Monday, February 13, 2012

DON'T BE SAD...


Jangan sedih jika kita belum dapat mengunjungi tempat yang kita impikan, kerana boleh jadi karya kita dapat menembusi dunia yang belum kita singgahi.Jangan sedih jika pakaian kita bukanlah model terbaru atau termahal, kerana yang Allah lihat bukanlah model tetapi bagaimana sempurnanya seorang hamba dalam menjaga auratnya.
Jangan sedih ketika kita belum dapat memakan makanan yang kata orang enak dan mewah, boleh jadi makanan yang kita nikmati saat ini lebih berkah dan bernilai. Serta dapat belajar bersyukur bahawa kita masih boleh menemukan makanan hari ini di banding mereka-mereka yang kurang beruntung.
Jangan sedih jika barang-barang yang kita miliki saat ini tidak berjenama, boleh jadi barang-barang yang kita miliki jauh lebih bermanfaat dan di beli berdasarkan keperluan bukan keinginan semata.
Jangan sedih jika kita sering menemui perkara-perkara yang buruk dalam hidup, jadikan sahaja itu semua sarana untuk mendulang hikmah dan mendekatkan diri pada Allah SWT serta sarana peningkatan martabat diri kita sebagai hambaNya.
Jangan sedih jika kini kita tidak memiliki kawan-kawan yang banyak, kerana kawan terbaik yang kita bawa pada saat akhir nanti adalah amal ibadat terpuji.
Jangan sedih jika kita merasa banyak sekali kekurangan yang  dimiliki, yakinlah dan cuba baiki  potensi yang kita miliki. Mulailah dengan meneliti apa kesukaan kita, boleh jadi hal tersebut adalah sesuatu yang tidak semua orang mampu lakukan dan tersenyumlah, kerana kita tahu apa kelebihannnya.
Jangan sedih jika kita tidak boleh dengan mudah mendapatkan barang-barang yang diinginkan, itu bererti Allah telah memberikan rasa sayangNya  sehingga kita akan lebih mensyukuri apa yang kita dapatkan dengan susah payah. Dan kita bukan merupakan hamba kepada hawa nafsu.
Jangan sedih jika saat ini kita  belum menemukan jodoh padahal telah berusaha. Nikmati sahaja hobi kita saat ini yang belum tentu dapat kita nikmati ketika nanti menikah, nikmati sahaja untuk mendulang ilmu serta mendekatkan diri kepada Allah.
Jangan sedih jika kita yang telah berkahwin tetapi belum juga di cahaya mata . Boleh jadi Allah sedang memberikan ujian peningkatan iman melalui proses kesabaran dan pembelajaran. Bila nanti kita telah di beri amanah oleh Allah, maka akan lebih siap dan baik untuk mendidiknya.
Jangan sedih jika saat ini kita  merasa diri kita bukan siapa-siapa, tidak ada apa-apa. Jika yang kita maksud adalah bukan siapa-siapa di dunia ini. Tetapi jadilah siapa-siapa yang kelak seluruh makhluk langit akan membanggakan kita di akhirat kelak.
Jangan sedih jika kita merasa di abaikan makhluk bumi dan merasa terasing. Kerana sebaik-baik pendengar adalah Allah. Dan akhirat hanya untuk orang yang asing. Asing dengan dunia. Kerana dunia adalah persinggahan sementara sedang kampung keabadian adalah akhirat.

Jangan sedih, don't be sad, Jangan berdukacita... Kerana Allah bersama kita.. Kerana kita adalah juara !!!

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...