Wednesday, February 22, 2012

SAMBUTAN MAULIDUL RASUL SMK AYER LANAS

Rabu  (22/2/2012) - SMK  Ayer  Lanas telah menganjurkan Sambutan Maulidul Rasul. Sambutan kali ini cukup meriah. Berbagai acara seperti ceramah, pertandingan nasyid, poster dan kuiz telah diadakan.
Di akhir program, semua pelajar SMKAL dan guru-guru bersama-sama menikmati jamuan makan nasi gulai kawah secara percuma.









Sempena Sambutan Maulidur Rasul ini, marilah kita bermuhasabah bagi membolehkan kehidupan kita terus bertambah baik dan tepat dengan mesej-mesej al-Quran dan Sunnah.

Marilah kita memperbanyakkan selawat, mempertingkat amal dan kebajikan seterusnya berusaha menjadi insan beragama yang bermanfaat kepada semua. Semoga kita akan berjaya melakukan yang terbaik, sebagaimana telah ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. untuk dijadikan oleh kita sebagai umatnya. Sesungguhnya, Baginda s.a.w. telah mengungkapkan kerinduannya kepada umat yang tidak melihat Baginda s.a.w. tetapi mencintainya dan cuba mencontohinya sedaya upaya.
Terima Kasih.



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...