Wednesday, October 19, 2011

Logitech Mouse for Android Honeycomb 3.1

KEGILAAN BERTAMBAH-TAMBAH...
Logitech Mouse for Android Honeycomb 3.1 Ke Atas ImageBagi para penggemar dan pengguna Tablet yang menggunakan sistem operasi Google Android 3.1 Honeycomb, bergembiralah, kerana kini telah hadir mouse yang dapat dikombinasikan dengan gadget kesayangan anda yang ber-OS Android. Dengan mouse kecil ini, tangan anda tidak perlu terkial-kial lagi untuk berinteraksi dengan Android.
Tanggapan dan respon pengguna pun cukup positif. Mereka menyambut  baik kehadiran produk baru ini yang sedang mereka gilai. Mudahnya lagi, sambungan yang digunakan adalah Bluetooth , tidak akan menyulitkan anda jika ingin 'mempairing' dengan gadget kesayangan anda.
Mungkin akan ada pertanyaan seperti demikian. Kenapa  mouse ini di reka khusus untuk Android? Jawabannya adalah kerana mouse ini menggunakan sambungan Bluetooth tanpa menggunakan USB Dongle. Mouse ini menggunakan laser untuk melakukan pencarian “koordinat mouse” dan tidak akan berfungsi pada permukaan berkilap seperti kaca atau cermin. Untuk berfungsi, mouse perlu ada dua baterai AA.
Jika menyentuh masalah kualiti mouse, anda pasti tidak akan ragu dengan nama besar Logitech, yang merupakan salah satu pengeluar besar di bidang IT.
Logitech Mouse for Android Honeycomb 3.1 Ke Atas Image
Cara pemasangan dan pemakaiannya cukup mudah, cuma perlu 'Pairing' langsung dengan PC Tablet, maka  mouse siap digunakan. Hadirnya tombol kiri dan kanan mouse akan memudahkan dalam mengkombinasikan fungsi-fungsi yang ada digadget Android. Selain itu, fungsi scrolling juga dapat digunakan dengan mudah dengan cara menggerakkan “scroll” pada mouse yang akan menggerakkan layar ke bawah dan ke atas.
Semua fungsi mouse tadi, akan sangat bermanfaat jika anda mengkombinasikannya dengan aplikasi semacam mini Office maupun aplikasi hiburan seperti bermain game atau aktiviti lain untuk sedikit menghilangkan kejenuhan ditengah-tengah aktiviti anda sehari-hari.
Logitech Mouse for Android Honeycomb 3.1 Ke Atas Image
Logitech menamakan Tablet Mouse for Android 3.1 Plus. Seperti namanya, mouse Bluetooth ini hanya dapat digunakan untuk gadget ber-OS Android Honeycomb 3.1 atau yang lebih baru. Jadi, untuk anda yang belum memiliki gadget dengan OS itu, untuk sementara anda harus gigit jari dulu.
Soal harga, Logitech memasarkan produk ini dengan harga US$40, sepadan dengan teknologi dan fungsinya yang terdapat dalam mouse.

Sumber: http://blog.fastncheap.com/

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...