Setelah Gaddafi, giliran Bashar al-Assad...
Damsyik -Para pemimpin pembangkang di Syria memberi petanda bahwa Presiden Bashar al-Assad akan mengikuti jejak Gaddafi, menjadi pemimpin Timur Tengah selanjutnya yang akan tumbang dari kekuasaan oleh pemberontakan.
Ketika Majlis Peralihan Kebangsaan Libya bersedia untuk menyatakan kemenangan dalam peperangan awam malam tadi, rakyat Syria ikut merayakan dengan turun ke jalan-jalan di kota Homs, seorang aktivis di negara itu menyatakan.
“Mereka meneriakkan bahawa ini adalah hari kegembiraan dan harapan,” kata seorang juru cakap Majlis Umum Revolusi Syria. “Kami semua sangat bahagia dan mengharapkan bahawa hal serupa akan terjadi berikutnya pada Bashar al-Assad. Kami berharap Liga Arab akan membantu kami setelah prestasi besar ini.”
Amr al-Azm, seorang pembangkang di pengasingan di Amerika Syarikat yang membantu membentuk pembangkang Majlis Kebangsaan Syria awal tahun ini mengatakan bahwa Assad harus mengambil pengajaran dari mereka yang sudah pergi. Zine al-Abedine Ben Ali dari Tunisia lari awal tahun ini, dan sekarang hidup dan di Arab Saudi. Hosni Mubarak berhasil diturunkan dari kekuasaan dan kini dipenjara dan diadili.
Pemberontakan Syria telah terbukti sangat hebat selama tujuh bulan terakhir, tetapi telah menunjukkan beberapa tanda-tanda mengendur dalam beberapa minggu terakhir kerana pemerintah tegas melakukan pertumpahan berdarah yang dalam perkiraan PBB telah mengorbankan lebih dari 3.000 orang.
Pasukan keamanan menembak penunjuk perasaan Syria Jumaat lalu, mengorbankan sekitar empat orang, kata aktivis.
“Gaddafi hilang, giliran anda akan datang, Bashar,” teriak pengunjuk rasa pada hari Jumaat (21/10/2011) di kota Hama.
Pasca keberhasilan revolusioner bersenjata di Libya, penunjuk perasaan Syria banyak yang mengatakan mereka mulai hilang kesabaran, terutama bila dibandingkan dengan pemberontakan bersenjata di Libya.
Beberapa penunjuk perasaan Syria menyatakan kini sudah waktunya mengangkat senjata dan mengundang aksi tentera asing. Mereka mengusung poster, “Dimana NATO?” dan mendesak dunia untuk segera datang ke Syria.
Namun demikian, sebahagian besar pemimpin pembangkang di Syria menentang campur tangan asing dalam pergolakan yang berlaku di Syria. (althaf/arrahmah.com)
No comments:
Post a Comment