Gadis itu pun berkata, "Kedatanganku bukan untuk membeli
apa-apa. Selama beberapa hari ini aku keluar masuk pasar untuk mencari seorang
lelaki yang menarik hatiku dan bersedia menikah denganku. Dan engkau telah
membuatku tertarik. Aku memiliki harta. Apakah engkau mahu berkahwin denganku?
"
Laki-laki itu berkata, "Aku telah menikahi sepupuku,
dialah isteriku. Aku telah berjanji kepadanya untuk tidak membuatnya cemburu dan
aku juga telah mempunyai seorang anak darinya. "
Wanita itu mengatakan, "Aku rela jika engkau hanya
mendatangiku dua kali dalam seminggu." Akhirnya laki-laki itu pun setuju lalu
bangkit bersamanya. Akad nikah pun dilakukan. Kemudian dia pergi menuju rumah
gadis tersebut dan berkaitan dengannya.
Setelah itu, si pedagang kain pulang ke rumahnya lalu
berkata kepada isterinya, "Ada teman yang memintaku tinggal semalam di
rumahnya." Dia pun pergi dan bermalam bersama isteri barunya.
Setiap hari selepas zuhur dia mengunjungi isteri barunya.
Hal ini berlangsung selama lapan bulan, hingga akhirnya isterinya yang pertama
mulai merasa aneh dengan keadaannya. Dia berkata kepada pembantunya, "Jika
suamiku keluar, perhatikanlah ke mana dia pergi."
Si pembantu pun membuntuti suami majikannya pergi ke
kedai, namun ketika tiba waktu zuhur dia pergi lagi. Si pembantu terus
membuntuti tanpa diketahui hingga tibalah suami majikannya itu di rumah isteri
yang baru. Pembantu itu mendatangi jiran-jiran sekitar dan bertanya, "Rumah
siapakah ini?" Mereka menjawab, "Rumah milik seorang wanita yang telah berkahwin
dengan seorang penjual kain."
Pembantu itu akan pulang menemui majikannya lalu
menceritakan hal tersebut. Majikannya berpesan, "Hati-hati, jangan sampai ada
seorang pun yang lain mengetahui hal ini." Dan isteri lama si pedagang kain juga
tetap bersikap seperti biasa terhadap suaminya.
i pedagang kain menjalani kehidupan bersama isterinya
yang baru selama satu tahun. Lalu dia jatuh sakit dan akhirnya meninggal dunia
dengan meninggalkan warisan sebanyak lapan ribu dinar. Maka isteri yang pertama
membahagikan harta warisan yang berhak diterima oleh putranya, iaitu tujuh ribu
dinar. Sementara bakinya yang berjumlah seribu dinar ia bagi menjadi dua. Satu
bahagian ia letakkan di dalam beg, kemudian ia berkata kepada pembantunya,
"Ambillah beg ini dan pergilah ke rumah wanita itu. Maklumkan kepadanya bahawa
suaminya telah meninggal dengan mewariskan wang sebanyak lapan rib dinar.
Putranya telah mengambil tujuh ribu dinar yang menjadi haknya, dan selebihnya
seribu dinar aku bagi denganmu, masing-masing memperoleh setengah. Inilah
bahagian untukmu. Dan sampaikan salamku juga untuknya. "
Si pembantu pun pergi ke rumah isteri kedua si pedagang
kain, kemudian mengetuk pintu. Setelah masuk, disampaikannyalah berita tentang
kematian si pedagang kain, dan mesej dari isteri pertamanya. Wanita itu pun
menangis, lalu membuka kotak miliknya dan mengeluarkan sehelai kertas seraya
berkata kepada si pembantu, "Kembalilah kepada majikanmu dan sampaikan salamku
untuknya. Maklumkan kepadanya bahawa suaminya telah menceraikanku dan telah
menulis surat cerai untukku. Maka kembalikanlah harta ini kepadanya kerana
sesungguhnya aku tidak berhak mendapatkan harta warisannya sedikitpun.
"
- sumber dari menujuhidayah.wordpress.com
No comments:
Post a Comment