Monday, February 6, 2012

SMK AYER LANAS : PENYERAHAN BAUCER BUKU 1 MALAYSIA

ISNIN (6/2/12):
Bertempat di Dewan Besar SMK Ayer Lanas telah berlangsung Majlis Penyampaian Baucer Buku 1 Malaysia kepada para pelajar Pra U Lanas. Program tersebut telah dirasmikan oleh YDP PIBG SMK Ayer Lanas. Seramai 127 orang pelajar Pra U Lanas 2012 telah mendapat sumbangan yang berupa baucer untuk pembelian buku sejumlah RM200.00 setiap pelajar. Diharapkan, dengan bantuan tersebut sedikit sebanyak dapat membantu pelajar untuk mencapai prestasi yang lebih baik. Dalam majlis itu, YDP PIBG berharap agar para pelajar tidak menyalahgunakan pemberian baucer buku 1 Malaysia tersebut.


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...