Wednesday, September 28, 2011

WANITA DI ARAB SAUDI DI LARANG MEMANDU KERETA.

Saudi Cambuk Aktivis Wanita Yang Degil Melanggar Larangan Memandu Kereta. 

Arab Saudi  - Mahkamah Arab Saudi menjatuhkan hukuman cambuk ke atas seorang wanita sebanyak 10 kali kerana melanggar larangan memandu kenderaan.

Perempuan yang bernama Shema itu dinyatakan bersalah kerana memandu kereta di Jeddah pada Julai lalu.
Gerakan  'Women2drive', yang berkempen tentang hak wanita untuk mememandu kereta di Arab Saudi, mengatakan mereka sedang bersedia untuk mengajukan rayuan terhadap hukuman tersebut.

Dalam beberapa bulan terakhir ini, puluhan wanita memandu kereta di kota-kota  Arab Saudi dalam usaha  untuk menekan kerajaan mengubah undang-undang.

Najalaa Harriri, salah seorang yang akan diadili, mengatakan kepada pejabat  berita Associated Press bahawa ia perlu memandu kendaraan untuk menghantar anak-anaknya.

Hukuman cambuk yang dijatuhkan hari Selasa (27/09) merupakan yang pertama di Saudi. Wanita lain yang tertangkap memandu kereta hanya ditahan beberap hari, namun tidak dijatuhkan hukuman oleh pihak mahkamah.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...