Kemanakah Hidup Ini Akan Kau Bawa?!
Hidup ini sangat singkat, bagaikan seorang musafir yang istirahat sebenar di bawah pohon untuk melanjutkan perjalanannya.
Al-Qur’an mengatakan secara tidak langsung bahawa satu hari diakhirat rasanya bagaikan seribu tahun di dunia. Bukankah ini kaedah teori relativiti? Sesuai pula dengan fenomena yang sering kita lihat.
Kelkatu berfikir telah hidup lama, buktinya sudah mengelilingi ruangan rumah, namun jika cicak melihatnya maka umur kelkatu hanya semalam sahaja. Cicak juga berfikir umurnya telah lama, namun jika dilihat oleh kucing maka umurnya sebentar sahaja.
Kucing berfikir ia telah berumur panjang, namun apakah sama jika kuda yang melihatnya? Begitu pula kuda, jika dilihat oleh manusia maka umur kuda hanya singkat sahaja.
Bagaimana dengan manusia? Siapa yang melihat umur manusia? Mari kita lihat berdasarkan Al-Qur’an sebagai sumber kebenaran absolut.
1 hari akhirat = 1000 tahun
24 jam akhirat = 1000 tahun
3 jam akhirat = 125 tahun
1.5 jam akhirat = 62.5 tahun
Umur manusia rata-rata berkisar antara 60 – 70 tahun. Jadi hidup manusia ini jika dilihat dari langit hanyalah 1.5 jam sahaja. Wajarlah kita selalu diingatkan tentang masalah waktu.
Hanya satu setengah jam sahaja, menentukan kehidupan abadi kita kelak apakah syurga atau neraka? Cuma satu setengah jam sahaja penderitaan akibat daripada kemiskinan, maka bersabarlah… Satu setengah jam sahaja cuba buat ALLAH senang dan hentikan buat syaitan senang. Cuma satu setengah jam sahaja cuba menahan nafsu dan ganti dengan syari’at. Satu setengah jam yang penuh perjuangan, namun akan ALLAH gantikan dengan syurga yang abadi. Insya ALLAH…
Masya Allah..
Sahabatmu dijalan Allah,
No comments:
Post a Comment