Wednesday, September 14, 2011

SERANGAN DI KEDUTAAN AS - KABUL.

Mujahidin Afghanistan Serang Kedutaan Besar AS di Kabul


KABUL  – Ledakan besar dan rentetan tembakan telah berlaku dekat kedutaan besar Amerika Syarikat dan pejabat pusat NATO di ibukota Afghanistan, Kabul.Menurut keterangan polis, ledakan tersebut akibat dari roket yang ditembakkan oleh Mujahidin.
Hal ini pun dibenarkan oleh pihak Mujahidin. Jurucakap Mujahidin Afghanistan, Zabihullah Mujahid, mengaku bertanggung jawab atas serangan dan menyatakan bahawa mujahidin dengan  roket yang disatukan dengan granat mengambil posisi di sebuah bangunan tinggi di Kabul, dekat daerah yang dijadikan lokasi sejumlah pejabat kerajaan, - Reuters pada Selasa (13/9/2011).
“Hari ini tepat pukul satu, di bulatan Abdul Haq di Kabul satu serangan istisyhad massif di fasiliti perisikan tempatan dan asing sedang berlaku,” kata juru bicara Mujahidin.
Sementara itu, jurucakap  ISAF NATO juga mengakui tentang serangan tersebut. Berbeza dengan kedutaan AS yang tidak memberi sebarang reaksi mengenai serangan.
“Ada serangan yang sedang berlaku di pusat kota Kabul,” kata jurucakap ISAF.
Menurut laporan, sekurangnya 12 orang terbunuh dan 15 lainnya cedera akibat serangan tersebut. Kerajaan Afghanistan mendakwa bahawa enam mujahid turut terkorban akibat  tembak-menembak yang berlaku antara mujahidin dengan pasukan keamanan.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...