Orang Tua mu, Orang Tua ku, Orang Tua Kita
Ketika kita menikah dengan seseorang,secara langsung kita pun harus " menikahi" keluarga besarnya juga. Kita pun memulai suatu suasana baru. Dua hati yang disatukan, bererti pula dua pasang orang tua, dan dua keluarga besar. Jika kita mencintai pasangan kita, maka disana ada hubung kait bahawa kita pun harus mencintai apa yang dicintai pasangan kita.
Sayangnya, ada orang yang menyamakan bahwa hubungan mertua dan menantu biasanya adalah ibarat air dan minyak. Hal ini demikian kerana ada mertua yang sering melakukan pelanggaran wilayah yang tidak seharusnya, dan atau sebaliknya. Maka akhirnya semua masalah berhujung dengan konflik.
Namun.... mari kita renung sejenak, betapa suami yang baik yang telah kita miliki sekarang adalah sedikit banyak "hasil buah tangan" dari mertua kita. Kekurangan dan kelebihan para suami kita adalah hasil dari tangan- tangan mulia itu. Beliau telah bersusah payah mendidik, melahirkan dan membesarkan suami kita, namun ketika dewasa beliau "dipinta" dengan rela melepaskan anak kesayangannya tersebut lengkap dengan semua hasil baiknya untuk dipersembahkan kepada kita. Memang sangat manusiawi ketika seseorang menjadi dewasa, maka dia harus memulai hidupnya sendiri. Namun, suami kita bukan hanya dibesarkan oleh alam secara semulajadi, sekali lagi, tangan mulia para mertua yang telah melakukannya dengan bijak.
Mungkin sebahagian daripada kita masih menafikan kenyataan tersebut, kerana ditutup oleh kekesalan atau kekecewaan para mertua. Maka, cukuplah diingatkan ketika nanti kita berada pada kedudukan mereka. Kita pun akan meminta untuk difahami oleh para menantu tentang bagaimanapun keadaan hidup kita. Kita pun akan merasakan bagaimana beratnya melepaskan anak kita untuk memulakan hidup bersama pilihan hatinya.
Ketika kita menempatkan diri kita pada kedudukan orang lain, insyaallah akan lebih mudah untuk kita melegakan hati untuk menerima bagaimana keadaan orang lain. Penyelesaian tepat yang lain adalah, tetaplah berlaku baik kepada para mertua atau bahkan mungkin lebih baik. Kerana orang baik akan selalu diterima walau dalam apa keadaan sekalipun.
Subhanallah, masih kah kita ingat hubungan baik antara Rasulullah dengan mertuanya Abu Bakar. Beliau berdua adalah sangat akrab, Al Amin dan As sshidiq. Dan pengikat manis hubungan mereka berdua adalah Aisyah Radhiyallaahu 'Anhu. Tidak ada orang yang lebih memahami beliau dari kalangan laki- laki melebihi Abu Bakar, begitu juga sebaliknya. Maka tidak hairanlah ketika 'Amr ibn Al 'Ash Radhiyallaahu 'Anhu bertanya kepada nabi "Yaa Rasulullah, siapakah orang yang paling engkau cintai?. Beliau menjawab, " Aisyah". Lalu 'Amr ibn Al 'Ash mengkhususkan kepada yang laki- laki, "Kalau dari jenis laki- laki?", beliau menjawab dengan mantap, "Ayahnya".
Selain itu, pujian dan sanjungan pun sering beliau berikan untuk mertuanya, 'Umar ibn Al Khatab, ayah dari Ummul Mu'minin Hafshah, "Demi Allah, jika 'Umar memilih melalui suatu jalan, tidak ada pilihan lain bagi syaitan kecuali memilih jalan yang lain".
Berbesar hatilah sejenak untuk mengenepikankan segala kekurangan para mertua kita, Berbesar hatilah sejenak untuk mengenepikan segala emosi atas keadaan mereka. Berbesar hatilah sejenak untuk mengenepikan segala alasan kita atas apapun perkara yang menyebabkan sukar bagi kita untuk dapat mencintai mereka. Pinjamlah kalbu pasangan kita untuk melihat dan menilai mereka. Sebagaimana kita yang mempunyai kewajiban berbakti kepada orang tua kita, pun pasangan kita juga mempunyai tugas yang sama.
Berikanlah pula bantuan kepada pasangan kita sekiranya memang sulit baginya untuk berbakti dengan tulus kepada orang tua kita. Terkadang memang sangat susah. Namun ini adalah jalan mulia, jalan yang hanya orang- orang luar biasa yang memilihnya.
Subhanallah, Betapa indah jika kita menggabungkan ibadah bakti kita kepada mereka dengan rasa cinta kepada pasangan kita...
Disunting semula: Wann Yusoff
No comments:
Post a Comment