Monday, February 13, 2012

7 FAKTA TENTANG MENANGIS


Setiap orang tentu sahaja pernah menangis dalam hidupnya. Sejak kita lahir di dunia, kita sudah merasakan air mata keluar dari mata.
Menangis merupakan ekspresi emosi ketika seseorang merasa disakiti sama ada mental maupun fisikal, atau  saat seseorang merasa sangat bahagia.

1. Rasa Marah Akan Hilang Setelah Menangis

Mengikut kajian sekitar 85 peratus wanita dan 73 peratus lelaki mengakui rasa marah dan sedih akan berkurang setelah menangis. Seperti yang kita tahu, air mata tidak hanya dikeluarkan kerana adanya perasaan emosional sahaja. Air mata juga berfungsi untuk membersihkan dan mengurangi dehidrasi pada membran mata yang  menyebabkan penglihatan menjadi kabur. Iritasi dan menguap juga boleh memacu naiknya pengeluaran air mata. Namun, meskipun keduanya boleh menyebabkan munculnya air mata, tetapi air mata emosional dapat menyebabkan iritasi kerana memiliki komposisi kimia yang berbeza.

2. Wanita Lebih Mudah Menangis

Wanita dianggap lebih mudah menangis. Rata-rata, wanita menangis sebanyak 47 kali dalam setahun, sedangkan lelaki menangis hanya tujuh kali setahun. Namun, ini bukan hanya kerana perempuan dianggap lebih emosional dan lemah berbanding laki-laki, melainkan fakta-fakta perubatan menyebutkan bahawa saluran air mata lelaki memiliki ukuran yang lebih kecil berbanding wanita. Sedangkan untuk bayi, tempoh normal menangis mereka adalah sekitar 1-3 jam.

3. Orang Lebih Sering Menangis di Malam hari

Kita tidak dapat memjangkakan bila kita akan menangis kerana kita tidak boleh menjangkakan dengan tepat emosi kita . Namun menurut penelitian, kebanyakan orang menangis antara pukul 7.00 malam -10.00 malam.

4. Rata-rata menangis dalam jangkamasa 6 Menit

Tidak hanya waktu yang menunjukkan bila orang menangis, tetapi tempohnya juga. Walaupun menangis hanya berlaku sebentar, sebahagian besar orang menghabiskan waktu 6 menit setiap kali menangis.

5. Menangis itu Sihat

Jangan malu untuk mengalirkan air mata. Menurut para ilmuwan, menangis tidak hanya sekadar tindakbalas tubuh terhadap kesedihan dan kekecewaan, namun juga menandakan sihat.

6. Menangis boleh Meredakan Stres/Tekanan

Menangis juga cara yang paling baik untuk mengurangi stres emosional. Hal ini demikian tentu sahaja baik bagi kesihatan, kerana stres memberikan dampak yang buruk bagi kesihatan. Dari hasil penelitian diketahui bahawa air mata mengandungi hormon prolaktin yang berkesan untuk melawan stres.

7. Menangis Sebagai pengubatan yang baik

Menangis juga bisa menurunkan tekanan darah dan denyut jantung, serta membuat tindakbalas terhadap pengubatan lebih baik.
Menangislah Bila Ingin Menangis, namun jangan di paksakan untuk menangis kerana bagaimana pun Tersenyum lebih indah dari pada menangis.


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...