Saturday, October 29, 2011

UJIAN KEMALANGAN PADA HAD LAJU 200km/jam.

Kemalangan Pada Kelajuan 200km/jam...

Setiap kereta yang akan dikilangkan pastinya akan menjalankan beberapa ujian termasuk ujian kemalangan. Ia dilakukan kerana tahap keselamatan kereta tersebut diketahui sebelum dipasarkan.
Namun, apa akan terjadi sekiranya kelajuannya melebihi ujian normal, 200km/jam contohnya. Ini kerana ujian yang dilakukan EuroNCAP hanya mencapai kelajuan maksima 60km/jam.
Inilah yang dilakukan oleh Fifth Gear, dengan melakukan ujian kemalangan dengan kelajuan 200km/jam ke atas kereta Ford Focus model sebelumnya.
Dailymail, Isnin 24 Oktober 2011, melaporkan kereta itu dipasangkan alat penarik khas supaya boleh mencapai kelajuan 200 km/jam dan kemudian dihentam ke arah tembok tebal yang memiliki berat setara dengan Ford Focus. Aksi ini juga melibatkan dua patung, yang ditempatkan pada bahagian depan serta belakang kereta.
Hasilnya Ford Focus itu hancur dan tentunya tidak menampakkan bentuk asal. Kereta itu terlipat dan hanya bentuk belakang yang boleh dikatakan elok.
Ia juga menegaskan tidak mungkin pemandu dan penumpangnya akan selamat jika mengalami kemalangan seperti ini.

Jadi “Kelajuan Boleh Membunuh” yang kita selalu pandang, Kalau tidak percaya;
CUBA, ACU ,TRY, TEST ~ GERENTI MAMPUS PUNYA !

`sumber:inspirasiauto.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...