Tuesday, February 28, 2012

RELAK MINDA DI AKHIR BULAN FEBRUARI...

BACA DULU, FIKIR KEMUDIAN...
~Begitu hebat, orang yang mcipta huruf 'A' hingga 'Z'... memang hebat... Tetapi sayang, sayang sekali penciptanya tersilap kerana telah memisahkan  'I' jauh dari 'U' ...terlalu jauh. Mungkin sebab itu lah 'I' selalu rindu pada 'U' tetapi beliau tidak sebijak pencipta KEYBOARD .....mungkin penciptanya sudah tahu, oleh itu dia letak 'I' dekat dan bersebelahan 'U'.....ohhhh~

 

Monday, February 27, 2012

BAHASA ENGLISH VERSI QLATE

Maghi kito belaja basa engeles cara Qlate. Kalu tak betol, ghoyat kawe weh ghetek.
1) DOG ROCK = TAK ADA DAYA NAK BUAT
2) TOWEL HELL BEAR = TAWAR TERLAJOK
3) SCORE THAN = NGINTAI
4) STAMP BOND = BANYAK SANGAT
5) GAY WHERE = NGORAT TINO
6) GO RED = MESIN  NAK TAJAM KALAM
7) SIR LOCK = KUNCI / PENSAN TAK GERAK GERI
8) SHADE  GOAT = KEMAS
9) DARE BOX = GEMUK METULL
10) DAY BAY = BERANI
11) LAMB BACK = TILAM
12) BEAR ROCK = BERAK
13) TO BAG = KELUAR
14) TALK SAY = TAK INGIN/TAK NAK
15) TEAM BOAT = JALAN RAYA
16) GO DIOR = APA NYA TU
17) PAY CHECK = PICIT
18) PAY CONE = BALING /LEPAR
19) GO MORE =  (GOMO) BAHAM
20) ARE GAS = ANGIN /ACTION
21) BACK WATCH = KENDURI
22) COOL BARE = BESEPAH / SELERAK TAK
23) BELL LAP = CARI SATU-SATU / SELAI-SELAI
24) TEA NO = PEREMPUAN
25) PEA TEACH = DUIT
26) SEE CAR = BASIKAL
27) RAW YARK =  GHOYAT / BAGI TAHU
28) KEY CHAT = CAKAP
29) WAR SAW = RASA
30) YARK BOX TEA = JANGE DOK WAT PERAGAI
31) ADJUST = TACKLE
32) BELLA ROCK = ROMBONGAN PERARAKAN
33) MUD GUARD  = PENGAWAL SELUT
34)  I SWEAR  = AIR SETENGAH PANAS

~ stakat nih dulu, habis moda dah...kalu sapa ada lagi tolong sambun deh...

BAPA MAKAN ANAK SENDIRI


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjcHGNGtJMgkOJ8JEzXsOJrHpjog4RygtqEj1t_Q0FIloitOSojUYrhCmiKfKMvzf_f0tP_v992hqSLu4SARfFT9XGJHZ6bl_tI9bQijqYn1ZvtoK_rm0tn2RrUPOQBj6Kr66d-aBfdKHI/s400/S1+Noticias.jpg
Port Moresby: Penduduk bandar perlombongan Papua New Guinea berkata mereka mendapati seorang lelaki yang mempunyai sejarah penyalahgunaan dadah makan anak yang baru lahir semasa upacara sihir.
Masyarakat setempat sedih, marah, tetapi terdapat juga banyak ketakutan dan kebimbangan kerana terdapat kepercayaan di sihir atau ilmu sihir.
Menurut penduduk tempatan lelaki itu telah menjalankan upacara sihir, atau permulaan, untuk menjadi sebahagian daripada beberapa jenis masyarakat khas, katanya.

Wednesday, February 22, 2012

KEAGUNGAN ALLAH...

LAUT ARAL  DI SEMPADAN  UZBEKISTAN DAN KAZAKHSTAN  HILANG

Laut Aral "menghilang" kerana bencana (perairannya menyusut sehingga 80 peratus sejak. 1960-an.








SUBHANALAH, HEBATNYA SEORANG ISTERI...

 Image DetailDahulu di Baghdad ada seorang laki-laki penjual kain yang kaya. Tatkala dia sedang berada di kedainya, datanglah seorang gadis muda mencari-cari sesuatu yang hendak dibeli. Ketika sedang bercakap, tiba-tiba gadis itu menyingkap wajahnya di sela-sela perbincangan tersebut sehingga laki-laki terrebut terkesima dan berkata, "Demi Allah, aku terpana dengan apa yang kulihat."

Gadis itu pun berkata, "Kedatanganku bukan untuk membeli apa-apa. Selama beberapa hari ini aku keluar masuk pasar untuk mencari seorang lelaki yang menarik hatiku dan bersedia menikah denganku. Dan engkau telah membuatku tertarik. Aku memiliki harta. Apakah engkau mahu berkahwin denganku? "

Laki-laki itu berkata, "Aku telah menikahi sepupuku, dialah isteriku. Aku telah berjanji kepadanya untuk tidak membuatnya cemburu dan aku juga telah mempunyai seorang anak darinya. "

Wanita itu mengatakan, "Aku rela jika engkau hanya mendatangiku dua kali dalam seminggu." Akhirnya laki-laki itu pun setuju lalu bangkit bersamanya. Akad nikah pun dilakukan. Kemudian dia pergi menuju rumah gadis tersebut dan berkaitan dengannya.

Setelah itu, si pedagang kain pulang ke rumahnya lalu berkata kepada isterinya, "Ada teman yang memintaku tinggal semalam di rumahnya." Dia pun pergi dan bermalam bersama isteri barunya.

Setiap hari selepas zuhur dia mengunjungi isteri barunya. Hal ini berlangsung selama lapan bulan, hingga akhirnya isterinya yang pertama mulai merasa aneh dengan keadaannya. Dia berkata kepada pembantunya, "Jika suamiku keluar, perhatikanlah ke mana dia pergi."

Si pembantu pun membuntuti suami majikannya pergi ke kedai, namun ketika tiba waktu zuhur dia pergi lagi. Si pembantu terus membuntuti tanpa diketahui hingga tibalah suami majikannya itu di rumah isteri yang baru. Pembantu itu mendatangi jiran-jiran sekitar dan bertanya, "Rumah siapakah ini?" Mereka menjawab, "Rumah milik seorang wanita yang telah berkahwin dengan seorang penjual kain."

Pembantu itu akan pulang menemui majikannya lalu menceritakan hal tersebut. Majikannya berpesan, "Hati-hati, jangan sampai ada seorang pun yang lain mengetahui hal ini." Dan isteri lama si pedagang kain juga tetap bersikap seperti biasa terhadap suaminya.

i pedagang kain menjalani kehidupan bersama isterinya yang baru selama satu tahun. Lalu dia jatuh sakit dan akhirnya meninggal dunia dengan meninggalkan warisan sebanyak lapan ribu dinar. Maka isteri yang pertama membahagikan harta warisan yang berhak diterima oleh putranya, iaitu tujuh ribu dinar. Sementara bakinya yang berjumlah seribu dinar ia bagi menjadi dua. Satu bahagian ia letakkan di dalam beg, kemudian ia berkata kepada pembantunya, "Ambillah beg ini dan pergilah ke rumah wanita itu. Maklumkan kepadanya bahawa suaminya telah meninggal dengan mewariskan wang sebanyak lapan rib dinar. Putranya telah mengambil tujuh ribu dinar yang menjadi haknya, dan selebihnya seribu dinar aku bagi denganmu, masing-masing memperoleh setengah. Inilah bahagian untukmu. Dan sampaikan salamku juga untuknya. "

Si pembantu pun pergi ke rumah isteri kedua si pedagang kain, kemudian mengetuk pintu. Setelah masuk, disampaikannyalah berita tentang kematian si pedagang kain, dan mesej dari isteri pertamanya. Wanita itu pun menangis, lalu membuka kotak miliknya dan mengeluarkan sehelai kertas seraya berkata kepada si pembantu, "Kembalilah kepada majikanmu dan sampaikan salamku untuknya. Maklumkan kepadanya bahawa suaminya telah menceraikanku dan telah menulis surat cerai untukku. Maka kembalikanlah harta ini kepadanya kerana sesungguhnya aku tidak berhak mendapatkan harta warisannya sedikitpun. "

- sumber dari menujuhidayah.wordpress.com

SAMBUTAN MAULIDUL RASUL SMK AYER LANAS

Rabu  (22/2/2012) - SMK  Ayer  Lanas telah menganjurkan Sambutan Maulidul Rasul. Sambutan kali ini cukup meriah. Berbagai acara seperti ceramah, pertandingan nasyid, poster dan kuiz telah diadakan.
Di akhir program, semua pelajar SMKAL dan guru-guru bersama-sama menikmati jamuan makan nasi gulai kawah secara percuma.









Sempena Sambutan Maulidur Rasul ini, marilah kita bermuhasabah bagi membolehkan kehidupan kita terus bertambah baik dan tepat dengan mesej-mesej al-Quran dan Sunnah.

Marilah kita memperbanyakkan selawat, mempertingkat amal dan kebajikan seterusnya berusaha menjadi insan beragama yang bermanfaat kepada semua. Semoga kita akan berjaya melakukan yang terbaik, sebagaimana telah ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. untuk dijadikan oleh kita sebagai umatnya. Sesungguhnya, Baginda s.a.w. telah mengungkapkan kerinduannya kepada umat yang tidak melihat Baginda s.a.w. tetapi mencintainya dan cuba mencontohinya sedaya upaya.
Terima Kasih.



DEWAN RAKYAT MESIR PASCA REVOLUSI

Adakah anda tahu bahawa Dewan Rakyat Mesir hari ini dianggotai oleh:

 - lebih 140 orang dari ahlinya menghafal al-quran
- lebih 100 ahlinya menghafal le...
bih daripada 10,000 hadis setiap seorang
- lebih 180 ahlinya menghafal lebih dari separuh al-quran
- lebih 170 ahlinya memegang ijazah PhD dalam bidang yang pelbagai
- lebih 50 ahlinya tidak memiliki kenderaan peribadi
- lebih 350 ahlinya pernah ditangkap/ditahan bagi tempoh antara 6 bulan hingga 9 atau 10 tahun (masa zaman diktator dulu).

Tuesday, February 21, 2012

KUNJUNGAN PENOLONG PENGARAH JPN KE PRA. U. LANAS.

SELAMAT DATANG KE PRA.U. LANAS.

Selasa (21/2/2012)  - Penolong Pengarah (Peng. Ting. 6) JPN Kelantan, Tn. Hj. Musa bin Omar dan seorang pengawai khasnya telah melakukan kunjungan kerja ke Pra.U. Lanas. Beliau telah meninjau suasana pembelajaran pelajar serta beramah mesra dengan guru-guru ting. 6 . Pelbagai perkara berbangkit sedikit sebanyak telah diutara untuk tindakan beliau. Dan, pihak kami sebagai guru ting. 6
mengucapkan berbanyak terima kasih.

Monday, February 20, 2012

SMK AYER LANAS SAMBUT PK PENTADBIRAN DAN PK KO BARU.

Isnin (20/2/2012)-Kelab guru dan Pelajar-pelajar Tingkatan 6  SMK Ayer Lanas  meraikan kedatangan PK KO baru, En. Kassim (dari SMK Batu Melintang). Majlis berjalan sederhana tapi meriah.


SELAMAT  BERTUGAS DI SMK AYER LANAS


Pelajar Tingkatan 6 sedang menunggu PK KO yang baru.
Ini kelab bahagian perancangan...
Sesuatu perlu dilakukan agar keadaan bertambah kondusif...
Jangan duk merajuk... bawa bertenang...
Syukran... dapatlah aku posing dengan PK Pentadbiran baru...
Ketibaan PK KO  baru, En. Kassim disambut oleh En. Rozali Muda, Penyelia Ting. 6 SMKAL... 
Nih... guru-guru SMK Batu Melintang yang mengiring... ade kenal ke???
Aisye... senyum purple .Ini PK Pentadbiran baru SMKAL, Pn. Sukeriah ... 
Ape macha ??? ade mau komen ke ???
Ade kueh di dalam talam
Talam dibawa sigadis ayu
Selamat datang kami ucapkan
Semuga di sini bahagia selalu.
Cara Menggunakan Wireless Printer Brother

Printer dapat dijadikan sebagai access wireless (dengan router)
1. Printer di network reset
2. Lalu wireless printer dinyalakan
3. Setelah itu diamkan kira2 3 menit sampai printer membuat ip address sendiri
4. Cek ip address printernya (network-> WLAN-> TCP/IP), nanti bakalan dapet Ipnya 169.254.xxx.xxx (ini setting printer otomatis)
5. setelah dapet ip address tersebut baru kita install d PC
6. Penginstalan menggunakan driver yang ada di kardus
7. Kita next2 menu sampai ada 3 pilihan
8. Pilihan pertama ada yg recommend, ke dua itu input IP address dan 3 masukan node name.
9. Pilih yang ke dua masukan IP address yang kita lihat di printer 169.254.xxx.xxx
10. Selesaikan proses instalasi
11. Di PC untuk koneksi wirelessnya pilih jaringan printer tersebut namanya DEFAULT.

sesudah itu silahkan anda print dari komputer atau scan.. ^^

semoga bermanfaat ya..

ANGKAT KERUSI DENGAN GIGI



Li Hongxiao saat melakukan aksinya (Foto: Orange)

BEIJING - Seorang lelaki China memecahkan rekod baru dunia , dengan mengangkat dan mengimbangkan 23 kerusi  kayu.

Li Hongxiao melakukan akstraksi mengagumkan ini di sebuah pusat membeli belah di Chongqing.  Aksinya itu menarik perhatian warga setempat. Demikian diberitakan Orange, Sabtu (18/2/2012).

Lelaki berusia 30 tahun itu berhasil mengimbangkan 23 kerusi kayu hanya dengan menggunakan giginya. Cuba bayangkan, berapa kuat gigi  Hongxiao.

 Rekod sebelumnya yang tercatat adalah  14 kerusi yang berhasil dikumpulkan, kemudian di diangkat dan diseimbangkan.

Bangku-bangku yang digunakan Li ini mempunyai berat hampir 70 kilogram.


-id.yahoo

Friday, February 17, 2012

TUPAI MAMPU GOYANG POKOK KELAPA ?


YES, I CAN DO IT...


Memang sungguh tidak masuk akal apabila ada orang yang percaya bahawa tupai mampu menggoyang pohon kelapa. Tetapi, dalam berbagai cerita dongeng sejak turun temurun, tupai selalu mengaku kepada monyet bahawa dirinya mampu menggoyang pohon kelapa.
Hal itu demikian memang dibuktikan tupai kepada sang monyet, kerana mampu memanfaatkan angin yang sedang berhembus kencang di sekitarnya. Takala angin bertiup, saat itulah tupai langsung mendakwa bahawa dirinyalah yang menyebabkan pohon kelapa tersebut bergoyang.
Untuk meyakinkan monyet, tupai pun menarik sekuat-kuat hatinya pelepah kelapa dengan tangan kanannya, sementara tangan kiri memeluk pohon kelapa erat-erat. Semakin kuat angin, semakin kencang pula hentakan tangan tupai terhadap pelepah kelapa tersebut. 
Dan, tupai  baru berhenti bergoyang ketika angin yang berhembus tadi sudah benar-benar reda. Namun yang anehnya, sang monyet begitu percaya bahawa tupai memiliki kekuatan yang luar biasa, yakni mampu menggoyang pokok kelapa yang besar itu.
Perumpamaan ini sangat sesuai diterjemahkan kepada para ahli politik yang mengaku mampu mengurus sesebuah negara untuk mendapatkan atau bertahan sebagai peneraju. Sudah bukan rahsia umum lagi bahawa sejak akhir-akhir ini begitu banyak manusia yang berkepentingan politik dan ahli politik yang bercakelewangan menawarkan khidmatnya. 
Misalnya, ada mengaku mampu itu, ini dan dia yang terhebat dari kalangan yang tersohor untuk diangkat  menjadi pemimpin kalangan tertentu. Dan, anehnya mereka mendabik dada  berani mendakwa mereka telah ditunjuk untuk menjadi Anu dan Anu dan semua itu yang menyebabkan anda selesa kini adalah berkat hasil perjuangannya .
Padahal,  kalau ditilik dan dibelek, sama sekali dia tidak ada kontribusi  terhadap apa yang diwar-warkannya. Hanya sahaja secara kebetulan nama dia berada di situ, serupa dan sama seperti yang dia perkatakan itu.
Kepiawian  dalam memanfaatkan momentum inilah yang kemudian membuat dirinya dapat mengeruk keuntungan kebendaan dan pelbagai kemudahan lainnya. Seterusnya ia pun menjadi orang penting di lingkungan tersebut, seakan-akan ia dengan leluasa dapat mengatur pentadbiran di daerahnya, sesuai dengan kehendak seluruh orang yang bermukim di situ.
Dan, di sinilah biasanya mulai muncul bibit-bibit kerosakan terhadap sistem pemerintahan suatu kawasan atau organisasi. Sebab, sesunguhnya mereka seperti ini tidak mempunyai niat yang ikhlas untuk membantu  hingga sukses dan selamat sampai ke destinasi. Yang ada di dalam benaknya adalah bagaimana cara ia dapat menikmati keuntungan peribadi yang sebesar-besarnya.
Untuk itu kita berharap kepada siapa pun kelak yang terpilih agar berhati-hati. Yakinilah, tanggungjawab yang diberikan itu adalah sebuah kepercayaan yang wajib dijaga, serta akan dipertanggungjawabkan kepada masyarakat dan  lebih-lebih lagi kepada Allah Swt. di akhirat nanti.

CARA RELAK YANG TERBAIK.

Cara berteduh yang terbaik. Teruskan usaha anda...IsyaAllah suatu saat anda akan beroleh kenyamanan sejati.


DESIGN BAJU KORPORAT PRA.U. LANAS.

Contoh design baju AJK PERTENA
  
Contoh baju bukan AJK

Contoh Baju Guru

Tuesday, February 14, 2012

NEGARA PALING UNGGUL KUALITI PENDIDIKANNYA

 BAGAIMANAKAH  CARA PENDIDIKANNYA ?
 Negara Dengan Kualitas Pendidikan Terbaik di Dunia
Tahukah Anda negara manakah yang mempunyai kualiti pendidikan peringkat pertama di dunia?

Finland adalah negara dengan ibukota Helsinki  memang begitu luar biasa. Menduduki peringkat pertama di dunia ini dicapai oleh Finland berdasarkan hasil kajian antarabangsa yang komprehensif pada tahun 2003 oleh Organization for Economic Cooperation and Development (OECD). Satu ujian yang dikenali dengan  PISA (Programme for International Student Assesment) mengukur kemampuan pelajar di bidang Sains, Membaca, dan juga Matematik.

Negara Finland bukan sekadar unggul secara akademis tetapi juga  hebat dalam pendidikan kanak-kanak yang lemah mentalnya.

Ringkasnya, Finland berhasil membuat semua pelajarnya cerdas dan kerana itu Finland menjadi Top No. 1 dunia?

Dalam  anggaran perbelanjaan pendidikan, Finland memang  lebih tinggi dibandingkan dengan kebanyakan negara-negara di Eropah tetapi masih rendah dengan beberapa negara lainnya. Finland tidaklah melonjak kemampuan pelajarnya dengan menambah jumlah jam belajar, memberi beban latihan tambahan, menerapkan disiplin tentera, atau menghujani pelajar dengan berbagai macam ujian.

Pelajar di Finland mulai sekolah pada usia  7 tahun, dan jumlah jam sekolah mereka lebih sedikit, iaitu hanya 30 jam seminggu. Bandingkan dengan Korea, yang menduduki ranking kedua dunia setelah Finland, yang pelajarya menghabiskan 50 jam seminggu.Bagaimana dengan kita di Malaysia ?

Apakah  kuncinya?

 Kuncinya terletak pada kualiti guru. Di Finland yang ada hanya  guru-guru yang berkualiti terbaik dengan latihan yang terbaik juga. Profesion perguruan sendiri adalah profesion yang sangat dihargai. Lulusan sekolah menengah terbaik biasanya mendaftar untuk dapat memasuki maktab-maktab perguruan, dan hanya 1 dari 7 pemohon yang  diterima. Persaingannya lebih ketat dan hebat daripada hendak memasuki pusat pengajian tinggi yang menawarkan kursus bukan perguruan !

Jika negara-negara lain percaya bahawa ujian dan evaluasi bagi pelajar merupakan sebahagian yang sangat penting bagi menentukan kualiti pendidikan, tetapi di Finland justru percaya bahawa ujian  itulah yang akan menghancurkan tujuan belajar pelajar. Terlalu banyak ujian membuat kita cenderung mengajarkan kepada pelajar untuk lulus dan cemerlang dalam ujian semata-mata, ungkap seorang guru di Finland.

Pada usia 18 tahun pelajar mengambil ujian untuk mengetahui kualifikasi mereka ke perguruan tinggi dan dua pertiga daripadanya melanjutkan ke perguruan tinggi.

Pelajar diajar untuk mengevaluasi dirinya sendiri sejak Pra-sekolah!
Hal ini demikian akan membantu pelajar belajar bertanggungjawab atas pekerjaan mereka sendiri, kata Sundstrom, Guru Besar sekolah di Sekolah Rendah Poikkilaakso, Finland.

Pelajar didorong untuk bekerja secara independen dengan berusaha mencari sendiri maklumat yang mereka perlukan. Suasana sekolah sangat santai dan fleksibel. Adanya terlalu banyak komando hanya akan menghasilkan rasa tertekan, dan mengakibatkan suasana belajar menjadi tidak menyenangkan.

Kelompok pelajar yang lemban mendapat dukungan intensif. Hal ini demikian  juga yang membuat Finland menjadi sukses.

Berdasarkan penemuan PISA, sekolah-sekolah di Finland sangat kecil perbezaan antara pelajar yang berprestasi baik dan yang buruk dan merupakan yang terbaik menurut OECD. Pemulihan tidaklah dianggap sebagai tanda kegagalan tetapi sebagai suatu kesempatan untuk memperbaiki segala bentuk kekurangan. Seorang guru yang bertugas menangani masalah belajar dan prilaku pelajar membuat program individual bagi setiap pelajar tersebut dengan memberi penekanan kepada tujuan-tujuan yang harus dicapai, umpamanya: Pertama, masuk kelas; kemudian datang tepat waktu; berikutnya, bawa buku, dan sebagainya. Kalau pelajar mendapat latihan, pelajar tidak perlu untuk menjawab dengan betul, tetapi yang penting mereka berusaha.

Para guru sangat menghindari sikap mengkritik terhadap pekerjaan pelajar mereka. Menurut mereka, jika kita mengatakan “Kamu salah” pada pelajar, maka hal tersebut akan membuat pelajar mendapat malu. Dan jika mereka malu maka ini akan menghambat mereka dalam proses pembelajaran. Setiap pelajar diperbolehkan melakukan kesalahan. Mereka hanya diminta membandingkan hasil mereka dengan nilai sebelumnya, dan tidak dengan pelajar lainnya.
Setiap pelajar diharapkan agar bangga terhadap dirinya masing-masing. Kedudukan atau 'Ranking' hanya akan membuat guru memfokuskan diri pada segelintir pelajar tertentu yang dianggap terbaik di kelasnya.

~semuga bermanfaat untuk semua pendidik~

Monday, February 13, 2012

SEKADAR PERINGATAN BAGI YANG LUPA





Wahai sesiapa sahaja yang akan berpesta-pura dengan menghemburkan harta sia-sia pada hari-hari yang kalau Allah kehendaki ada huru hara.
Wahai sesiapa sahaja yang ingin mengejar nafsu tanpa menpedulikan apakah itu meniru-niru orang kafir --yang penting 'enjoy' sentiasa-- di tengah-tengah banyak faqir miskin merintih kerana himpitan beban hidup yang semakin meroyan.
Wahai sesiapa sahaja yang ingin bermaksiat di tengah-tengah masyarakat yang sedang melarat.
Wahai sesiapa sahaja yang ingin berjoget dan menari ronggeng di saat kebanyakan masyarakat kecil lagi terkepit duit.
Wahai sesiapa sahaja yang ingin membakar wang dengan sia-sia dan menghamburkan harta kekayaan di saat gempa mengoncang bumi di sana-sini dan tsunami sedang berstatus menanti masa melanda lagi .


Allah telah memperingatkan seluruh umat manusia:


Ayat 96. "Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertakwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat Kami) itu, maka Kami siksa mereka disebabkan perbuatannya."


Ayat 97." Maka apakah penduduk negeri-negeri itu merasa aman dari kedatangan siksaan Kami kepada mereka di malam hari di waktu mereka sedang tidur?"


Ayat 98. "Atau apakah penduduk negeri-negeri itu merasa aman dari kedatangan siksaan Kami kepada mereka di waktu matahari sepenggalahan naik ketika mereka sedang bermain?"


Dan ayat 99." Maka apakah mereka merasa aman dari azab Allah (yang tidak terduga-duga)? Tiada yang merasa aman dari azab Allah kecuali orang-orang yang merugi. (QS Al-A’raaf: 96-99)"


Bagi orang-orang yang membuat mungkar jahat, ingatlah!


Ayat 45. " Maka Apakah orang-orang yang membuat makar yang jahat itu, merasa aman (dari bencana) ditenggelamkannya bumi oleh Allah bersama mereka, atau datangnya azab kepada mereka dari tempat yang tidak mereka sadari,"


Ayat 46. "atau Allah mengazab mereka diwaktu mereka dalam perjalanan, Maka sekali-kali mereka tidak dapat menolak (azab itu)"


Dan Ayat 47. " atau Allah mengazab mereka dengan beransur-ansur/ dalam Keadaan takut (sampai binasa). Maka Sesungguhnya Tuhanmu adalah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. (QS An-Nahl: 45-47)"


Allah telah memperingatkan dengan firman-Nya. Masih pula memperingatkan dengan keadaan di sekitar kita yang ada di bumi.


"Dan di bumi itu terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang yakin. (QS Adz-Dzariyat/51: 20)"


Bila manusianya sudah banyak yang tidak bertaqwa, bahkan banyak berbuat dosa, lupa akhirat, lupa Allah Ta’ala; sebenarnya ayat-ayat tersebut di atas sudah cukup untuk mengingatkannya. Namun kerana sebegitu besarnya  kasih sayang Allah Ta’ala, masih lagi manusia ini diberi peringatan dengan adanya gejala bencana.


Kita di Malaysia sedang berstatus waspada dan bersiap siaga menanti apakah yang bakal terjadi...


Selayaknya manusia di dunia ini menggunakan sisa umurnya untuk bertaubat kepada Allah Ta’ala dan mendekatkan diri kepada-Nya, dan memohon keselamatan untuk dunia dan akhirat.


"Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk tunduk hati mereka mengingat Allah dan kepada kebenaran yang telah turun (kepada mereka), dan janganlah mereka seperti orang-orang yang sebelumnya telah diturunkan Al Kitab kepadanya, kemudian berlalulah masa yang panjang atas mereka, lalu hati mereka menjadi keras. Dan kebanyakan di antara mereka adalah orang-orang yang fasik (QS Al-Hadid/ 57: 16)"


Siapakah yang mampu mencegah bila bencana yang faktor-faktornya sudah dibuat sendiri oleh manusia, begitu Allah timpakan kepada para manusia?
Jelasnya, tidak ada yang mampu menolaknya. Maka secara akal, orang yang merasa tidak takut dari azab Allah itu hanyalah orang-orang yang rugi.


"Maka apakah mereka merasa aman dari azab Allah (yang tidak terduga-duga)? Tiada yang merasa aman dari azab Allah kecuali orang-orang yang merugi. (Al-A’raf: 99)"


Wahai umat manusia yang tetap nekat berpesta-hura dengan menghamburkan harta untuk sia-sia di tengah kemungkinan adanya huru-hara…


Peringatan sudah diberi, kritikan pun sudah, malah  bencana tsunami yang mengorbankan 225,000 jiwa di Aceh yang baru sahaja malamnya (ada khabar menyatakan  mereka berpesta joget-joget)  di pantai dalam acara kemusyrikan menyambut hari natal, lalu paginya 26 Disember 2004 langsung disimbah dengan tsunami hingga bergelimpangan tidak bernyawa lagi; itupun juga sudah. Maka, kalau nanti ada apa-apa dan termasuk yang rugi (seperti yang ditegaskan ayat) itu tadi,
Ya Allah, ya Rabbi, kami mohon keampunanMu. Sebagaimana yang Engkau tuntunkan dalam firman-Mu:


"Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma'aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir." (QS Al-Baqarah: 286).


Amien ya Rabbal ‘alamien

DON'T BE SAD...


Jangan sedih jika kita belum dapat mengunjungi tempat yang kita impikan, kerana boleh jadi karya kita dapat menembusi dunia yang belum kita singgahi.Jangan sedih jika pakaian kita bukanlah model terbaru atau termahal, kerana yang Allah lihat bukanlah model tetapi bagaimana sempurnanya seorang hamba dalam menjaga auratnya.
Jangan sedih ketika kita belum dapat memakan makanan yang kata orang enak dan mewah, boleh jadi makanan yang kita nikmati saat ini lebih berkah dan bernilai. Serta dapat belajar bersyukur bahawa kita masih boleh menemukan makanan hari ini di banding mereka-mereka yang kurang beruntung.
Jangan sedih jika barang-barang yang kita miliki saat ini tidak berjenama, boleh jadi barang-barang yang kita miliki jauh lebih bermanfaat dan di beli berdasarkan keperluan bukan keinginan semata.
Jangan sedih jika kita sering menemui perkara-perkara yang buruk dalam hidup, jadikan sahaja itu semua sarana untuk mendulang hikmah dan mendekatkan diri pada Allah SWT serta sarana peningkatan martabat diri kita sebagai hambaNya.
Jangan sedih jika kini kita tidak memiliki kawan-kawan yang banyak, kerana kawan terbaik yang kita bawa pada saat akhir nanti adalah amal ibadat terpuji.
Jangan sedih jika kita merasa banyak sekali kekurangan yang  dimiliki, yakinlah dan cuba baiki  potensi yang kita miliki. Mulailah dengan meneliti apa kesukaan kita, boleh jadi hal tersebut adalah sesuatu yang tidak semua orang mampu lakukan dan tersenyumlah, kerana kita tahu apa kelebihannnya.
Jangan sedih jika kita tidak boleh dengan mudah mendapatkan barang-barang yang diinginkan, itu bererti Allah telah memberikan rasa sayangNya  sehingga kita akan lebih mensyukuri apa yang kita dapatkan dengan susah payah. Dan kita bukan merupakan hamba kepada hawa nafsu.
Jangan sedih jika saat ini kita  belum menemukan jodoh padahal telah berusaha. Nikmati sahaja hobi kita saat ini yang belum tentu dapat kita nikmati ketika nanti menikah, nikmati sahaja untuk mendulang ilmu serta mendekatkan diri kepada Allah.
Jangan sedih jika kita yang telah berkahwin tetapi belum juga di cahaya mata . Boleh jadi Allah sedang memberikan ujian peningkatan iman melalui proses kesabaran dan pembelajaran. Bila nanti kita telah di beri amanah oleh Allah, maka akan lebih siap dan baik untuk mendidiknya.
Jangan sedih jika saat ini kita  merasa diri kita bukan siapa-siapa, tidak ada apa-apa. Jika yang kita maksud adalah bukan siapa-siapa di dunia ini. Tetapi jadilah siapa-siapa yang kelak seluruh makhluk langit akan membanggakan kita di akhirat kelak.
Jangan sedih jika kita merasa di abaikan makhluk bumi dan merasa terasing. Kerana sebaik-baik pendengar adalah Allah. Dan akhirat hanya untuk orang yang asing. Asing dengan dunia. Kerana dunia adalah persinggahan sementara sedang kampung keabadian adalah akhirat.

Jangan sedih, don't be sad, Jangan berdukacita... Kerana Allah bersama kita.. Kerana kita adalah juara !!!

7 FAKTA TENTANG MENANGIS


Setiap orang tentu sahaja pernah menangis dalam hidupnya. Sejak kita lahir di dunia, kita sudah merasakan air mata keluar dari mata.
Menangis merupakan ekspresi emosi ketika seseorang merasa disakiti sama ada mental maupun fisikal, atau  saat seseorang merasa sangat bahagia.

1. Rasa Marah Akan Hilang Setelah Menangis

Mengikut kajian sekitar 85 peratus wanita dan 73 peratus lelaki mengakui rasa marah dan sedih akan berkurang setelah menangis. Seperti yang kita tahu, air mata tidak hanya dikeluarkan kerana adanya perasaan emosional sahaja. Air mata juga berfungsi untuk membersihkan dan mengurangi dehidrasi pada membran mata yang  menyebabkan penglihatan menjadi kabur. Iritasi dan menguap juga boleh memacu naiknya pengeluaran air mata. Namun, meskipun keduanya boleh menyebabkan munculnya air mata, tetapi air mata emosional dapat menyebabkan iritasi kerana memiliki komposisi kimia yang berbeza.

2. Wanita Lebih Mudah Menangis

Wanita dianggap lebih mudah menangis. Rata-rata, wanita menangis sebanyak 47 kali dalam setahun, sedangkan lelaki menangis hanya tujuh kali setahun. Namun, ini bukan hanya kerana perempuan dianggap lebih emosional dan lemah berbanding laki-laki, melainkan fakta-fakta perubatan menyebutkan bahawa saluran air mata lelaki memiliki ukuran yang lebih kecil berbanding wanita. Sedangkan untuk bayi, tempoh normal menangis mereka adalah sekitar 1-3 jam.

3. Orang Lebih Sering Menangis di Malam hari

Kita tidak dapat memjangkakan bila kita akan menangis kerana kita tidak boleh menjangkakan dengan tepat emosi kita . Namun menurut penelitian, kebanyakan orang menangis antara pukul 7.00 malam -10.00 malam.

4. Rata-rata menangis dalam jangkamasa 6 Menit

Tidak hanya waktu yang menunjukkan bila orang menangis, tetapi tempohnya juga. Walaupun menangis hanya berlaku sebentar, sebahagian besar orang menghabiskan waktu 6 menit setiap kali menangis.

5. Menangis itu Sihat

Jangan malu untuk mengalirkan air mata. Menurut para ilmuwan, menangis tidak hanya sekadar tindakbalas tubuh terhadap kesedihan dan kekecewaan, namun juga menandakan sihat.

6. Menangis boleh Meredakan Stres/Tekanan

Menangis juga cara yang paling baik untuk mengurangi stres emosional. Hal ini demikian tentu sahaja baik bagi kesihatan, kerana stres memberikan dampak yang buruk bagi kesihatan. Dari hasil penelitian diketahui bahawa air mata mengandungi hormon prolaktin yang berkesan untuk melawan stres.

7. Menangis Sebagai pengubatan yang baik

Menangis juga bisa menurunkan tekanan darah dan denyut jantung, serta membuat tindakbalas terhadap pengubatan lebih baik.
Menangislah Bila Ingin Menangis, namun jangan di paksakan untuk menangis kerana bagaimana pun Tersenyum lebih indah dari pada menangis.


Sunday, February 12, 2012

ANTARA DUA DARJAT

Ketenangan dan kekhusyukan adalah nikmat yang lahir  bukan kerana kebetulan atau dari keterpaksaan. Kelaziman atau kebiasaan dan kerendahan diri adalah ubat mujarab luluhnya sikap ego yang wujud dalam diri.
Siapalah kita, untuk tidak duduk sama rendah berdiri sama tinggi - kecuali orang-orang yang beriman dan bertaqwa.


SUBHANALLAH...WALHAMDILILLAH...ALLAHUAKBAR.

Saturday, February 11, 2012

APA JADI JIKA TIBA-TIBA SELURUH KUCING DI DUNIA MATI ???

Thinkstock

Adakah Anda bukan seorang pecinta kucing ?  Ketika Anda melihat seekor kucing bermalas-malasan di kerusi, tidur sepanjang hari dan hanya sesekali menggeliat atau melirik ke jendela, Anda langsung berfikir bahawa kucing adalah spesies haiwan yang tidak berguna.

Tetapi sebenarnya, kucing hanya berlagak santai — seperti biasa. Para ahli mengatakan, jika seluruh kucing di dunia tiba-tiba mati, maka itu tandanya akan timbul bencana.

Kucing, sama ada yang dipelihara maupun liar, kebanyakan hanya hidup bergantung pada makanan kita. Tetapi menurut Alan Beck, profesor kedoktoran haiwan di Universiti Purdue, kucing adalah predator ahli dengan keahlian berburu dan memiliki daya adaptasi yang cepat.

"Kucing hebat memangsa binatang yang lebih kecil, dan dapat bertahan hidup walau mangsa mereka sudah menipis," kata Alan kepada Life's Little Mysteries, sebuah website dari LiveScience.

Oleh sebab itulah kita akan merasa kehilangan bila  semua kucing tiba-tiba mati. Kucing berperanan penting dalam membasmi hama tikus dan cecurut di ladang dan jelapang padi. Di India, kata Alan, kucing memainkan faktor penting dalam keberhasilan penuaian.

Singkatnya, mungkin benar manusia memberi makan kucing. Tapi tanpa kucing, makanan buat manusia juga akan lebih sedikit.

Bila tiba-tiba tidak ada lagi kucing yang menghuni dunia ini, populasi haiwan pengerat jelas akan meningkat. Berapa drastis? Ini gambarannya:

Penelitian tahun 1997 di England mengungkapkan, seekor kucing rumah rata-rata membawa pulang 11 ekor haiwan mati — tikus, burung, katak, dsb — dalam tempoh enam bulan. Itu bererti 9 juta kucing membunuh hampir 200 juta binatang liar per tahun.

Sedangkan di New Zealand, sebuah penelitian pada tahun 1979 menemukan fakta bahawa ketika populasivkucing di sana hampir punah, populasi tikus meningkat cepat sebesar empat kali ganda.

Ada kesan sampingan lain. Di New Zealand, jika populasi tikus meningkat (kerana tak ada kucing) maka populasi burung laut ikut menurun drastis. Puncanya, tikus suka memakan telur burung laut. Populasi pemangsa tikus (di luar kucing) juga akan meningkat.

"Semua spesies saling mempunyai pengaruh," kata Alan.

Dan jangan lupakan dari aspek emosional yang akan dihadapi oleh manusia ketika seluruh kucing mati: "Di negara ini, banyak orang mencintai kucing. Memang yang memelihara anjing lebih banyak, tapi kucing lebih disukai untuk dibelai-belai. Mereka mudah dirawat dan wajahnya ‘pedomorphic’ [menyerupai anak-anak].”

Sementara lebih banyak rumah yang memelihara anjing (38 persen) daripada yang memelihara kucing (34 persen), tetapi jumlah kucing peliharaan lebih banyak daripada anjing kerana pemilik kucing memelihara lebih dari satu kucing. Kucing sebagai haiwan peliharaan lebih disukai untuk dibelai, mudah perawatannya, dan wajahnya lebih pedomorphic (lebih seperti anak-anak)."

~sumber :id.yahoo

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...