Thursday, May 19, 2011

ENAM PEMUSNAH PERIBADI UNGGUL

Enam Sikap Merosak Keperibadian


Go to fullsize image
Manusia memiliki keperibadian positif dan negatif yang tercermin pada tingkah laku dalam setiap sepak terajang kehidupan sehari-hari. Sikap positif lahir dalam tindakan patuh, mencari kebenaran, muhasabah diri, bekerja, dan mengadakan lapangan kehidupan.

Manakala sikap negatif terlihat pada sikap membangkang, cenderung kepada perbuatan maksiat, malas bekerja serta membuat kerusakan sama ada terhadap diri sendiri, keluarga maupun masyarakat.

Nabi Muhammad Saw bersabda dalam hadis  yang diriwayatkan oleh Addailami, ”Ada enam perkara yang menyebabkan amal kebajikan menjadi sia-sia [tidak mendapat pahala] iaitu sibuk mengurus aib orang lain, keras hati, terlalu cinta kepada dunia, kurang rasa malu, panjang angan-angan dan zalim yang terus menerus di dalam kezalimannya.”

Sibuk meneliti aib orang lain

Dia lebih suka mencari dan menyebarkan keburukan yang terdapat pada orang lain lalu membesar-besarkannya, sementara aib sendiri tidak pernah diperiksa sesuai dengan pepatah , ”Kuman di seberang lautan nampak, gajah dipelupuk mata tidak nampak”.

Sebuah riwayat ada menceritakan seorang khalifah memperhatikan rakyatnya di tengah malam, lalu dia menemukan dalam sebuah rumah seorang lelaki dan wanita serta minuman khamar (arak) yang dihidangkan, dia masuk ke rumah itu dengan memanjat dinding sambil membentak,dan terjadilah dialog berikut:

Khalifah: Hai musuh Allah, apa kau kira Allah akan menutupi kesalahan ini ?
Lelaki: Tuan sendiri jangan tergesa-gesa, tuan juga telah melakukan kesalahan.
Khalifah: Kesalahan apa yang saya telah perbuat ?
Lelaki: Kesalahan saya hanya satu iaitu apa yang Khalifah lihat sekarang, sedangkan tuan telah melakukan tiga kesalahan iaitu; mengintai-intai keburukan orang lain, padahal Allah melarang perbuatan itu, masuk rumah orang dengan memanjat dinding, bukankah ada pintu yang harus dilalui dan masuk rumah tanpa izin tuan rumah.

Keras hati

Ertinya tidak mahu menerima pengajaran yang baik, nasihat yang mengandungi kebaikan ditolaknya. Tidak suka segala kesalahannya dikritik apalagi dihukum, dialah yang paling benar, disamping itu hatinya tidak tersentuh oleh penderitaan dan kesedihan orang lain.

Di masa Rasulullah SAW, terdapat suatu kejadian yang membuat semua sahabat bersedih kerana matinya salah seorang anggota keluarga dari mereka, bahkan Nabi Saw pun meneteskan air matanya, sahabat-sahabat disekitarnyapun berlinang air matanya, tapi seorang sahabat nampak biasa-biasa sahaja, sedikitpun dia tidak tersentuh melihat kejadian itu. Lalu dia bertanya kepada Nabi Saw, maka Rasulullah menjawab, ”Itu tandanya hati yang keras”.

Orang yang keras hati cenderung egois, sombong, takabur dan tidak ingin menerima kebenaran, kerana hatinya telah beku dan tidak terbuka untuk menerima pengajaran yang benar.

Terlalu cinta kepada dunia

Kehidupan dunia hanya sementara sebagai musafir yang berada dalam perjalanan lalu istirahat pada sebuah tempat. Namun tidak sedikit manusia yang beranggapan tempat istirahat sejenak itulah tujuan sehingga lupa akan tujuan asalnya.

Dijelaskan oleh Nabi Muhammad Saw, bahwa nanti pada suatu masa ummat Islam akan dikeroyok oleh ummat lain sebagaimana mereka menghadapi makanan di atas meja, padahal jumlahnya ramai tapi kekuatannya ibarat buih di  lautan, mudah hancur. Saat itu ummat dihinggapi penyakit yang bernama ”Wahn” iaitu suatu bakteria yang meracuni ummat ini sehingga mereka terlalu cinta kepada dunia dan takut akan kematian.

Sedikit rasa malu

Orang yang memiliki sifat ini tidak malu-malu berbuat apapun menurut kemahuannya, dosa dan maksiat suatu perbuatan sehari-hari, sedangkan benar dan salah bukan suatu ukuran.

Bila hilang rasa malu , maka akan berbuat semaunya dan beranggapan diri lebih suci dari orang lain. Menurut Abu Hasan Al Mawardi, malu ada tiga kategori iaitu;

1. malu kepada Allah
2. malu kepada manusia
3. malu kepada diri sendiri.

Panjang angan-angan

Sifat ini menunjukkan kekerdilan manusia, kemahuannya lebih tinggi, tidak sesuai dengan kemampuan, dia suka berandai-andai. Ungkapannya berbunyi, ”Seandainya, andai kata, apabila”. Ia hanya menghabiskan waktunya untuk berangan-angan dan berkhayal yang macam-macam, tetapi sama sekali ia tidak berbuat sesuatu. Dia beranggapan bahawa mengkhayal itu benar, khayalan itu enak dan percuma. Orang yang seperti ini ibarat, ”Pungguk merindukan bulan”, atau ”Katak ingin menjadi kerbau”.

Perbuatan zalim yang terus menerus

Watak manusia kerana kuat dan kuasa dia melakukan eksploitasi kepada bangsa lain, memeras bawahan dan menindas yang lemah, bila ini dilakukan tidak henti-hentinya, maka akibatnya orang pun terus menerus menanggung penderitaan dari kezalimannya. Ahli Hikmat membahagi kezaliman menjadi tiga iaitu ; zalim kepada Allah dengan Al Fathir ayat 32: “Kemudian kitab itu Kami wariskan kepada orang-orang yang Kami pilih di antara hamba-hamba Kami, lalu di antara mereka ada yang Menganiaya diri mereka sendiri dan di antara mereka ada yang pertengahan dan diantara mereka ada (pula) yang lebih dahulu berbuat kebaikan dengan izin Allah. yang demikian itu adalah kurnia yang Amat besar.”

Enam sifat inilah yang dapat menghancurkan nilai-nilai ibadah, dia ibarat air di daun keladi, amal yang dilakukan berpahala banyak tetapi tertumpah tanpa meninggalkan bekas, apabila enam sifat tercela ini terdapat dalam peribadi seseorang, waspadalah atas peringatan Rasulullah Saw tadi.

Amein,yaRabba alamin.
 
Diolah semula oleh: Wann yusoff

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...