70 kali dalam sehari semalam. Selain menghapus dosa kecil dan dosa yang tidak kita sedari, istighfar dan taubat juga menyempurnakan amalan kita.
Oleh hal yang demikian, marilah kita sambut seruan Allah untuk bertaubat sebelum kita terlambat. Allah menyediakan waktu taubat kita terbentang hingga sakaratul maut datang.
Rasulullah SAW. bersabda yang marhumnya:
Sesungguhnya Allah menerima taubat hamba selagi ia belum sekarat (HR. Tirmidzi, Ahmad, Thabrani, Ibnu Hibban, dan Abu Ya’la)
Sekian sahaja, semuga beroleh manfaat semua orang.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment